Chapter 1 : First Day At School

78 9 1
                                    

Seperti biasa Aeri menjalani hari hari yang indah bagaikan langit di sore hari (eh tibers). Aeri bangun dari katil dengan penuh semangatnya kerana ini hari pertama persekolahannya di International Korean School. Memang la dia excited sebab sebelum ni dia bersekolah kat Australia. Dia baru je ditukarkan pengajian ke Korea sebab pakcik dia tak nak dia belajar jauh jauh. Nanti takut jadi benda benda yang tidak diingini. Okay, back to the story. Aeri bangun dari katil lalu pergi ke bilik untuk membersihkan diri (tandas la tu). Semasa dia sedang bermandi manda, entah kenapa jiwanya ingin bernyanyi. Jadi, dia pun bernyanyi dengan penuh semangatnya. Dah la suara lantang, satu banglo boleh dengar dia nyanyi. Tapi, suara dia ni sedap. So, dorang x pedulilah Aeri ni menyanyi. Sedang syok² Aeri menyanyi dalam tandas, makcik kesayangan Aeri memanggil Aeri untuk turun sarapan. "Aeri! Cepat la mandi tu! Nanti lambat pulak datang sekolah. Ni kan first day Aeri kat sekolah tu!" kata makciknya. Aeri membalas kata² makciknya "Yela².. Aeri dah nak siap ni" *buat muka monyok* (ingat cute la tu). Pakcik Aeri hanya mampu tersenyum dengan gelagat isterinya dan Aeri anak saudaranya yang paling dia sayangi. Pakcik dan makcik Aeri ni tak ada anak lagi sebab tu mereka sayang Aeri sangat². Mereka dah anggap Aeri ni macam anak kandung.

Selang beberapa minit, Aeri turun ke ruangan dapur untuk bersarapan dengan pakcik dan makciknya. Aeri melemparkan senyuman yang sangat manis kepada kedua dua insan yang dia sayangi di dunia ini. "Dah dah.. Makan cepat.. Nanti lambat.. Tengok jam dah pukul berapa.. Kang lain kali tu cepat sikit.. Mandi tu mandi betul² takpayah nak buat concert.. 'eomma' tahulah suara Aeri ni macam bidadari" bebel makcik Aeri. Aeri dah biasa gelarkan makciknya itu sebagai 'eomma' biar Aeri ni dapat melepaskan sedikit rindu dengan mendiang ibunya. "Haa yela² Aeri minta maaf k eomma ku yang cantik macam Aeri ni. Eomma sepatutnya beruntung tau dapat anak buah yang cantik macam Aeri ni" balas Aeri sempat memuji dirinya sendiri. "Dah dah suh suh.. Tu driver dah tunggu.. Kang dia berhenti kerja pulak sebab tunggu Aeri lama sangat" kata eommanya.

*skip*

Aeri's POV

Aeri telah sampai ke destinasinya iaitu INTERNATIONAL KOREAN SCHOOL. Dia sangat teruja untuk melihat apa yang ada didalam sekolah itu. Kemudian, dia terlihat ramai perempuan yang sedang menjerit macam orang baru nampak bidadari terbang limpas dengan dorang. "Oppaa!!! Couple la dengan saya!! Saya cantik!! " kata salah seorang daripada mereka. Aeri membuat riak wajah yang sangat 'ngak ngerti'. "Aaa oppaaa!!! Saranghaee!! " para peminat 'oppa' sekalian. Kemudian para peminat 'oppa' tu tadi diberikan ruang untuk mereka berjalan. Baru la jelas muka² oppa yang diminati para ulama sekalian. Aeri pun agak terkejut apabila dia terlihat 'oppa²' yang dikagumi oleh mereka. Sungguh tampan, badan uishh... lawa beb. Tetapi Aeri hanya mampu memandang mereka dan salah satu member mereka (Taehyung) ter-eyecontact dengan Aeri. Lalu Aeri cepat² melarikan pandangan matanya ke arah lain.
End Aeri's POV

Taehyung's POV
Taehyung seperti biasa menaiki kereta besarnya bersama-sama dengan Jimin dan Jungkook. Mereka keluar dengan bergayanya sebab merekakan budak hot kat sekolah tu.
"Oppa!! Couple la dengan saya!! Saya kan cantik!! " kata perempuan sundal yang ada kat sekolah tu. "Aaa!! Oppaaa!! Saranghaee!!! " sundal nombo dua pulak cakap. Taehyung dan member² dia tak berapa nak kisah dengan benda² macam tu sebab tu benda biasa bagi mereka. Kemudian, mata Taehyung ter-automatik terlihat seorang gadis "ulzzang" yang sedang memerhati apa yang berlaku dengan mereka. Dengan segeranya perempuan itu melarikan pandangannya dan terus berlalu macam tu ja. "Weyh Jungkook, kau nampak tak apa yang aku nampak kejap tadi?" kata Taehyung. "Nampak apa? " soal Jungkook. "Aku nampak burung lalu tadi. Banyak gilerr. Cantik. Macam bakal awek kau nanti." gurau Taehyung sengaja nak tukar topik. "Aku takda masa nak dengar lawak hambar kau tu. Dah la jum masuk." kata Jungkook. Taehyung hanya tersenggih senggih dan angguk mendengar arahan Jungkook.
End Taehyung's POV

[FF PARK JIMIN] BAD BOY IN OUR AREA Where stories live. Discover now