final

96 5 0
                                    

Hwhwhwhwhwhwhwhw.....

Sosok itu menyeringa dengan suara tawa yang menyeramkan.

"Aku telah memberi amaran pada kau, bukan?" Kata sosok berlumut itu lagi, melayang tanpa kaki menghampiri Mak Som.
Namun herannya, janda tua itu langsung tidak berasa kecut, tatkala sosok berlumut itu semakin mendekati padanya.

Juntaian rambut panjang yang kebasahan, menitik nitik di permukaan lantai konkrit lusuh, di ruang tamu rumah agam. Sosok itu melayang layang mengelilingi Mak Som yang masih tercegat disitu dengan mulut ternganga.

Heheheheheeh....

Sosok berlumut itu ketawa kecil seakan mengejek janda tua itu. Mak Som mengetap kuat bibir kedutnya.

"Kau seperti tidak suka aku datang bertandang disini, Somia. Oh... Kau ingin melindungi Gerald, kekasih aku, yang kau rampas dari aku, bukan? Hahaha!" Tanya sosok itu memerli Mak Som sesaat kemudian, sosok itu hilang dari pandangan matanya.

"Huh!" Mak Som mengepal batang lilin yang sudah mencair di gengamannya. Panas bahang cecair lembut itu langsung tidak terasa dek tapak tangan kerana berang dengan kata kata Francisca, wanita yang telah meragut nyawa suami tercinta dan juga seluruh isi kerabat rumah agam berkenaan.

Wanita pencurang itu, membunuh mereka dengan menjelma semula menjadi roh pendendam. Jiwanya yang penuh dengan dendam kesumat, sehingga ia enggan untuk meninggalkan dunia manusia kerana ingin menamatkan riwayat seluruh kerabat kekasihnya dan membawa jejaka itu ke alam barzkah.

Kematian setiap keluarga Gerald begitu aneh sekali hingga tidak tercapai dek akal. Ia menjadi misteri sehingga kini. Tiada sesiapapun tahu apa punca sehingga menyebabkan kematian mereka semua.

Cuma Mak Som seorang saja yang tahu, apa sebenarnya yang telah terjadi. Namun, tiada sesiapa pun yang mempercayai kata katanya. Malah mempertikai perbuatan itu telah dilakukan oleh Francisca yang telah mati akibat lemas di tasik.

°°°

"Kau berbohong pada aku, Somia!" Jerkah sosok itu tiba tiba muncul dihadapan Mak Som dengan biji matanya tersembul keluar dari rongga tengkorak matanya!

"AH!" Mak Som terjerit, serta merta kakinya terundur ke belakang akibat jelmaan itu, yang tiba tiba menjelma dihadapannya dengan raut wajah yang mengerikan.
Mak Som menutup mata sekilas!
Mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu, tetapi sosok itu sepantas kilat menerkam tubuh tua itu.

"Agh!" Mak Som terjelepuk jatuh di atas lantai. Sosok itu menindih tubuh tua itu dan seperti ingin mencekik lehernya, ia menjelirkan lidah kehitaman yang bersalut dengan lendir hijau kepekatan, hingga ia menitik nitik jatuh di wajah janda tua tersebut. Bau hanyir tasik yang meloyakan tekak, serta bau bangkai, begitu menusuk rongga hidung Mak som.

"Agh... Agh..., " Mak Som bagaikan kehabisan nafas. Mata putihnya terbungkam naik keatas, tubuhnya kekejangan akibat kelemasan. Kaki kerepot itu bergesekkan di atas lantai, meronta ronta akibat cekikan tangan sendiri mencengkam kuat pada lehernya.

"Hurmmm... Hurmmm! Hahaha!" Dengusan nafas busuk keluar dari tenggorok mulut Francisca, tatkala mengeksploitasi pemikiran si janda tua.

Akibatnya , Mak Som tidak menyedari tangannya sedang mencengkam leher sendiri!

"Purrr! Purrr.." Mak Som mengelupur kecungapan.

Tiba tiba,

"FRANCISCA!"

"HUH!" Sosok itu kemudian memalingkan kepala kearah teriakan suara yang menjerit namanya.

"Lepaskan dia!" Pekik suara itu lagi. Sejenak saat itu , pukulan angin kencang membadai sosok berlumut itu, sehingga ia tercampak keluar dari rumah agam berkenaan. Namun ia lesap sejurus selepas itu.

"Uhuk!" Mak Som terbatuk kuat sehingga termuntah darah! Dalam keadaannya yang begitu tenat, Kelopak kedut mata tua itu perlahan lahan tertutup rapat. Suara batuknya tidak lagi kedengaran. Darah pekat mengalir lesu, keluar dari celahan rekahan mulutnya yang ternganga luas.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Hihihihihihihihihihihihihihi...

Hilai tawa menyeramkan, sayup sayup kedengaran, berlegar legar di atas bumbung rumah agam.

Kroww... Kroww... Kroww...

Ia disahut oleh rengekan sayu suara burung hantu yang kekal bertenggek di atas pokok jati, dibalik tingkap rumah agam tersebut. Seketika lalu, hilaian tawa seram itu hilang ditelan kelam malam.

Sunyi sepi seketika...

Hanya kedengaran deruan lesu angin sejuk berlalu, menerpa dedaun pokok jati.

Ssshh... Ssshh...

Dedaun pokok jati melambai lambai teramat lesu, seakan akan mengalukan kedatangan roh baru, di rumah agam tersebut.

°••••°
Dari kejauhan, diberanda rumah agam itu, terlihat sosok tubuh yang berbungkus kain putih, berdiri di anjung beranda, dengan mata putih yang membungkam, merenung jauh, seakan menanti kepulangan seseorang, lantas itu terdengar heretan kayu yang sedang diherat oleh satu bayangan kelabu, mundar mandir di kawasan beranda. Lampu antik beranda itu, semakin lama semakin malap, lalu ia terpadam dengan sendirinya.

Tammat.

FRANCISCA Si penjaga beranda ( Completed) Where stories live. Discover now