chap 1

350 18 0
                                    

"Adik, cepatlah kemas barang tu. Malam ni dah nak gerak, esokkan adik dah kena balik asrama" suara lembut abang ketiganya, Asyraf kedengaran dari belakang.

"Ye tau, tengah kemas lah ni" jawab Izz tetapi matanya masih memandang drama yang terpampang.

"Tu bukan kemas namanya, buat sikit dah stop, pastu buat balik. Sampai bila pun tak siap la gayanya" suara abang longnya, Afriz dengan sikit garang kedengaran di pintu utama dengan pakaian kerjanya.

"ei mana ada, banyak yang dah siap okey" jawab izz sambil menunjuk barangnya.

"lantak kau la dik, kalau tak siap aku tinggal je kat rumah. Biar padan muka kau" riz balas dengan sikit annoying lalu menuju ke tangga.

"kerja sakitkan hati orang je along ni. Hati batu betul, siapa jadi bini ni dia ni memang kesian lah" gumam izz sambil memerhati pergerakan riz.

"adik, tak baik la cakap macam tu. Ni kalau long dengar tak pasal kena marah lagi. Silap silap jadi singa pulak kang" kata Arsyad,kembar Asyraf.

"hahaahaha bukan memang tiap hari singa ke ?" soal Izz dengan tawanya. Terletus tawa si kembar mendengar soalan selamba adiknya itu.

🌸🌸🌸🌸🌸

"ni semua barang dah letak ke?" tanya si mama, Puan Safiah kepada anak perempuannya, izz.

"Dah ma. Satu pun tak ada yang tinggal. See, siap list tau." tunjuk izz dengan bangganya.

"eleh,berlagak. Sekali ada barang yang tertinggal padan muka." Puan Safiah berasa geram dengan jawapan anaknya yang sedikit bangga itu.

Arsyad, Asyraf dan Encik Aiman tergelak melihat telatah anak beranak didepan mereka itu. Akan tetapi, tidak bagi Afriz. Dia hanya melihat dengan muka tidak berperasaan, cuma dalam hatinya sikit tercuit.

Selepas itu , Afriz mula bersuara .

"Dah dah jom. Dah nak malam sangat ni, nanti lambat pulak sampai" lalu menuju ke seat memandu.

Walaupun papanya, Encik Aiman meng-offerkan diri untuk memandu, dia tetap tidak mahu papanya memandu kerana takut letih. Jadi biar lah dia sahaja drive, kalau tidak larat nanti dia akan tukar dengan asy ataupun syad.

Mereka memandang antara satu sama lain setelah Afriz bersuara vetonya sebagai driver.

"Tak ada perasaan betul la anak papa sorang tu" bisik Arsyad menyebabkan semua tergelak.

.

Izz sedang tidur terjaga apabila merasakan keretanya berhenti. Izz terlihat abang longnya di luar kereta sambil meregangkan badan yang letih setelah penat memandu.

'Kesian along tapi padan lah muka dia. Ada driver tak nak guna. Hehe' getus hati izz.

"kita dah kat RnR mana ni ?" tanya izz mamai.

"kat RnR Alor Setar dik" jawab asyraf yang duduk disebelahnya sambil bermain game di smatrphonenya.

' tak habis habis dengan game, tak sedar ke diri tu dah tua' bisik hati izz melihatnya abangnya yang sudah berumur 19 tahun focus dengan gamenya.

"jom lah pergi breakfast dulu kat sini" ajak Afriz sambil mematikan enjin kereta.

.

Semasa menunggu pesanan, mereka sekeluarga berbual kosong.

"adik bila lagi cuti?" tanya Syad yang berada di sebelah izz.

"raya tahun baru cina nanti la, lama lgi" jawab Izz dengan suara yang agak sedih.

"Macam tu boleh la kita satu family pergi travel kan pa ?" usik Riz.

"Haah la. Asy dengan Syad pun lambat lagi nak balik" sakat Asy pula.

Puan Safiah tergelak kecil melihat wajah anak bongsunya yang sudah cemberut. Suka menyakat betul anak terunanya itu.

"Bolehlah kita pergi luar negara en" sampuk Syad pula.

"Apa nii mama papa tengok abang" rengek Izz kegeraman.

Pesanan yang dipesan baru sampai memberhentikan perbualan mereka. Izz masih mengekalkan wajah cemberut meskipun pelayan kedai itu memandangnya dengan senyuman. Ah tak de. Aku tengah protes ni. Takkan nak senyum pulakan.

"Ai princess. Tak habis lagi muka monyok dia tu" tegur Encik Aiman dengan tawa halus.

"Alaa pa jangan lah travel kalau princess tak ada" rengek Izz lagi. Tak acilah kalau abangnya semua pergi, tapi dia tak pergi.

"Papa tak janji" balas Encik Aiman dengan selamba. Saja mahu mengusik anak bongsunya itu.

"Papaaaa"

Pecah tawa semua melihat Izz yang sudah merajuk dengan wajah di cemberutkan. Manja.


.

1.0 Nur Izz QhairaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang