Bunyi loceng pintu ditekan bertalu-talu tidak sabar menanti Sujin membukakan pintu.
" sekejap, otw "
Sebaik sahaja pintu dibuka, tiada figura yang berada dihadapan pintu. Pelik, tadi diminta dibukakan pintu. Sekarang sudah hilang.
Dihadapan pintu ada kotak misteri dan agak pelik berwarna merah diletakkan. Ditulis ' kepada : Sujin '
Sujin membawa masuk kotak tadi dan siap sedia untuk dibuka.
" apa ni Jinyoung.. "Gambar dalam kotak tadi ada gambar mesra Jinyoung dan gadis yang amat dia benci. Yerim. Berduaan dan berpelukkan rapat sehingga
tiada langsung ruang untuk memisahkan mereka.Tangan dia terketar-ketar memegang gambar tadi bagaikan tidak percaya apa yang baru dilihat.
" wow. Patut perangai dah lain sekarang "
-
" apa gelap sangat rumah ni. sayang! " jerit Jinyoung dari arah ruang tamu. Langsung tiada sahutan dari Sujin.
" sayang! Sujin! " sekali lagi Jinyoung menjerit dan tiada sahutan dari Sujin. Hatinya gelisah dan membuatkan dia memeriksa dapur.
Tapi figura gadis tersebut tidak kelihatan. Selalunya bila balik Sujin ada didapur, harini tak ada.
" Ya tuhan. Mana awak ni Sujin "
Kakinya melangkah laju ke bilik mereka dan disitu dia dapat melihat figura yang dia tercari-cari sedang terbaring diatas katil dengan membelakanginya.
" sayang, awak kat sini rupanya? Kenapa ni? Tak sihat ka? "
Jinyoung mendekati Sujin tapi gadis tu hanya mendiamkan diri tanpa satu pun suara yang keluar.
" hey, what's wrong? " Jinyoung cuba memegang tangan Sujin tapi Sujin tu pantas merentap tangannya dari disentuh Jinyoung.
" kalau nak makan pergi lah turun. Saya nak tidur, tak larat "
Walaupun hatinya agak sakit dengan tindak laku Jinyoung tapi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri ke atas Jinyoung tidak langsung dilupakan.
" kalau nak cakap tu tengok lah saya. Saya risau tau tak! " suara Jinyoung agak meninggi sehinggakan tubuh Sujin tersentak.
" AWAK NI TAK FAHAM KA SAYA TAK LARAT? APA MASALAH AWAK JINYOUNG? "
Sujin bangun dari terus berbaring dan ingin melangkah keluar dari bilik. Jinyoung pantas merentap tangan Sujin.
" sorry, sa-saya emosi "
" kepala hotak emosi. Ingat saya tak dak hati ka awak nak tengking2 ? Dah, tepi. lepaskan tangan saya "
Jinyoung perlahan-lahan melepaskan tangan Sujin dan membiarkan gadis tersebut berlalu pergi.
" mianhae "
#TBC