Ketika Sufian sedang termenung kerana hampir putus asa untuk mendapatkan kembali bekas kekasihnya. Pada masa itu, dia teringat memori buruk yang menyebabkan dia berpisah dengan Mira. Semuanya bermula apabila Sufian dituduh curang oleh Mira kerana termakan kata-kata kawan kawannya yang tidak setuju hubungan Mira bersama Sufian.
.................................................................."Sampai hati awak buat saya macam ni Sufian" itu lah yang tertulis di notifkasi. Lalu Sufian menekan notifkasi itu untuk membalas mesej Mira.
"Saya buat apa awak?, Kenapa awak nak marah tiba tiba ni?" penuh persoalan di fikiran Sufian kerana berasa hairan kekasihnya mengamuk secara tiba-tiba.
"Awak tahu, kawan saya cakap kat saya yang awak curang! Awak rapat dengan perempuan lain, siap bergurau mesra lagi! Kenapa awak buat saya macam ni? Awak ada orang lain kah? Kenapa awak suka rapat sangat dengan perempuan tu? Awak suka sangat kah kat dia?" balas Mira yang tidak berhenti menaip luahannya kerana kecewa terhadap Sufian. Sufian cuma 'bluetick' saja mesej Mira kerana tidak tahu apa yang perlu dia balas dan rasa bersalah sudah mula mentenggalami dia.
Memang betul Sufian ada bergurau dengan perempuan lain atau Sufian anggap sebagai 'crush' nya. Tetapi Sufian tidak lah curang, cuma bergurau senda sahaja. Ketika itu juga dia ternampak kawan kawan Mira yang memerhati Sufian yang sedang bergelak tawa dengan perempuan itu.Tiba-tiba satu notifkasi masuk. Dia cepat cepat menekan notifkasi yang merupakan mesej dari kekasihnya, Mira.
"Kalau awak dah suka sangat dekat dia, awak pergi lah dekat dia. Awak tinggalkan saya" mesej pertama
"Bila awak suruh saya jangan dekat dengan lelaki lain, saya dengar cakap awak, sebab saya nak jaga hati awak. Tapi macam ni awak balas?Dengan curang dengan perempuan lain?"
Sufian tidak tahu nak balas apa. Cuma 'bluetick' mesej Mira.
"Lepas ni awak jangan cari saya dah, saya benci awak!"
Lepas beberapa hari, baru Sufian berasa kesal dengan sikap nya dan berniat untuk meminta maaf dan memujuk Mira.
Tetapi niat nya dibatalkan apabila dia membuka aplikasi 'whatsapp' dan melihat gambar 'profile' Mira telah ditukar dengan gambar lelaki lain. Sufian sudah mengagak yang Mira sudah menjumpai penggantinya.
Sufian berasa sudah tiada dirinya di dalam hati Mira. Mungkin kerana Mira menganggap yang Sufian mempunyai hubungan dengan 'crush' Sufian itu. Tapi realitinya mereka cuma berkawan tetapi sedikit mesra. Sufian berasa sangat marah dan kecewa lalu terus mesej Mira untuk meminta peluang menerima nya balik.
................................................................
Tiba tiba Sufian disentak dari belakang. Itu menyebabkan Sufian tersedar dari lamunannya. Rupa rupanya sahabat baiknya dari kecil iaitu Zafril.