"Junghee,tolong cikgu boleh tak?" tanya Cikgu Jung selaku guru pendidikan Jasmani."Tolong apa cikgu?"
"Tolong ambil tali skipping dalam bilik stor boleh tak?"
"Boleh,"
"Nah kunci," Cikgu Jung menghulurkan kunci stor pada Junghee.Junghee mula bergerak ke arah bilik stor.Bilik stor ni boleh tahanlah jauhnya dari padang.Jenuh juga nak jalan.
Junghee mengambil beberapa tali skipping setelah sampai di dalam bilik stor sukan.Sambil itu dia mengambil kesempatan menggunakan penimbang jisim dalam bilik stor itu.
"Aku just nak timbang jisim.Takpe kan?" dia naik ke atas alat penimbang itu.
"50 kg?Naik satulah," semasa perjalanan keluar,telinganya menangkap satu suara di belakang bilik stor.
"Apa tu?" Junghee segera mengunci pintu.Tak tahu dari mana keberanian dia datang,dia bergerak ke belakang stor.Suara itu makin jelas.
"Aku dah kata jangan kacau awek aku," bunyi tumbukan kedengaran.Junghee mula takut.
"Lebih baik aku jangan kacau," apabila dia baru sahaja melangkah,suara seseorang yang dia kenal kedengaran.
"Aku tak kacau awek kaulah.Awek kau yang gedik-gedik ngan aku," lagi sekali bunyi tumbukan kedengaran.Kali ini lebih banyak.
"Kookie!!" Junghee menghampiri kejadian itu.Kelihatan Jo Eunseong,kawan sekelas Junghee memekul Jungkook.
"Eunseong,apa kau buat ni?" Junghee menolak tubuh Eunseong.Terkebelakang tubuh lelaki tinggi lampai itu.
"Kookie.Ok tak?Teruk ni," Junghee melutut di hadapan Jungkook.Tangannya memegang muka adiknya tetapi Jungkook menepis.Tali skipping tadi sudah lama jatuh.
"Eunseong,kau buat apa kat adik aku?!" Junghee memukul-mukul tubuh Eunseong.
"Adik kau yang paksa aku pukul dia," Eunseong menahan pukulan Junghee.Dia bukan dayus nak pukul perempuan.
"Perlu ke kau tumbuk dia?Tak boleh ke bincang?" mata Junghee berair.Dia tak boleh tengok adik dia dipukul begitu.
"Junghee dengar dulu," Eunseong memegang tangan Junghee menghentikan pukulannya.Lama-lama sakit bai.
"Adik kau tu rampas awek aku.Macamlah aku tak tahu dia syok ngan awek aku," Junghee memandang Jungkook.Jungkook menggemgam rumput di sisinya.
"Jeon?Kenapa taknak mengaku depan kakak kau?" Eunseong cuba psiko Jungkook.
"Aah!Memang aku suka awek kau.Memang aku cuba nak rampas awek kau," Junghee terkejut.Tak sangka adiknya seorang perampas.
"See aku dah kata.Adik kau perampas.Hey Jeon Jungkook ada kakak kau baru kau berani nak luahkan.Bila ada kakak kau taknak pulak.Kau bernasib baik sebab Junghee ni classmate aku 3 tahun dan kawan aku.Aku taknak pukul kau depan dia tapi kau ingat aku takkan lepaskan Jungkook,"
Eunseong menurunkan lengan Junghee.
"Kau settlekanlah adik kau ni.Nanti aku back up kau kalau cikgu tanya," Eunseong berlalu pergi meninggalkan adik beradik Jeon.Junghee melutut di hadapan Jungkook.
"Kookie,sakit tak?Nak nuna bawa bilik kesihatan?" Jungkook menolak tangan Junghee yang cuba menyentuh mukanya.
"Kau jangan nak tunjuk baiklah,bitch.Disebabkan kau aku dapat malu.Bodoh betul," Jungkook bangun.Junghee turut bangun.
"Nuna cuma nak tolong,"
"Tak payah nak tolong akulah.Aku bukan budak kecil.Jangan sibuk hal aku.Berambuslah kau," tubuh Junghee ditolak kasar.Batu-batu kerikil yang berada di rumput tergesel dengan tapak tangannya.
Tubir matanya penuh dengan air mata.Selama 15 tahun dia sabar dengan perangai Jungkook.Nak tunggu dia mati dulu ke baru Jungkook hargai kakak dia?
=======♥SoWi♥=======
YOU ARE READING
𝓢𝓸𝓾𝓵 𝓦𝓲𝓷𝓭𝓸𝔀
Fanfiction❝ Semua orang benci aku.Aku dah takde sesiapa.Memang padanlah dengan muka aku. ❞ ↝Kisah yang mengambarkan kehidupan sebenar↝ 𝒔𝒕𝒂𝒕𝒖𝒔 : 𝒄𝒐𝒎𝒑𝒍𝒆𝒕𝒆𝒅 ■Short Story Original ideas : lykooky [NO COPYRIGHT]