Part 8

408 37 5
                                    

Haii... sorry guys for the late update. I was really busy lately with Uni life🙏. I try to write this story day by day if I have inspiration. Don't forget to vote and comment for the next part.

Happy Reading and sorry for every typo 🥰

🌻🌻🌻🌻

Gun duduk di ruangan Grammy Building sendirian, dia terkenang kembali kata-kata P'Kwang yang memujuknya untuk bersikap professional mengasingkan hal pribadi dan pekerjaan. Ini kerana sebentar lagi dia dan Off akan menemui fan melalui Facebook live GMMTV untuk mempromosikan drama terbaru mereka iaitu Theory of Love.

Sebenarnya keadaan Gun waktu ini tidak 100% sihat, dia demam. Namun digagahinya jua dirinya untuk melakukan kerjanya dan bertemu dengan Babiies.

"Gun kau tidak boleh terus begini. Kau harus professional, kerana jika fans tahu hubungan mu dan Off dingin pasti akan menjejaskan carrier kalian." P'Kwang menerangkan pada Gun sambil berdiri di depannya manakala dia duduk sambil tertunduk rasanya kepalanya sedikit berdenyut.

Dia memang sudah mengambil keputusan untuk berbaik kembali pada Off selepas curhat dengan Mae Godji dua hari yang lalu, namun dia tidak tahu untuk memulakannya. Sejujurnya dia benar-benar rindu akan Off namun dia malu untuk memulakannya selepas dia sendiri menjauhkan diri dari Off.

Tidak lama kemudian Gun perasan akan kehadiran Off di ruangan itu selepas terdengar suara lelaki kesayangannya itu menegur staff yang lain. Gun pantas melihat handphone di tangannya, dia tidak tahu untuk memberikan reaksi apa jika bertentang mata dengan Off.

****

Lelaki itu sempat melirik Gun yang sibuk dengan handphonenya. dia cukup merindui Gun namun dia tidak tahu untuk melakukan apa lagi supaya Gun mahu berbicara dengannya, dia langsung masuk ke ruangan P'Kwang kerana wanita itu meminta untuk bertemu dengannya.

"Off aku memohon dengan mu supaya tetap bersikap biasa dengan Gun semasa Live nanti. Aku tidak mau kedinginan kamu di ketahui oleh Babiies." minta P'Kwang.

"Aku tidak tahu harus bagaimana P, sebab Gun sendiri tidak mahu berbicara dengan ku. Ini sudah masuk seminggu, aku sendiri bingung."

"Aku rasa dia sudah mula lembut hati kerana tadi semasa aku meminta dia melakukan hal yang sama, dia hanya tunduk tidak menolak. Off kamu harus cuba memujuk Gun, kamu sendiri tahukan Gun bagaimana. Dia anak yang lembut hati, kau cuma perlu sabar dalam memujuknya. Lagi pula sekarang dia tidak berapa sihat, dia demam." Mendengarnya Off jadi risau.

"Okay P, aku cuba."

10 minit sebelum live.

Gun duduk di sofa panjang, dia berdebar kerana sudah seminggu semenjak dia tidak berbicara dengan Off, dan sekarang dia harus tanpa dapat mengelak kerana hal pekerjaan.

Off datang terus duduk sebelah Gun. Mereka duduk sangat dekat sehingga bertemu bahu. Gun sangat berdebar merasakan kedekatan mereka, tambahan lagi aroma bayi dari tubuh Off sudah lama Gun tidak hidu.

Semasa berlangsung live Facebook GMM, secara tidak di jangka semuanya berjalan dengan lancar. Gun mula bersikap professional. Dia berbicara dengan Off seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka.

Pada mulanya Off terkejut, namun dia tidak melepaskan peluang untuk kembali berbicara dengan Gun. Dia harus melayan Gun seperti dulu, sikap Gun yang dulu kini sudah kembali. Tanpa was-was Gun melakukan skinship seperti biasanya. Tapi Gun hanya melakukan sebatas memeluknya.

Waktu itu Off mula merasakan suhu badan Gun yang panas, hal ini boleh di rasakannya apabila Gun memeluknya. Jika dilihatnya pun wajah Gun merah mungkin kerana suhu tubuhnya yang Off anggap pada mulanya adalah kerana lelaki itu malu padanya setelah lama tidak berbicara.

Painful LoveTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang