6

2K 215 209
                                    

"Ibu... k-kita takut" ujar Minghao sambil memeluk kaki ibunya. Mereka sekarang berada di depan rumah babysitternya.

Baru lusa dia sampai Korea dengan familynya dah kena hantar babysitter sebab ibu bapanya harus masuk kerja hari ini.

"Takde apa-apa la Minghao" ujar ibunya sambil mengusap bahu anaknya untuk menghilangkan rasa takut.

Sebab apa Minghao takut? Bukan dia takut kena tinggal cuma....

"ARGHHHHH SEUNGCHEOL JANGAN SIMBAH AIR SEJUK MEMBEKU TU KAT ATOKKKK"

"AHHHAHAHAHHAA YEAYYY SIMBAH KAT GAJAH ATOKKK"

"YA TUHAN AKU NAK TERCIRIT"

"JISOO!! BARU SEMINIT KAU JADI BUDAK BAIK TERUS ENGKO NAKAL YE BUANG BULUH TU WOI MANA DIA DAPATTT?! GATAL NANTIII"

"YEAYY BAGI ATOKK"

"JUNHUI NAK JOINNNN KITA AMBIL BATANG MOP KEJAP"

"TIDAKKKK"

"ARGHHH ATOK! SOONYOUNG NAK GIGIT PIPI JIHOON LAGI HUWAHHH"

"WONU TOLONG JIHOON"

"Takmau nak baling mercun kat atok Yoongi kat jamban dengan Jeonghan hyung"

"Adikku..."

"Budak baik terus bertukar perangai..."

"WEH YOONGI KELUAR DARI JAMBAN TU WOI"

Ye itu yang ditakutkan Minghao, terasa seperti ada kes penderaan di dalam rumah itu.

"Ibuuuuu"

"Itu budak main-main la tu dengar macam ada ramai so Minghao boleh la main dengan diorang nae?" Pujuk ibunya lagi.

"Kalau Minghao dengar kata ibu nanti ibu belikan Minghao patung kermit sama besar dengan Minghao" pancing ibunya dan ia mengena.

"OK JOM CEPAT-CEPAT" jerit Minghao teruja, bukan teruja babysitter kena jaga dia tapi teruja dapat patung kermit baru besar pula tu.

Ibu Minghao hanya menggelengkan kepala lalu menekan loceng rumah itu.

Suasana yang tadi bising di dalam rumah itu terus menjadi senyap seperti tiada orang.

"Eo? Cepatnya diam" komen Minghao.

Tiba-tiba pintu dibuka seseorang, terpampang muka seorang lelaki yang sudah berusia memandang Minghao dengan senyuman lebar.

Tetapi tak pada Minghao sebab babysitternya seorang lelaki tua dah macam sebaya atoknya pun ada bila tengok.

"Maaf sebab menganggu, ni la Xu Minghao" ujar ibu Minghao lalu menolak anaknya kedepan seperti memberi arahan.

"Ahh annyeong Xu Minghao imnida" sapa Minghao dengan sopan serta dia menunduk 90 darjah.

"Wahh baiknya budak ni" ujar lelaki tua itu dengan senyuman.

"Kalau ada apa-apa masalah sila call saya, saya minta diri dulu" usai sahaja meminta diri ibu Minghao memberikan beg keperluan anaknya itu lalu berlalu pergi.

"Minghao jom masuk"

"Ahh.. n-nae"

"Mingyu, ni la rumah babysitternya" ujar omma Mingyu dengan senyuman.

"Ouhhh lawoooo" komennya bersahaja sebab dia tak tau nak komen apa lagi dah.

Berdiri sahaja mereka di depan pintu, omma Mingyu menekan loceng rumah itu.

Tiba-tiba tangan kecil Mingyu menarik seluar ommanya perlahan.

"Omma, kereta mainan Mingyu mana?" Soalnya apabila tadi dia sempat melihat barang-barang yang berada di dalam beg keperluannya.

Atok || Bts & Seventeen ||Where stories live. Discover now