"Hi roommate!!!." Seruan seseorang membuatkannya terjaga.
"Ah! Apa kau buat ni?! Cabul aku ya?." Eunsang terus terduduk, menyebabkan jarak wajahnya dengan gadis itu yang tadinya dekat akhirnya berjauhan.
Wajah gadis itu kelihatan kosong, seperti tiada apa-apa yang dia lakukan tadi.
"Eh apa diam? Pekak ke?." Soal Eunsang dingin.
"Saya rasa awak yang pekak, banyak kali saya panggil. Sudahlah pekak, buta pula tu. Ada awak nampak saya cabul awak?." Balas gadis itu, gayanya seperti gadis bendul.
Eunsang mengeluh kuat. Melepaskan geram lalu selimutnya ditarik ke paras dada semula dan kembali baring.
"Buang masa jelah aku cakap dengan orang bendul macam kau." Ucapnya dingin.
"Hehe maaf, maaf. Saya berlakon sahajalah. Best apa jadi orang bendul, cakap tak payah berlapik- ah, roommate. Apa kata kita berkenalan? Saya-."
"Aku tahu nama kau. Nurse pernah cakap. Lagipun ada tulis di papan dekat katil kau. Jadi tak perlu rasanya kau katakan lagi." Potong Eunsang.
"Oh, ok. Nama awak pula apa?." Gadis yang sedang berdiri itu menyoal.
"Aku rasa kau tak buta huruf kot. Ada kan tertulis dekat papan katil aku kan? Ke kau buta?." Balas Eunsang dingin sambil menutup wajahnya dengan selimut.
"Oh iya lah, hehe. Lee Pisang. Sedap nama. Tapi lagi sedap Yoon Rahae hehe." Ucap gadis Rahae itu sambil mendongak ke papan berdekatan dengan katil Eunsang.
"Tak pergi tadika ke hm? Pernah belajar mengeja tak? Nama aku Lee Eunsang. Bukan Lee Pisang!." Kasar sahaja setiap sebutan yang keluar dari mulut milik Eunsang.
"Oh ye ye saya tahu. Tapi Pisang lagi sedap disebut." Rahae tertawa kecil.
"Kau tak sihat ya?." Soal Eunsang.
"Iyalah. Kalau saya sihat, kenapa saya masih lagi di sini? Pakai uniform pesakit hospital?." Soal Rahae kembali.
Eunsang tersentak. Segala ayat yang dilemparkan agar gadis itu kekal diam membuatkan dia pula yang hampir terdiam.
"Ah, sudahlah. Aku nak tidur. Baik kau kemas katil kau tu dari ganggu aku. Semak lah. Lagipun aku ni pembersih, kalaulah aku boleh pilih roommate, mesti kaulah pilihan aku yang terakhir sekali."
"Dah jodoh awak dengan saya, nak buat macam mana?." Rahae membalas dengan nada gurauan.
Eunsang hanya kekal diam dan berpura-pura tidur. Kalau dibalas, mungkin makin berlarutan pula nanti.
ㅇㅇㅇ
[ 26/10 ]
Enjoy reading! ♡