12

1.4K 180 120
                                    

"BAIK JAWAB SIAPA YANG POTONG BUNGA ROS AKU HSHSHSHSHS HANAT" teriak Seokjin dengan kuat.

Budak-budak yang lain hanya mendiamkan diri, takut dengan wajah bengis Seokjin seorang pun tak berani nak mengaku bila tengok orang tua tu macam nak makan mereka hidup-hidup.

Jungkook yang perasan reaksi budak-budak itu yang tiba-tiba sahaja diam, dia dapat mengagak sesuatu.

"Baik korang jujur, korang ke yang rosakkan bunga atok Seokjin?" Soal Jungkook dan budak-budak itu mengangguk perlahan.

"M-mian atok"

"Jangan minta maaf kat atok la pergi minta maaf kat atok Seokjin" mata budak-budak itu mula berair, wajah bengis Seokjin mula berlayar di ingatan mereka.

"T-tapi kitaorang takut.."

"Jangan la takut pergi minta maaf sekarang kesian dia menangis tau sebab bunga ros dia dah kena curi" ujar Jungkook dengan suara yang dibuat-buat kesal.

"Tapikan atok kita tengok dia tak menangis pun" tegur Seungkwan, dia perhati je Seokjin dari tadi tak menangis tapi lebih kepada mengamuk.

"Dia menangis"

"Tak"

"Ye"

"Tak"

"Ye"

"Tak"

"Ye"

"Tak"

"Atok bagitau dia la SEOKJIN HYUNGG-- UMPH!!" Jungkook meronta perlahan apabila Seungcheol menutup mulutnya nasib baik tak tersembur air liur tadi.

"Ish atok ni jangan la bagitau sekarang!" Marah budak itu, terus tak jadi nak menangis dia.

"Hah apa kau jerit-jerit panggil aku? Tak nampak ke aku tengah marah ni?!" Sergah Seokjin tiba-tiba di depan Jungkook dan budak-budak itu. Nampak macam marahnya belum hilang lagi.

"Alah hyung rilek la bunga ros je pun" ujar Jungkook dengan wajah tenang-orang-tua-tenang.

"Apa kau bunga ros je?! Bunga ros ni la segalanya bagi aku tau!! Aku dah takde duit nak beli lagi dah haish baik aku mati jelah" kata Seokjin kendur, muka pun dah macam redho nak mati haish.

Budak-budak itu tergamam apabila dengar apa yang dikata oleh Seokjin, mata mereka kembali berair.

"ATOKK!! HUWEEE JANGAN LA MATI KITAORANG MINTA MAAF KITAORANG AMBIL BUNGA ROS ATOK!!" Tangis budak-budak itu lalu memeluk kaki Seokjin.

"OUH KORANG LA TOYOL TU BERTUAH BETUL!!" Wajah suram Seokjin mula bertukar kepada wajah geram, bila cakap mati hah baru terkial-kial nak minta ampun semua.

"HIKS ATOK THANGAN MATI CHAN BATHITAHU GRANDPA CHAN ANTI HUWEE" jerit si kecil dengan ayat yang memang Seokjin tak faham langsung.

"NI SEMUA SALAH SOONYOUNG HYUNG! DIA YANG CADANG SURUH AMBIL" tunding Minghao pada Soonyoung yang sibuk bergayut di kaki Seokjin.

"APA PULA KITA?! HUWAHH ATOK TENGOK MINGHAO NI!!" Adu Soonyoung dengan teriakkan yang lebih kuat.

"ATOK NANTI KITAORANG GANTI BALIK BUNGA ROS ATOK TU JANJI ATOK JANGAN MATI" ujar Mingyu setelah penat menangis dengan penuh sesalan kerana terhasut dengan cadangan Soonyoung mengambil bunga ros tanpa meminta izin.

"Boleh ke korang ganti?" Budak-budak itu mengangguk laju.

"Series?" Dan mereka mengangguk lagi, Seokjin mula speechless cakap je nak ganti nak beli bunga tu pakai apa? Pampers?

"Ye janji atok jangan mati!" Cebik Seokmin sedih.

"Ajal di tangan tuhan cu.." ujar Seokjin tiba-tiba, semua terdiam termasuk atok-atok yang dari tadi melihat drama tak bertauliah Seokjin dan budak-budak itu.

Atok || Bts & Seventeen ||Where stories live. Discover now