" hey Jinyoung. Awak pergi mana lewat sangat balik malam ni? " lembut saja pertuturan Sujin dengan mata sembam. Sah baru lepas menangis.
" maaf sayang, lupa bagitau. Harini ramai sangat pesakit " Sujin mengambil blazer Jinyoung yang berada dalam tangan Jinyoung.
" pergi la mandi dulu. Lepas mandi turun makan. Saya dah masak makanan fav awak tu "
Jinyoung hanya menurut. Malas nak bergaduh mulut, takut nanti lain pulak jadi. Dia cuba mengikut apa yang Minhyun cakap kan tadi. Jangan bagi Sujin lagi stress.
[SKIP]
" Aigooooo! Awak masak ka ni? Sedapnya! " Jinyoung mengangkat ibu jari tanda sedap. Terus membuatkan Sujin ketawa.
" makan slow2 lah. Awak tercekik nahas saya nanti "
" ei baiklah. Hm sayang, saya ingat nak hantar awak balik rumah eomma awak "
" untuk apa? Sebab awak tak sayang saya dah ka? " soalan Sujin membuatkan Jinyoung terus terdiam.
" saya sayang awak! Ini bersebab. Demi kebaikan awak "
" kebaikan? kenapa awak nak pisahkan kita sendiri? Saya nak selalu dengan awak! Saya tak nak jauh dengan awak.. "
Jinyoung buntu.
" cakaplah Jinyoung. Kenapa awak nak jauhkan diri dengan saya? "
" sebab saya sayang awak. Saya tak nak awak sedih. Saya nak awak luah semua perasaan awak kat eomma. Sebab awak tak nak luah kat saya kan? Saya tak suka awak pendam sorang2. Tu ja "
Sujin ketawa berdekah-dekah.
" lah. Sebab tu ja? Alah saya dah okey la. Jangan risau. Saya boleh kawal perasaan saya. Saya tak akan buat benda luar kawalan saya "
" erk. Konfem yang awak okey ni? Saya risau gila kat awak tau "
" ya saya okey. Saya nak tak nak balik. Saya nak duduk berkepit dengan awak 24jam "
Sujin memegang tangan Jinyoung dan anak mata mereka saling berpandangan.
" sebab saya ka awak kurus sangat2 ni? " tangan Sujin yang tadi diatas tangan Jinyoung kini dialih ke pipi Jinyoung.
" hm " Jinyoung mengangguk.
" mianhae "
" for what? " soal Jinyoung.
" mianhae sebab saya, kesihatan awak terjejas dan kurus macam ni. Saya tak sedar saya yang buat awak jadi macam ni " mata Sujin mula bergenang dengan air mata tapi Jinyoung pantas menyeka.
" yah yah Sujin. Jangan nangis. Bukan salah awak la. Salah saya lah tak nak makan "
" makan banyak2! Saya dah masak banyak ni awak kena makan sampai abis! Kalau tak. Tidur luar "
Terus membulat mata Jinyoung. Atas meja bukannya satu jenis makanan ja, tapi banyak!
#TBC