5

1.9K 229 265
                                    

Hari yang dinantikan sudah tiba, hari dimana atok Bts kena menjaga si kecil seramai 13 orang.

"Ok gais pukul 7, mak bapak diorang akan hantar anak diorang jadi senyum dengan penuh ikhlas ye" pesan Seokjin lalu memandang rakan-rakannya yang sedang buat rehearsal nak senyum ikhlas.

"Namjoon jangan senyum macam tu menangis budak-budak tengok" tegur Seokjin pada Namjoon yang senyum hanya nampak gusi.

Gigi palsunya kena sorok.

Dengan muka sedihnya Namjoon pergi mencari gigi palsu selepas dihalau oleh Seokjin.

Ting! Tong!

"ARGHHHH!! DIORANG DAH SAMPAIII ARGHHHHH!!" Jerit Hoseok lalu berlalu di satu bulatan akibat panik.

Pang!

"Jangan buat macam tu gila, bukan setakat budak tu lari dengan mak bapak diorang sekali lari" ujar Yoongi lalu menjeling Hoseok yang terbaring akibat ditampar olehnya.

Walaupun bontotnya sudah lembik jangan risau tangan dia still keras.

Uishhhhhh.

Apabila terlihat tiada sesiapa ingin membuka pintu jadi dengan mulia hati suci murninya Jungkook pergi membuka pintu dan terpampang la seorang budak kecil yang ternganga melihatnya bersama sang bapa.

"Ouh hai?" Sapa Jungkook dengan naifnya budak itu membalas sapaan lelaki tua itu dengan lambaian bersama mulutnya yang masih ternganga.

"Ni ke rumah babysitternya?" Soal sang bapa dengan riak wajah tidak percaya.

Belum sempat Jungkook ingin menjawab, Seokjin terlebih dahulu memotong.

"Yup hoho selamat datanggg"

Sang bapa memandang Seokjin atas bawah, depan belakang, kiri kanan.

"Pak cik ni boleh ke jaga anak saya?" Soal sang bapa tiba-tiba. Soalan itu membuatkan Seokjin mencekak pinggang manakala yang lain cuma manahan diri dari keluarkan segala makian.

"Hape engko fikir aku ni tak pernah basuh bontot budak ke apa?" Soalan dibalas soalan, sang bapa hanya mampu menggaru kepalanya.

"Erkkk.."

"Appa! Pergi la kerja nanti omma marah pula appa lambat" ujar si kecil bersama patung unta didakapannya.

"Hmm yelah ok bye jaga diri" sang bapa terus mencium pipi si anak lalu berlalu pergi sempat dia memberikan beg keperluan anaknya pada Seokjin.

Sebelum dia pergi sempat dia menunduk hormat pada Seokjin.

"Haish orang zaman sekarang ni" geleng Seokjin lalu tunduk kebawah memandang si kecil yang masih mendongak memandangnya.

"ATOK!"

"Hah sudah..."

+++

"PAPA!! WHY HANTAR JISOO PERGI BABYSITTER WHYYY?! JISOO BAIK LA!!" Raung Jisoo di dalam kereta. Dah nak dekat setengah jam juga la diorang kat depan rumah babysitternya cuma tulah dia tak nak masuk.

"Jisoo, papa kena pergi kerja sekarang" ucap papanya lalu memicit pelipisnya pening layan perangai anak tunggalnya ini.

"Jisoo.." tegur mamanya pula.

"Hiks tak nakkk! Mama, Jisoo tak nak pergiiiii" dengan esakkan dia memeluk lengan mamanya pula.

"Alah Jisoo ni dulu first day school macam ni juga tapi lama-lama Jisoo ok je kan"

Atok || Bts & Seventeen ||Where stories live. Discover now