Bunyi sudu dan chopsticks berlaga dengan pinggan.Keluarga Jeon sedang menikmati makan malam mereka.Mereka hanya berbual kosong sehinggakan Jungkook membuka satu topik."Ayah,Kookie nak laptop baru," pinta Jungkook.Encik Jeon meletakkan chopsticks di atas meja.Anak bongsunya dipandang.
"Laptop tu tak sampai 6 bulan riwayat dia.Takkan nak beli baru?"
"Alah yah.Laptop tu storage dia kecillah," Jungkook tetap tidak mahu mengalah.
"Laptop tu latest punya takkanlah storang kecil.Tulah download game banyak-banyak lagi.Itulah kesan dia.Kata nak guna untuk pelajaranlah,"
"Kookie gunalah untuk pelajaran.Memandai je ayah ni.Please yah," Jungkook menggemgam tangannya.
"No.Laptop tu baru beli kot,"
"Alah,ayah," Jungkook menghentak meja.
"Yang kau ni dah kenapa hentak-hentak meja?" marah Encik Jeon.Suasana di meja makan itu terus berubah.Semua berhenti makan.
"Yelah dia boleh dapat laptop baru.Paling latest pulak tu.Kenapa Kookie tak boleh?"
"Masalahnya kakak kau punya laptop lama tu memang dah rosak habis.Laptop tahun 2000.Kau punya tu dikira ok dari tahun 2018.Lagi satu kakak kau tu nak SPM banyak cari kat internet,"
"Dia menipu je.Dia budak KBSM mana ada guna internet sangat.Kookie ni budak KSSM banyak guna IT.Sepatutnya ayah kena lebihkan Kook," Jungkook bangun daripada kerusi.
"No!Jungkook matang sikit boleh tak?Bagilah laluan kat kakak kau SPM dulu.Kalau laptop tu betul-betul rosak ayah belilah," Encik Jeon cuba berlembut.Anak bongsu dia ni lain macam sikit.
"Tengok.Semua manjakan kau.Apa yang kau ada?Semua tak faham kau.Kau dahlah rampas kawan aku.Apa lagi yang kau nak rampas?Keluarga aku?"
"JEON JUNGKOOK!" jerit Encik Jeon.Junghee hanya menunduk.
"Apa betullah,"
"Yang kau cakap ni kakak kau tau tak?Kakak kandung kau," Jungkook tersenyum sinis.
"Kakak kandung?Pandai betul kau berlakon kan perempuan.Acah baik.Padahal hati kau tu busuk,"
"Jungkook!Kau nak kena tampar dengan aku ke?" Encik Jeon mula kasar.Urat di lehernya mula tegang.
"Tamparlah.Nak sangat mempertahankan perempuan murah-"
Ppang!!
Pipi putih Jungkook ditampar buat kali pertama oleh Encik Jeon.Jungkook memegang pipinya yang perit itu.Matanya berair.
"Fine!Disebabkan kau perempuan aku kena tampar dengan ayah aku.Fuck you," sejurus itu,Jungkook terus masuk ke dalam biliknya di tingkat bawah.Pintu dihempas kuat.Rumah keluarga Jeon hanyalah satu tingkat.Takderlah kaya mana.
"JEON JEONGGUK!" jeritan Encik Jeon,Jungkook abaikan.Encik Jeon terduduk.Dia memandang anak sulungnya.
"Jung.Jung ok?" selepas Encik Jeon bertanya,Junghee terus menutup mulutnya menahan tangis.Air matanya dilap tetapi air mata itu tetap mengalir.Dia terasa.Puan Jeon terus memeluk tubuh anak sulungnya.Diusap belakang tubuh gadis malang itu.
"Dah jangan dengar cakap Jungkook tu.Tak tahulah perangai siapa dia ikut," Encik Jung mengelap air matanya.Kecewa melihat perangai anak bongsunya.
=======♥SoWi♥=======
YOU ARE READING
𝓢𝓸𝓾𝓵 𝓦𝓲𝓷𝓭𝓸𝔀
Fiksi Penggemar❝ Semua orang benci aku.Aku dah takde sesiapa.Memang padanlah dengan muka aku. ❞ ↝Kisah yang mengambarkan kehidupan sebenar↝ 𝒔𝒕𝒂𝒕𝒖𝒔 : 𝒄𝒐𝒎𝒑𝒍𝒆𝒕𝒆𝒅 ■Short Story Original ideas : lykooky [NO COPYRIGHT]