Episod 15
"Urgh...letihnya~"
Badan yang terasa sakit akibat seharian berkerja direbahkan disofa empuknya.Kini,dia tinggal di rumah setingkat jauh dari bandar Seoul.Dia tahu,polis sedang menjejakinya.
Bibirnya mengukir senyuman sinis apabila teringat kejadian tadi."Akhirnya,berjaya juga aku balas dendam terhadap kau.Semoga tenang dekat alam neraka sana,Park Jihoon.Hahahaha!!"
Hubungan kasih sayang yang sebelum ini erat antara dia dan Park Jihoon hancur berkecai.Tak disangka,hubungan adik beradik antara mereka sanggup dikhianati Jimin.
Kasih sayang?
Huh?Bagi insan bernama Park Jimin,kasih sayang sudah lama pupus dari mindanya.Dalam fikiran dan hatinya kini hanya dendam.Ya,banyak dendam yang perlu dilangsaikan.Tak kira sekecil mana dendam itu,ia akan dibalas dengan darah dan kematian.
Serta merta dia teringat akan Kim Jiyeon,kekasih pertama dan terakhirnya.Hatinya tidak tentu arah apbila teringat kenangannya dengan Jiyeon.
"Aish!Kenapa aku kena fikir pasal benda tu,doh?Buat semak kepala otak aku jer fikir pembunuh tu.Bapak dengan anak sama je.Susahkan hidup aku.Manusia tak gu-"
Trit...trit...
Bunyi notifications dari telefon Jimin menjedakan bebelannya.Jimin pantas menyelongkar kotnya.Setelah telefon dijumpai,dia menatap lama notification yang tertera dengan riak berkerut.
Full Storage! Clear up now?
"Storan penuh?Biar betul?"Ujar Jimin tidak percaya.Dia menekan notification itu.Kebanyakkan penggunaan storan daripada galeri fotonya.
Galeri foto ditekan.Beribu gambar memenuhi galeri foto itu.Bermula dari gambar dia sebagai murid sekolah menengah sehinggalah sekarang.
Jimin meneliti gambarnya bersama Jiyeon.Hatinya berbelah bahagi.Dia tidak dapat nafikan,hatinya masih lagi ada rasa sayang terhadap Jiyeon.Namun,dia tetap membuang semua gambarnya bersama gadis itu.
Tolonglah Min,jangan jadi pabo sebab gadis tu! Hati Jimin menjerit kegeraman.Jimin scroll kebawah,sebelum dia terjumpa sesuatu.
Album
My Life✨"Album apa ni?"
Saat album itu dibuka,berpuluh gambar dia bersama BTS ketika bersama sama menuntut belajar di Hanyang Universiti.Terkedu Jimin.Sudah lama dia tidak melihat foto foto bersama sahabatnya.
Mindanya pantas mengingati memori bersahabat bersama Namjoon,Jin,Suga,Jhope,Jimin,Jungkook dan Taehyung.Kenangan mereka ketawa bersama,bergaduh bersama,dan semua aktiviti yang dilakukan bersama.
Entah kenapa,Jimin tidak bereaksi apa apa.Dia hanya mendiamkan diri dan merenung foto foto itu dengan riak kosong.Rindu?Sayang?Baginya perkara itu tiada dalam kamus hidupnya.
Jimin klik butang delete all di penjuru album My Life✨itu.Album itu dipadamkan,bersama segala memori dari kepala otak Jimin.
"Sahabat?"Minda Jimin keliru.Selepas kejadian yang berlaku dalam hidupnya,dia sentiasa berfikir bahawa,
Alone is enough than two
YOU ARE READING
Unforgotten Soul.
Fanfic© 2019 Kehilangan isteri dan anak yang dikasihi memberi impak yang besar di dalam hidupnya. Tanpa dia sedari, Tuhan telah mengatur seorang gadis untuk menjahit semula hatinya yang terluka. Gadis yang dia temui bukanlah gadis yang biasa. Perbezaan di...