#2

97 9 0
                                    

FSPB2

Penulis :  Fuukye js
Genre : Seram
Bahasa : melayu baku

Cerita ini hanyalah rekaan semata mata.

Copyright protected ©2019

Laungan Mak Som tadi dibalas dengan  hempasan angin sepoi malam. Berketap katup tingkap uzur terhempas dek tolakan angin malam itu, walaupun ianya tidak sekencang mana. 

Lampu antik yang tadinya meletup, kembali menyala seperti sediakala. Kejadian aneh seperti kaca berderai di atas lantai beranda, sama sekali tidak berlaku. Mak Som mengeluh berat pabila perasaannya seperti dipermainkan. Halusinasi permainan si entiti mengundang rasa marah di hati janda tua itu. 

Zusssp... Zusssp... Pak...

Engsel tingkap cermin berkeriukan seolah olah daun tingkap di tolak tutup oleh seseorang dari dalam.
Mak Som kembali berang.

Penyapu lidi dihempas kuat diatas lantai beranda, kemudian janda tua itu masuk kedalam rumah agam dan terus menuju ke bilik peraduan. Lelah melayan karenah entiti itu, yang sering kali bertandang tanpa undangan. Malah, setiap kali disuruh pergi, bermacam ragam yang dibuat seolah mencabar Mak Som untuk berkelahi dengannya.

"Kau bohong aku... " Bisikan suara sayup itu mengekori janda tua itu hingga ke bilik peraduannya. Mak Som, yang terlentang diatas katil, tidak mengendahkannya, langsung saja menepekkan bantal di wajah kedutnya. 

"Bohong!" Bisik suara itu kembali bergema dengan nada suara garau.

SCARASS...

Bantal yang bertepek diwajah janda tua itu, di carik kasar lalu melayang jauh dan menghempas  penjuru dinding bilik. 
Mak Som bangkit dari peraduannya lantas menyeru nama entiti itu dengan nada suara agak lantang.

"Francisca! Berapa kali harus aku katakan pada kau!? Kekasihmu sudah lama mati! Kau sudah membunuh dia!" Pekik Mak Som yang turun dari katil itu.

Prangggggggg

Tiba tiba deru angin sepoi yang tadinya menghembus lesu, kini bertukar menjadi taufan! Namun aneh sekali,  hanya dalam bilik itu saja yang menjadi huru hara dengan amukan, tetapi tidak sedikit pun terjadi apa apa di luar rumah berkenaan. Ia nya kelihatan lenggang dan amat suram sekali.

"Sudah! Sudah!  Aku sudah bosan dengan kamu!" Pekik Mak Som menarik kasar rambutnya.  Kusut masai rambut beruban itu dikerjakan. 

Huuuu... Huuuu... Huuuuu

Tangisan mendayu mula kedengaran memecahkan keheningan malam. Angin taufan kembali reda dalam bilik tersebut. Mak Som berhenti menarik rambutnya. Pandangan dialihkan kearah tingkap bilik.

Disitu, kelihatan sosok tubuh berbungkus seperti pocong, merenung tajam kearahnya. Tiada reaksi disebalik wajah seram itu. Dia hanya memandang tanpa mata berkelip kearah Mak Som. 

"Apa lagi yang kau mahu, Francisca? Sudah berabad lamanya kau begini, dari kau masih hidup dan sehingga kau mati, masih juga menunggu dia. Terimalah kenyataan, Francisca... " Ungkap Mak Som berkali kali mengeluh di hadapan sosok itu.

"Kenapa dia tidak ku jumpa di alam itu?" Tanyanya kesayuan. Namun wajah seram itu tetap kaku berdiri di tepi tingkap tanpa mulut terbuka sewaktu menyatakannya kepada janda tua tersebut. 

"Aku tidak tahu." Jawab Mak Som kembali ke katil dan duduk di penjuru katilnya. Kaki kerepotnya direntangkan dihadapan sosok itu.
Mak Som mengeluh lagi. Namun, seketika kemudian, sosok seram tadi perlahan menuju kearah katil dan mencondongkan tubuhnya tepat ke wajah Mak Som. Wajah seram itu bertatapan mata dengan wajah janda tua itu.
Tidak berkelip sedikitpun kelopak mata sosok seram itu,  hanya nafas yang berbau hanyir, menerpa rongga hidung Mak Som.

"Kau bohong, " Katanya lagi, kini menguak sedikit mulut berulatnya dihadapan Mak Som. Kepingan daging busuk kehitaman, jatuh sedikit demi sedikit di atas riba janda tua itu.

"Kau tahu segalanya Francisca! Semua yang terjadi adalah angkara kau sendiri! Terimalah hakikat itu!" Bentak Mak Som menolak sosok itu jauh dari wajahnya. Bukan kepalang bau busuk itu menusuk rongga hidung, tetapi Mak Som menahan diri agar tidak termuntah dihadapannya. 

Argh!

Sosok itu memekik memecahkan cermin tingkap dan hilang disebalik kepekatan malam. 

Krowww...krowww... Krowww...

Bunyi suara burung hantu ligat bersahutan seakan tahu apa akan jadi seketika nanti...

"Aku akan kembali lagi!" Kata Bisikan suara itu sayup sayup kedengaran dari jauh. Semakin lama semakin lenyap ditelan angin malam.

"Huh!" Mak Som beredar dari katil menuju ke loteng lama rumah agam itu. Dia membawa sebatang  lilin lalu naik di atas loteng berkenan. Disitu, tersimpannya suatu barang yang tidak pernah di ketahui oleh sesiapa, melainkan dirinya sendiri.

KREKKK...

Daun pintu ditolak masuk, ke dalam bilik kecil tersebut. Debu berterbangan menerpa wajah kedut Mak Som. Janda tua itu terbatuk kecil. 

"Cukuplah begini, tamat kan saja riwayat aku, " Kata Mak Som segera membuka sebuah peti yang tertanam sesuatu didalamnya.

Grrr....

To be continued...

FRANCISCA Si penjaga beranda ( Completed) Where stories live. Discover now