Part 7

387 28 1
                                    

Sorry for late updated, i'm busy with university life. But i try my best to write this story. Don't forget to vote and comment for the next part🤗

Happy rading and excuses for the typo😝

☀️☀️☀️☀️

Sudah genap 5 hari Gun masih mengacuhkan Off. Pelbagai cara yang Off lakukan untuk berbicara lanjut dengan Gun tetapi lelaki itu malah makin menjauh.

Sepanjang kedinginan hubungan mereka. Gun lebih banyak menghabiskan masanya bersama teman-teman modelnya. Dia jarang datang ke Grammy building kalau bukan kerana kerja.

Dia sebenarnya takut untuk bertembung dengan Off. Selepas peristiwa warning dari Mook, Gun cuba menjauhkan diri dari Off walaupun dia sebenarnya tidak tahan dan merasa sangat tersiksa.

Setiap malam dia berhibur bersama kawan-kawannya menari, bernyanyi menyesakkan pendengarannya dengan music2 yang kuat di club dengan kegelapan hanya bercahayakan lampu-lambu berkelip yang mungkin hanya menerangi 30% ruangan club itu.

Dia bergurau ketawa menerima setiap gurauan temannya seperti benar-benar mendengar, namun sebenarnya otaknya berserabut. Bila sudah pulang ke rumah dia akan duduk di atas katil menanggis kesunyian.

Rindu. Satu perkataan yang menyeksanya bila dia terpaksa menjauhi Off lelaki yang sangat dia cintai. Sungguh dia merasakan kekosongan dalam hidupnya bila dia tidak dapat mendekati Off.

Lebih menyakitkan lagi hatinya apabila beberapa hari ini Gun melihat Mook aktif mengupload gambarnya bersama Off meluangkan masa bersama.

Dia sendiri tertanya-tanya apa Off bahagia sekarang? Apa dia selesa dengan ketiadaannya di sisi Off? Apa lelaki itu merasakan kesunyian seperti yang dia rasakan? Apa Off merindukannya? Semua itu berlegar di dalam pikirannya.

Kadang ada juga beberapa kali Off cuba menghubunginya namun sengaja diabaikan Gun walaupun sebenarnya tembok hatinya hampir runtuh kerana rindu mendengar suara lelaki yang disayanginya. Beberapa pesanan juga ada Off kirimi  yang mengandungi pertanyaan Off tentang keberadaannya, keadaannya, bahkan pertanyaan tentang kesalahan yang mungkin dia lakukan secara tidak sedar sehinggakan Gun mengacuhkannya.

Namun Gun sama sekali tidak menjawabnya. Di biarkannya begitu saja.

🌱🌱🌱

Off menekan2 handphone di tangannya. Dia berkali-kali menekan butang panggil pada nombor Gun. Namun masih sama. Tidak di jawab.

Sekarang dia bersama dengan teman wanitanya Mook, mereka berjanji untuk maka dinner bersama dan sekarang mereka sedang makan di restoran yang biasa mereka kunjungi.

Walaupun jasad Off ada di depan Mook namun dia tahu fikiran lelaki itu tidak bersamanya.

"Sayang, aku dari tadi cerita apa kamu dengar?" Tanya Mook kesal.

"Maaf Mook aku penat, jadi tidak fokus."

Mook tersenyum sinis dia tahu amarannya pada Gun berhasil, kerana lihat saja kelakuan Off waktu ini. Lagi pula sudah lama dia tidak melihat Gun yang selalu menempel dengan Off.

"Lepas ni jom temankan Mook tengok wayang?" Ajak Mook.

"Maaf sayang aku harus ke grammy ada kerja. Nanti saja boleh kan?" Tanya Off berhati-hati.

Mook mengangguk walaupun masa itu dia kecewa kerana keinginannya untuk meluangkan masa lebih dengan Off tetap kurang walaupun tanpa Gun yang selalu menempal dengan Off.

🌻🌻🌻

Grammy Building

Off POV

Painful LoveTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang