Bab 3 PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

13 1 0
                                    

"Kau buat apa Sufian? Termenung je aku tengok? Fikir pasal Mira lagi ke?" tanya Zafril kepada Sufian.
"Aku entah lah, rindu dia je." balas Sufian selamba
"Kau tidak boleh begini Sufian, dah macam orang tidak ada agama dah aku tengok,makan tak, tidur tak, solat tak!Berkurung dalam bilik 24 jam. " kata Zafril dengan nada yang sedikit tinggi. Dia begitu risau dengan keadaan kawan baiknya yang tidak terurus itu.
Sufian hanya mendiamkan diri kerana malas menimbulkan kan perbalahan.
"Kau tahu tak? Raya AidilAdha dah nak dekat. Tapi kau macam tidak semangat nak raya. Takkan sebab perempuan tu, kau nak jadi macam ni.. Macam zombie  dah" sambung Zafril dengan leterannya.
"Sudah lah Sufian, aku tidak tahu mahu nasihatkan kau macam mana lagi. Kau berhenti lah jadi macam ini. Banyak lagi perempuan dekat luar sana. Bunga bukan sekuntum Pian" kata Zafril lalu pergi meninggalkan Sufian.
Zafril bukan mahu menyebuk dan masuk campur hal Sufian kerana tahu   Sufian teramat sedih. Tetapi dia begitu risau akan keadaan sahabat nya.
_______________________________________
Sudah seminggu berlalu,Sufian dan keluarganya sudah berangkat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Raya bersama datuk dan nenek tercinta. Dalam perjalanan, hati Sufian berasa berdegup kencang seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku tetapi Sufian mengendahkannya. Sufian dan keluarga sampai ke destinasi dengan selamat. Mereka disambut mesra oleh datuk, nenek dan pakcik makcik serta sepupu yang sudah lama sampai di rumah itu.
Pada pagi raya takbir berkumandang menandakan sudah menjelang Hari Raya Aidiladha yang ditunggu tunggu.
Semua umat islam keluar beraya dengan mengunjung jiran tetangga dan ada juga yang mengunjungi jiran tetangga dan menyambut Hari Raya dengan penuh gembira.  Tetapi bukan Sufian, dia masih menunggu dan berharap Mira datang kepadanya semula. Namun penantian itu menghampakan kerana tiada lagi ruang di hati Mira untuk Sufian.
..............................................................
"Pian,kenapa kau senyap sahaja sejak sampai sini? Langsung tidak bergaul? Pagi raya pun kamu murung. Tidak keluar pergi beraya. Kamu ada masalah ke Pian?" tanya atuk kesayangan Pian yang tiba tiba datang duduk di sebelah Pian yang ketika itu sedang termenung di kaki tangga.
Tersentak Pian dari lamunan nya
"Tiada lah tok, Pian okay je. Cuma tiada semangat sikit" balas Pian
"Kamu tidak payah lah bohong dengan atok, atok tahu kamu ada masalah. Kamu baru lepas putus cinta kah?" tanya atuk
"Atuk ni tahu tahu jer. Hmm, macam itu lah tok. Orang kesayangan Pian tinggalkan Pian."kata Pian
"Atuk kenal kamu lama dah, mesti lah atuk tahu kamu ada  masalah. Takkan lah sebab perempuan kamu nak jadi macam ni? Ramai lagi perempuan kat luar sana. Pian cakap jer nak yang macam mana, biar atuk carikan."kata atuk dengan sedikit tawa.
"Tidak perlu lah tuk, Pian malas nak fikir pasal cinta buat masa sekarang. Sebab hati Pian masih dekat bekas kekasih Pian" kata Pian
"Hmm, baik lah. Kamu cuba lah lupakan dia" kata atuk
"Baiklah tok"
Sedang mereka rancak berborak, Sufian tidak perasaan ada sesuatu yang sedang memerhati nya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 04, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MISTERI CINTAWhere stories live. Discover now