"Bangkitlah! Lenyapkan Francisca dari lamunannya! Aku tidak sanggup lagi!" Bentak Mak Som meramas ramas isi dalam peti yang dibuka tadi.
Kelibat bayangan hitam keluar dari bukaan pintu peti tersebut. Bayangan hitam tanpa wajah itu kemudian, menyusup perlahan menuju ke permukaan dinding, lalu naik hingga ke atas siling, ia diam bertepek lama disitu sambil memerhati janda tua itu."Apa? Bukankah kau penyebabnya dia jadi begitu?" Tanya Mak Som pada bayangan hitam itu. Tangannya, dikeluarkan dari peti.
"Bawa dia ke alam mu. Selagi dia disini, roh Gerlad tidak akan tenteram." Pinta Mak Som merayu lagi.
"Dia juga roh, sama seperti aku, mereka dan juga lelaki itu." Jawab bayangan hitam itu dengan nada seperti berbisik, bagai suara merintih rintih kelemasan. Ia seperti bukan hanya satu suara saja yang kedengaran dalam bisikan tersebut.
Ini membuatkan Mak Som semakin keliru dengan keadaan itu lantas berdiri sekilas dan berundur setapak dari bawah bayangan hitam yang bertapak atas siling."Kematian aku juga kerana angkara dia!" Bentak bayangan hitam itu lagi, semakin ligat melingkari atas kepala Mak Som. Janda tua itu serta merta mendongakkan kepala ke atas.
"Aku juga!"
"Kami semua!"
Uuuuuuhhhhhhhh...
Raungan suara gerun dengan teriakan yang menyeramkan kedengaran dalam bayangan hitam berkenaan, ia semakin kuat menyengat halwa telinga Mak Som. Bunyi seperti, mereka didalam keadaan mengelupur menahan azab.
"Aku tidak tahu perkara sebenar!" Mak Som panik lalu memekik kearah bayangan hitam di atas kepalanya.
Tik...
Sunyi seketika...
Teriakan yang menyeramkan tadi tidak lagi kedengaran di dalam bilik begitu juga dengan bayangan hitam itu, yang lesap sebaik saja disergah dengan pekikan kuat dari Mak Som. Yang tinggal hanyalah debuan putih yang jatuh berderai, melekat di atas rambut kusut janda tua itu.
Janda tua itu kegelisahan, matanya liar mencari kelibat tersebut, namun ia tidak menampakkan diri di dalam bilik tersebut.
Mak Som semakin tertekan. Dengusan nafas laju menyusup keluar dari rongga hidung.
"Kenapa kau lari, hah!? Kemari kau!" Mak Som seperti hilang kewarasan diri. Pegangan pada batang lilin, semakin erat di cengkamannya! Tubuh tua itu pantas hilang arah dan berpusing pusing dalam ruangan bilik itu mencari kelibat bayangan hitam tadi. Namun ia sama sekali tidak kelihatan lagi, Mak Som seperti ingin menjerit sekuat hati.
"Gerald!! Ini tidak adil bagi aku!"
YOU ARE READING
FRANCISCA Si penjaga beranda ( Completed)
HorrorPompuan Gila tu kena bunuh. Entah pasai po. Korang nak tau, baca le. Aku tak marah pun.