DMC 2

10 3 0
                                        

"Aku tidak ingin sendirian, aku hanya mahu dibiarkan sendiri."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
💜💜

Song Hyejun p.o.v

"pstt.. Hyejun, namja yang pakai baju merah hati kat meja depan tu dari tadi asyik pandang sini je." Bisik Hara

"jangan perasan lah." Aku malas menoleh. Nasi goreng kimchi yang sedang aku makan lebih memerlukan perhatian dari melihat sekeliling. Sedap ya amat!

"Aku rasa dia pandang kau lah!" Hara membuat kesimpulan rambang sambil berpura-pura menyedut minuman.

Padahal aku melihat mata Hara dah naik juling mengerling namja entah mana satu jadi targetnya itu. Hara bukan boleh pakai sangat. Kadang-kadang muka macam bangla jual karpet pun dia kata handsome. Pak guard yang jaga kawasan apartment tempat tinggal aku pun Hara kata kacak. Taste ke laut!

"Suka hati dia lah. Dia punya mata. Lagipon kat restoran ni kan ramai orang? Entah-entah dia tengok orang kat meja sebelah kita ni. So tak payah nak perasan sangat!" aku masih bersikap acuh tak acuh.

"Isy... Kau ni. Beku betullah! Tak best lah nak menggedik dengan kau. Tak boleh nak satu team!" Hara menggeleng kepala bila aku buat tak tahu je. Namun, dia terus mengawasi namja yang katanya masih curi-curi memandang ke arah meja kami.

"Eee... Aku rasa aku tak salah perkiraan ni. Namja tu memang pandang kau. Tu, chingu dia pon tengah pandang sini jugak!" kata Hara makin teruja.

Aku masih tak ambik port
Tiba-tiba Hara membulat

"Aww! Kiutnya bila dia ketawa!" Hara teruja smbil menekup tangan ke pipi. Bajet comel!

Dek terkejut melihat gelagat Hara yang di luar kawalan itu, spontan aku menoleh. Mencari di mana duduknya si namja yang Hara maksudkan.

Mataku akhirnya bertemu pandang dengan seorang namja yang duduk di meja bahagian dalam restoran. Melihat namja itu sedang tersenyum menampakkan eye smilenya, aku yakin itu lah orangnya.

Hmmm.. Not bad! Kategori boleh cari makan. Bolehlah kalau setakat nak masuk pencarian model Projek Namja Maskulin ke... Tak pon jadi instafamous Korea. Tapi, aku malas nak memandang lama-lama, takut namja itu terperasan pulak. Lagipon chingu namja itu pon dah ikot pandang ke arah kami.

"Okay fine! Dia memang kiut dengan eye smile dia tu. Tapi perlu ke kau beraksi Bajet comel macam tu? Kau tu umur dah nak masuk dua puluh sembilan tahun,bukan budak sekolah lagi! Macam tak pernah tengok namja lain yang lebih handsome!" getusku mematikan rasa teruja Hara

" Isy.. Kau nie! Potong betol! Bukan senang tau nak jumpa namja ade eye smile. " Hara mencebik.

Aku geleng kepala melihat gelagat gedik tak sudah Hara.

"Babe... Dia keluar. Dia pandang sini babe! Tengok tu..... Dia senyum pandang sini! So sweet!" mata Hara tak lepas memandang arah kanan dimana namja tadi belalu pergi.

[OG] DIA MR.CATTIVO. [KTH] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang