👻6👻

895 134 40
                                    

Di mall..

"Hyung..jomlah balik..aku rasa macam tak sedap hatilah kat Yunho tu.." rayu Yeosang. Memang dia tak berhenti langsung berfikir pasal Yunho di dalam rumah itu.

Wooyoung dan Jongho hairan melihat Yeosang. Begitu juga dengan Seonghwa. Dari tadi mereka lihat yang Yeosang ni gelisah semacam.

"Ahh...nae...nae... So kita bungkus makanan untuk Yunho lah ye?" kata Hongjoong. Mereka pun mengangguk.
"Btw..Mingi, cuba kau call si Yunho tu." sambungnya.

Mingi pun cuba menelephone Yunho tetapi...

"Dia tak jawablah hyung.." Yeosang terkejut selepas Mingi kata begitu.

Dia dah terbunuh ke? Detiknya dalam hati. Dia berasa risau sangat kat Yunho..

"Kajja balik hyung!! Ada sesuatu buruk terjadi kat Yunho tuu!!" cakap Yeosang membuatkan ATEEZ hairan. Lebih-lebih lagi Seonghwa.

"Nae! Kajja!"

Kemudian..

Mereka pun sudah tiba di depan pintu rumah. Hongjoong mengetuk pintu.

"Yunho? Kitorang dah balik.."

Namun pintu masih belum dibuka. Membuatkan Hongjoong dan ATEEZ hairan.

"Maybe dia tidur kot.." teka San. Lagipun dia ternampak tv tu masih terbuka dari tingkap. Mungkin Yunho tidur di sofa.

"Hmm..nasib baiklah hyung ada bawa kunci rumah ni.." kata Seonghwa. Dia pun membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Diikuti oleh yang lain.

Yeosang terus menuju ke ruang tamu. Dia lihat memang tv itu terbuka namun orangnya tiada. Dah mulalah rasa lain macam dia ni.

"Korang..cuba cari Yunho kat dapur ke atau.." belum habis lagi Yeosang bercakap tiba-tiba Wooyoung terjerit.

"KORANG!! SEJAK BILA CAWAN NI PECAH?!" jeritnya. Kalah highnote Jongho ngan San.

Yeosang yang terdengar Wooyoung kata cawan pecah terus dia pergi ke dapur. Dia lihat rupa cawan itu pecah sama yang seperti di lihat semalam.

Lokasi ia pecah, kaca yang bertaburan dan apa-apa yang di tengoknya semalam memang sama.

"Mana Yunho?!" soal Hongjoong risau. Jongho segera naik ke atas dan pergi ke biliknya. Dia mendapati yang pintu biliknya terkunci dari dalam.

"Hyung! Yunho hyung ada dalam bilik! Tapi pintu ni berkunci!!" teriak Jongho. Dia cuba memulas pintu tetapi tidak dapat.

ATEEZ pun berlari naik ke atas dan cuba membuka pintu bilik Jongho dan Yunho namun tetap gagal.

Mingi perasan yang dibawah pintu bilik Jongho tu ada..

"Da...DARAH?!!" terkejut ATEEZ dibuatnya. Darah ini macam dari bilik Jongho dan Yunho.

Jongho tiada pilihan lain, dia terpaksa memecahkan pintu untuk masuk ke dalam biliknya.

BAAKKK!!

ATEEZ terkaku melihat dalam bilik Jongho ada..

"YUNHO?!!"

Ya..mereka menjumpai mayat Yunho dalam bilik Jongho. Darah mengalir keluar dari badannya.

Dia seperti telah ditikam oleh seseorang. Malah, ada juga kesan cakaran di tangan dan kakinya.

Hongjoong terus memeluk Yunho yang tidak bernyawa itu. Lalu dia meraung.

"KENAPA BOLEH JADI MACAM NI??!! SIAPA YANG BUNUH KAU HAAHH?! YUNHOOO!!!"

ATEEZ pun berasa sangat sedih lalu memeluk Hongjoong dengan erat. Yeosang yang masih tercengat di situ hanya memerhatikan ATEEZ yang sedang kesedihan dengan pandangan sayu.

Yeosang terus keluar dari rumah kerana tak sanggup nak lihat semua itu. Tiba-tiba dia terdengar satu bisikkan yang berada di sebelahnya.

'Macam mana? Ni yang kau nak kan semalam..'

Yeosang terus meraung.

"AKU DAH CAKAP JANGAN BUNUH KAWAN AKU!! BUNUH JELAH AKU!! DIORANG TU SEMUA TAKDER KAITAN LAHH!!"

'Ada kaitan! Korang semua orang asing di rumah aku! Jadi aku pun bunuh kawan kau tu!'

Makin stress Yeosang dibuatnya. Lalu dia terdengar lagi suara itu.

'Memandangkan semalam kau kata yang bunuh kau sorang je..aku akan gunakan badan kau untuk membunuh kawan kau yang lain tanpa kau sedar!!'

Terbeliak mata Yeosang. Hatinya mula bergedup kencang. Tiba-tiba dia ternampak yang ada seseorang menghampirinya dari depan! Yeosang cuba berlari masuk ke dalam rumah namun..

"ARGH!!"

Dia dah terlambat..

Benda itu kini berada dalam badan Yeosang sendiri..

[C] CREEPY  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now