Part 2

592 42 3
                                    


Hai 👋
Maaf 🙏atas segala kekurangan atau typo2 yg tidak d sengajakan.

Enjoy your reading🤳

🌸🌸🌸

Sampai di restauran yang mereka janjikan gun terus mengambil tempat duduk d sebelah Tay dan Off di sebelah New.

"Gun. Itu cake ku!" Suara Tay apabila cake coklat yang baru di makannya 2 sudu d rampas oleh Gun.

"Cakenya nampak sedap. Jadi aku minta, tidak boleh?" Gun muncung seolah-olah merajuk.

"Gun, kita kan boleh order yang baru." Off tidak suka melihat Gun berkelakuan begitu.

"Tapikn papi, kalau order yang baru aku terpaksa menunggu lagi." Rungut Gun.

"Tapi kau tidak seharusnya makan cake Tay." Marah Off.

Lantas Gun melepaskan sudu yang tadi di pegangnya. Dia agak berkecil hati dengan teguran Off.

Tay dan New hanya berpandangan kerana tidak tahu mahu berbuat apa bila mendengar pertengkaran mulit antara Gun dan juga Off.

Tidak sampai seminit Off pantas memesan cake coklat yang tadi Gun inginkan. Tay memandang hairan kelakuan Off yang luar biasa. Dia dan Gun memang sdh seperti adik beradik. Sebenarnya dia tidak kisah berkongsi tapi dia tidak sangka tegurannya mengundang kemarahan Off kepada Gun.

Beberapa minit kemudian kek coklat yang d pesan tadi sampai. Tapi Gun langsung tidak menjamahnya. Muka Gun kini sudah masam kerana terasa hati dengan Off.

Off yang sibuk bercerita bersama Tay dan New perasan dengan perubahan Gun yang senyap. Dia tahu silapnya kerana menegur Gun dengan keras hanya kerana perkara kecil.

Gun berdiri berniat untuk pergi. "Gun, mahu ke mana?" Tanya Off.

"Toilet." Jawab Gun ringkas terus berlalu pergi.

"Aku temankan." New mengejar Gun yang sudah berjalan.

Off mengeluh.

🌺🌺🌺

Off POV

"Peng kau mengapa? Kau tidak seharusnya menegur Gun seperti itu. Kau tahukan Gun itu sensitif." Tay menanya dan memandang ku dengan hairan.

"Aku cuma menegurnya sedikit Tay."

"Suara mu tinggi ketika menegurnya." Aku mula sedar akan kesilapan ku pada Gun.

Aku sendiri tidak faham kenapa aku harus menegur Gun tentang pelakuannya tadi sedangkan Gun memang sudah biasa berkongsi makanan dengan sesiapa pun.

"Peng. Kau harus sedar dan jujur tentang apa yang kau rasakan. Kau tidak seharusnya mengelak daripada apa yang kau rasakan." Ucap Tay sambil menatap mataku.

"Apa yang cuba kau katakan Tay? Apa yang ku sembunyikan."

Aku menjadi bingung mendengar apa yang d katakan Tay. Perasaan apa yang aku elakkan. Aku menyayangi Gun seperti adik ku sendiri. Bahkan dia sudah seperti keluarga ku, amat berharga.

Namun aku tahu Gun menyayangiku tapi sayang sebagai apa, aku juga tidak pasti. Kadang aku merasakan Gun menyayangi ku sebagai seorang abang, sebagai seorang senior. Tapi kadang aku juga merasakan sayangnya pada ku lebih dari seorang abang atau saudara.

Gun sentiasa menunjukkan sayang dan sikap manjanya pada ku. Aku boleh menerimanya apa lagi jika itu d hadapan babies. Tetapi kadang kelakuan Gun yang manja berlebihan membuat ku sedikit tidak selesa. Lagi-lagi apabila Mook menyuarakan ketidakselesaannya akan keakraban ku dan juga Gun.

Gun kembali dari toilet bersama New wajahnya tetap masam namun tidak seteruk tadi. Pasti New sudah memujuknya. Gun langsung tidak memandangku yang dari tadi menatap ku dan dia hanya bercerita dengan TayNew.

"Gun, kau tidak mau pesan makanan?" Aku cuba untuk membuka bicara. Namun balasan dari soalannya hanyalah gelengan.

"Gun esok kau ada kerja?" Tay memecahkan kecanggungan yang telah membelenggu suasana.

"Esok aku shooting School Ranger. Sehabis itu aku berjanji sama Jing dan yang lain." Sahut Gun.

"Pasti ke club kan?" Usik Tay. Aku sedikit tidak suka bila Gun keluqr dengan teman-teman wanitanya. Hal ini kerana aku risau dengan keselamatannya. Cara hidup Gun sedikit bebas ketika malam, dan mabuk-mabukan.

🌺🌺🌺

Selesai Off Gun Tay New shopping mereka berpecah. Gun pergi bersama Off, Tay bersama New. Sepanjang jalan menuju ke kereta Gun hanya senyap.

"Gun kau ada mahu ke mana-mana. Aku hantar." Off bertanya sambil berjalan mengundur menghadap Gun.
Gun hanya mengeleng.

"Kau marah pada ku?"

"Tidak" ringkas jawab Gun.

"Aku tahu kau marah dengan ku."

"Kenapa aku harus marah pada mu?" Tanya Gun kembali yang sudah masuk ke dalam kereta. Off turut masuk ke bahagian pemandu dan memasang enjin kereta.

"Kerana aku memarahi mu makan makanan Tay."

"Jadi kenapa papi harus marah pada aku tentang hal itu." Off menghela nafas lega apabila masih mendengar perkataan 'papi', itu bermakna Gun tidak terlalu marah padanya. "Aku tidak suka kau berkongsi makanan, kerana aku boleh memesan yang baru."

"Tapi papi kan tau selama ini aku memang sudah biasa berkongsi makanan dengan sesiapa pun. Lagipun Tay tidak keberatan."

"...." Tiada jawapan dari Off. Hanya bunyi radio sayup-sayup kedengaran.

"Atau papi cemburu dengan aku dan Tay." Tanya Gun berkerut kening.

"Tidak sama sekali. Kenapa aku harus cemburu. Kau cuma kawan ku, tidak lebih." Tegas Off. "Dan tentang esok, aku tidak mahu kau keluar bersama Jing dan yang lainnya." Off cuba menghalang Gun dari keluar bersma teman-temannya. Gun ketawa sinis.

"Baru tadi papi kata aku cuma temanmu. Kenapa papi harus menghalangku untuk melakukan aktiviti rutin malam ku" tanya gun hairan memandang muka Off yang sedang memandu.

"Gun aku risau sama kamu."

"Tidak. Papi tidak perlu risau pada diri ku. Papi hanya perlu risau pada p'Mook."

"Gun! Kenpa kau harus membawa-bawa nama Mook dalam perbincangan kita." Marah Off lagi meninggikan suaranya.

"Aku cuma mengatakan perkara yang betul. Papi tidak ada hak untuk menghalang aku untuk keluar bersenang dan dengan sesiapa pun. Bukan aku yang harus papi jaga." Ucap Gun, air matanya hampir menitis mendengar suara Off yang tinggi.

Kereta Off kini sudah berhenti d kawasan parking building GMMTV berhampiran dengan kereta Gun yang dari awal di tinggalkan d sana. Gun pantas membuka pintu kereta dan keluar.

"Gun! Gun!" Lelaki comel itu tiada niat langsung untuk berhenti mendengar panggilan Off. "Oiii !" Off memukul stereng keretanya. Dia sendiri binggung dengan apa yang dia lakukan. Kenapa dia harus berkeras menghalang Gun untuk bersenang-senang dengan kawan- kawannya.

🌸🌸🌸

Bersambung...

Painful LoveTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang