BAB 3

5 1 0
                                    

BUNYI loceng pada pintu masuk menandakan wujud seseorang pelanggan ke dalam klinik haiwan. Pantas Astrella mengangkat wajah daripada leka menghadap buku di meja. Kelihatan Puan Inessa tergopoh-gopoh masuk ke dalam dengan sebuah sangkar dan didalamnya ialah seekor kucing. Astrella terus berganjak ke arah Puan Inessa.

"Kucing siapa pula ni mama?"

"Tadi, masa mama nak pergi Seven E, mama terserempak dengan seorang wanita ni. Dia tinggal kucing dia di dalam kereta. Masa tu, mama biarkan sahaja. Lepas mama keluar dari Seven E, mama dengar dia menjerit sambil memanggil-manggil nama kucing dia. Lepas mama tengok keadaan kucing tu, kucing tu dah tak sedarkan diri. Terus mama angkut kucing ni datang sini untuk rawatan. Cepat, tolong mama sediakan peralatan rawatan untuk kucing ni."

"Baiklah ma." Segera Astrella bergerak ke almari ubat-ubatan dan menyediakan apa yang disuruh oleh Puan Inessa. Puan Inessa pula membuka sangkar dan membaringkan kucing itu dengan berhati-hati di atas katil.

Astrella tiba dengan peralatan rawatan. Dia melihat ketangkasan Puan Inessa dalam memberi rawatan kepada kucing hitam itu. Rawatan pantas sebagaimana memberi rawatan kepada manusia biasa yang pengsan.

"Mama dah cek mulut kucing ni jika ada tercekik apa-apa tapi tiada. Jantung masih lagi berdegup tapi dengan kadar yang perlahan. Jadi, kucing ni perlukan bantuan pernafasan untuk membantu jantungnya berdegup dengan baik."

Jelas Puan Inessa sambil tangannya sedang membaringkan kucing itu ke kanan. Beliau menarik sedikit bahagian kepala kucing lalu meniup udara dengan sederhana kuat melalui mulut kucing dengan mulut beliau sendiri. Serentak itu, Astrella melihat detik jarum jamnya dan tepat pada kiraannya pada lima saat setiap kali Puan Inessa meniupkan udara ke mulut kucing. Selepas 10 saat berlalu, Puan Inessa berhenti daripada meniupkan udara ke mulut kucing. Beliau memakai teleskop untuk mendengar denyutan jantung kucing. Lama dia mendengar melalui teleskop itu dengan penuh teliti sambil ditunggu oleh Astrella dengan penuh debaran, akhirnya beliau menghembus nafas panjang.

"Alhamdulillah, jantung kucing ni dah kembali normal."

Astrella dapat melihat dada kucing hitam itu berdegup dengan kencang.

Puan Inessa meneruskan dengan rawatan ubatan sambil ditolong oleh Astrella. Selepas kucing itu mendapat rawatan dengan sempurna, beliau meletakkan kucing itu di dalam bilik wad yang khusus untuk haiwan.

Astrella berasa simpati melihat keadaan kucing berbulu hitam lebat itu yang berada dalam keadaan lemah. Nasib baik sahaja Puan Inessa segera membawa kucing itu ke sini.

"Kucing tu mengalami perangkap haba dalam kereta. Kekurangan oksigen dan juga haba yang terperangkap dalam kereta. Bukan manusia sahaja tau mengalami kes sebegini, haiwan yang ditinggalkan dalam kereta sendirian pun boleh lemas. Manusia dan haiwan ini sama-sama makhluk ciptaan Allah. Sama-sama perlukan oksigen untuk hidup."

Terang Puan Inessa selepas beliau keluar dari bilik rawatan khas untuk kucing itu.

Astrella mengangguk kepala menyetujui bicara ibunya.

"Habis itu, pemilik kucing ni mana?"

"Dia tak care sangat pun kucing dia tu. Ada ke suruh bawa pergi klinik dan dia pula sibuk nak pergi kerja. Jadi, dia tinggalkan kucing tu dengan mama."

"Walaupun kucing, tapi tetap makhluk Allah. Kita kena jaga dan ambil berat pasal dia."

"Exactly! Bukan apa, orang kita ni bila nampak haiwan saja, mereka kurang ambil peduli. Nampak kucing kelaparan di tepi jalan dibiarkan sahaja. Kalau nampak orang-orang yang minta sedekah atau kanak-kanak yang sedang kelaparan, ada pula kesedaran mahu membantu mereka."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BIARKU TAWAN BINTANG ITUWhere stories live. Discover now