"Dia kesilapan terburukku, juga pengajaran buatku."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Hyejun p.o.v
Dari tadi, Seuyal menelitiku dari hujung rambut sehingga ke hujung kasut. Kemudian, matanya naik semula pandang wajahku dengan kening bertaut. Seolah-olah ada yang tak kena pada Rupa parasku.
"kenapa kau tengok aku macam tu?"
Aku bertanya setelah berasa agak tak selesa apabila terus direnung begitu.
"Kenapa kau nampak lain sangat sekarang, hah? Kau buat suntikan botox eh? Ke..... Kau ade buat plastic surgery dekat dada dengan punggung kau tu?"
Aku Dan Hara memandang Seuyal dengan dahi berkerut. Tak menyangka selancang itu Seuyal mengemukakan pertanyaan. Langsung tak bertapis!
" Kau fikir aku ni kemaruk sangat ke nak jadi lawa sampai sanggup suntik botox, buat plastic surgery segala?" ujarku dengan mata mencerlung.
"manalah tahu... Sebab seingat aku, dulu-dulu kulit kau karat. Tak Adalah putih gebu macam sekarang ni. Body kau dulu sekeping je pun. Tapi lepas sebelas tahun kita tak jumpa, kau nampak lain sungguh. Pelik aku tengok body kau gebu semacam. Kau suntik eh?" Seuyal mengerling ikut ekor mata, macam masih tak puas hati dengan jawapanku.
Baru sahaja aku mahu membuka mulut untuk mempertahankan diri. Hara pantas menjawab bagi pihakku.
" Isy... Kau ni Seuyal. Mulut kau kan, dari dulu tak pernah nak cakap bertapis. Dulu lain, sekarang lain. Hyejun ni terer boxing.. Lagi satu. Kalau kau pun nak kulit putih gebu macam Hyejun, kenalah rajin makan gluta, vitamin E dan C, rajin lulurkan badan. Hah.... Gerenti kulit macam telur baru dikupas! Kau yang yeoja pun tengok macam nak terjojol biji mata, apatah lagi namja-namja yang tengok si Hyejun ni. "

ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] DIA MR.CATTIVO. [KTH]
Romance"Tak boleh ke awak bagi saya peluang?" "Taehyung! Saya ni bekas isteri sepupu awak! Ingat tu" "Ye, saya tahu Dan saya memang tak boleh terima hakikat tu. Sebab tu saya nak awak jelaskan pada saya, cerita dengan saya apa sebenarnya yang dah jadi anta...