Di dalam bilik Kayla sedang membaca buku diari kepunyaan kakaknya.Selalunya dia akan membaca satu muka surat satu hari.Dia ingin melakukan perkara yang kakaknya tulis di dalam diari.Dia ingin mencari tahu dengan siapa dan ke mana kakaknya itu selalu pergi bersama Black Gang.Kayla terkejut apabila terbaca ayat ini, 'Aku sering dibuli,tidak ada sesiapa pun yang bersimpati dengan ku'.Dia tertanya mengapa kakaknya dibuli sedangkan dia berkawan dengan orang yang ditakuti ramai.Apakah yang terjadi ?
Di sekolah,Kayla sedang menuju ke perpustakaan sambil membaca novel.Tiba-tiba dia terlanggar dengan Andy,ketua Black Gang.Dia terus minta maaf kepadanya tetapi Andy memandangnya dengan keadaan marah.Kayla terus berkata "Saya akan melakukan apa sahaja yang kalian inginkan".Andy tersenyum sambil berkata "Lepas habis sekolah jumpa kami di kantin".Kayla hanya mengganggukkan kepala.Setelah itu mereka pun pergi.Kayla memukul kepalanya kerana berkata seperti itu.Tapi dia berasa ini kesempatannya untuk rapat dengan mereka untuk mengetahui apa yang berlaku kepada kakaknya.Dia rasa Black Gang pasti berkait dengan pembulian itu.
Semasa di dalam kelas,Kayla hanya termenung.Dia masih memikirkan apa yang akan Andy lakukan kepadanya."Kayla lepas habis sekolah ini kita pergi China Town nak tak,lagi pula esok hari cuti? tanya Mika kepadanya.Kayla memberitahu bahawa dia tidak boleh ikut kerana dia perlu menolong mamanya.Kayla takut untuk memberitahu mereka tentang Black Gang.Di kantin terlihat Black Gang sedang bergurau senda.Kayla pun menyapa mereka.Dia bertanya apa yang perlu dilakukan olehnya.Di atas meja terlihat banyak buku.Andy menyuruh Kayla menyiapkan semua projek mereka sebelum minggu depan.Kayla mengeluh dan berkata "Saya akan cuba yang terbaik".
Tibanya di rumah,Kayla terdengar ibu bapanya bergaduh tentang penjagaan anak.Ibu bapanya merancang untuk bercerai.Kayla tidak mahu ibu bapa mereka berpisah.Masalah Kayla makin bertambah.Dia tidak tahu mahu menyelesaikan masalah yang mana dahulu.Dia berfikir sehinggakan ketiduran dengan pakaian sekolahnya itu.
Keesokannya,Kayla bangun lewat.Dia turun ke dapur untuk mencari makanan,dia menemukan nota dari mamanya 'Papa dan Mama akan pulang lewat malam ini,kalau Kayla lapar ,panaskan makanan dalam peti sejuk.Mama masak banyak hari ini' . Kayla terus terfikir akan penceraian mama dan papanya itu.Dia tertanya kalau mereka betul-betul bercerai,dia patut tinggal dengan siapa.Hal itu membuatkan Kayla semakin stress.Dia tidak mahu keluar kemana-mana kerana dia harus melakukan kerja yang di beri oleh Black Gang.
YOU ARE READING
She
Mystery / ThrillerKayla Saputra adalah pelajar baru di sekolah itu.Kehadiran Kayla membuatkan suasana di sekolah itu menjadi sepi.Semua pelajar termasuk guru-guru merasa aneh,jika ada pelajar yang dibuli pasti akan ada perkara yang tak disangka terjadi.Apakah yang te...