"Patient, Lee Eunsang. Sudah tiga bulan tidak sedarkan diri doktor." Suara seorang perempuan samar-samar menyapa gegendang telinganya.
Matanya perlahan-lahan dibuka dan terlihat kabur sebelum dia kelibat seorang doktor, jururawat dan juga ibu bapanya dapat dia lihat.
"Doktor, rasanya bila Eunsang boleh sedarkan diri?." Sungguh, dia rindu mendengar suara ini.
Dari jauh, dia memerhatikan jasad seoranh wanita yang berdiri di hadapan doktor lelaki.
"Eomma.." panggilnya perlahan.
Terus wanita itu beralih ke arahnya, dengan wajah yang terkejut.
"Eu- eunsang? Eunsang-ah? Eunsang!." Bergetar-getar tangan Puan Lee menyentuh Eunsang sebelum memeluknya.
Dia biarkan dirinya dipeluk sambil mencari semula kelibat Encik Lee. Dapat dia lihat wajah datar terpapar di wajah lelaki itu. Terus Eunsang alihkan pandangannya.
Apa ayahnya masih marah?
Tiba-tiba sahaja kepalanya terasa bagai diusap lembut. Kalau mahu katakan itu tangan milik Puan Kang, bukan.
Dia pandang gerangan yang sedang mengusap kepalanya itu.
"Maafkan appa ya Eunsang, appa tak patut paksa kamu belajar setiap masa tanpa berehat. Semua salah appa. Maafkan appa ya hm?." Suara Encik Lee kedengaran lembut, lain dari biasa yang sebelum ini hanya kedengaran tegas sahaja.
Eunsang memandang sekeliling.
Kenapa dia masuk ke hospital semula? Kenapa seperti dia sudah merasai situasi ini?
"Kenapa.. Eunsang ada di sini?." Soal Eunsang lemah.
"Kamu kemalangan nak. Lepas kamu lari dari rumah. Sudah tiga bulan kamu koma." Balas Puan Lee.
Oh iya. Baru kembali ingatan dia. Tapi mengapa rasanya seperti ada sesuatu kekosongan?
Ingatannya cuba dia perah seboleh yang mungkin.
"Eomma, eomma pernah jumpa Yoon Rahae tak?." Mula Eunsang gelabah.
"Siapa? Tak pernah pula eomma dengar."
"Dia kawan Eunsang masa Eunsang dekat sini. Dia pernah cakap yang dia pernah berbual dengan eomma." Eunsang tersenyum tanda tidak percaya.
"Tiap-tiap hari eomma ke sini, tak pernah pula eomma berbual dengan sesiapa yang bernama Rahae. Lagipun kamu tu, sepanjang tiga bulan tidak sedarkan diri, mustahil kamu boleh berkawan." Eommanya mula pelik.
"Bertenang, Eunsang. Memang normal untuk orang yang koma untuk bermimpi." Doktor yang berada di sebelahnya menyentuh bahunya lembut.
"Tak. Tak. Semua tu betul! Eunsang sendiri pernah menyentuh tangan dia, dan dia betul-betul wujud!." Mula Eunsang bertindak agresif.
'Tittt.' Tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi nyaring panjang berdekatan dengan kawasan tempat di mana Eunsang berada.
Jururawat yang tadinya berdiri sahaja di sisi katil Eunsang itu kemudiannya berpindah ke katil sebelah.
Semua mata tertumpu ke situ.
"Doktor! Bacaan nadi dia sudah mendatar!." Jerit jururawat itu.
"Panggil doktor yang lain!." Maka, bermulalah kekecohan di dalam bilik itu.
Cuba Eunsang melihat wajah gadis berambut panjang yang sedang terbaring kaku di atas katil itu.
"R-ra-." Dia terkedu.
Wajah gadis itu mirip sekali dengan wajah Rahae.
Dalam beberapa minit, para doktor mula berkumpul dan hampir memenuhi ruangan bilik itu.
Tirai ditarik menutupi seluruh kawasan katil itu.
Dapat Eunsang lihat sesuatu jatuh dari tangan pucat milik gadis itu. Tanpa dihalang, dia perlahan-lahan cuba untuk bangun.
Akhirnya kedengaran bunyi nafas yang kuat di sebalik tirai itu.
"Nama, Yoon Rahae. Masa kematian, 5 Ogos 20X1, 2.43 minit petang." Ayat itu dia tidak memberikan sebarang reaksi.
Walaupun terjatuh, dia masih dapat mencapainya. Bahagian putih itu dia terbalikkan melihat isi apa yang ada di belakangnya.
Ia sebuah gambar. Gambar ini masih jelas diingatannya. Gambar dia bersama Rahae yang pernah Rahae ambil bersamanya yang dia sangka beberapa hari yang lepas.
Sukar untuk percaya bahawa apa yang telah berlaku antara dia dan Rahae hanya suatu mimpi walaupun sudah jelas kebenarannya.
End.
"Kadang, mimpi itu kenyataan."
"At first, as if my eyes were closed
I couldn't see a single light
No matter how far I went
But slowly, the light surrounded me
It shined on me when I was full of darkness.
It was you, Yoon Rahae. Thanks a lot."- dream for you.
수에노 , 261019 ✔