BAB 2

11 2 0
                                    

SHUTTLE yang terbang ke arahnya terus dibalas tepat dengan raket Yonex dengan pukulan smash tajam ke tempat lawan. Gerakan shuttle yang sama ke arahnya itu juga menjadikan gerakannya sama dan konsisten. Semakin lama semakin kuat pukulan smash itu. Berkali-kali gerakan yang sama sehingga dia tidak lagi menerima shuttle ke arahnya.

Dada berombak laju. Tenaga sudah banyak dikeluarkan sehingga peluh sudah membasahi satu badan. Farrel melihat di bahagian courtnya. Tiada satu pun shuttle yang jatuh di bahagiannya. Maknanya, dia sudah berjaya membalas pukulan shuttle daripada jurulatihnya dengan kemas dan sempurna. Dia menerima arahan untuk berehat seketika. Jurulatih itu mendekatinya.

"Energy yang sangat sempurna kamu keluarkan tadi. Bila tiba pertandingan yang akan datang, saya nak tengok energy yang sama kamu keluarkan seperti hari ini."

"Baiklah, coach."

Encik Farid, ketua jurulatih Akademi Badminton berpuas hati dengan latihan anak buahnya itu. Beliau bagai dapat melihat masa hadapan Farrel, seorang pemain yang berkebolehan dan mampu mengatasi pemain-pemain negara yang lain. Dia juga sangat berpuas hati dengan kejayaan Farrel yang terbaru iaitu kali pertama memenangi perlawanan badminton di All England beberapa hari yang lalu bagi peringkat perseorangan lelaki sekaligus mengalahkan pemain nombor satu dunia.

"Kamu rehat dulu. Nanti, kamu boleh bagi tunjuk ajar kepada pemain-pemain baru yang lain. Kejohanan Badminton Juniors pun dah nak dekat. Saya harap mereka dapat memberi sinar kepada badminton Malaysia untuk dijadikan sebagai pelapis kelak."

"In shaa Allah, coach. Mereka semua juga mempunyai kebolehan dalam permainan ini."

"Yalah." Encik Farid mengangguk sebelum beredar dari situ. Farrel duduk di atas kerusi. Minuman Hundred Plus diteguk sekali. Matanya sedang melihat para pemain yang lain yang masih bertenaga bermain dan berlatih.

Bahunya tiba-tiba ditampar oleh seseorang. Farrel berpaling ke sebelah. Lihat sahaja rakan sepasukannya itu duduk di sebelahnya, Farrel menghulurkan satu botol air Hundred Plus. Lantas Naim membuka penutup botol air itu dan meneguk sehingga separuh botol. Rasa penat selepas bermain hilang dengan adanya air tenaga itu.

"Macam mana training?" Soal Farrel.

"Macam biasa. Okay je."

"Budak-budak tu?"

"Improvelah sikit. Aku suka tengok si Daniel tu main. Walau badan dia kecik tak padan dengan umur belasan tahun, tapi mainan dia power dari aku." Naim menunjukkan seorang pemain remaja yang sedang berlatih dengan kawannya di court di hadapannya.

Farrel turut melihat Daniel di hadapannya. Setiap gerak geri dalam permainan Daniel memang dia sudah agak. Daniel memiliki skill dan teknik yang sangat bagus dalam permainan badminton ini.

"Fizikal bukan ukuran untuk lihat seseorang itu hebat ke tak dalam satu-satu permainan. Sama ada ia adalah anugerah dari Allah atau usaha kita yang tidak pernah berhenti."

"Anugerah dari Allah?" Naim berpaling ke sebelah dengan kerutan kening.

"Orang putih cakap gifted."

"Ohh" Naim mengangguk-angguk.

"Tapi, sepanjang aku cuba train si Daniel tu, dia selalu training dengan bersungguh-sungguh. Tidak pernah merungut atau penat. Even time weekend pun, dia selalu datang sini untuk training dan bermain. Serius aku cakap, dia memiliki lebih banyak skil berbanding aku yang sudah bertahun-tahun duduk kat akademi ni. So, itu gifted atau usaha dia sendiri?"

Farrel terdiam sejenak. Dia kembali memandang ke arah Daniel yang sedang khusyuk bermain.

"Mungkin dua-dua."

BIARKU TAWAN BINTANG ITUWhere stories live. Discover now