BC1

62 5 0
                                    

BANG! BANG! BANG!

Tembakan yang bertubi-tubi itu laju memecahkan kaca yang berada di atas batang pokok yang telah ditebang. Ada 50 kaca kesemuanya, termasuk beberapa yang digantung di dahan pokok. Susunan botol kaca di setiap 7 kayu balak itu membuatkan Cat semakin lincah menarikan badannya dan pistol diacu tepat ke sasaran.

50 botol kaca habis pecah berderai dek ditembak dalam masa 30 saat. Pistol diletakkan di tepi, rambutnya yang diikat itu dibuka, lalu diikat kembali. Membetulkan kedudukan ikatan yang sedikit jatuh kerana ikatan tadi sedikit longgar. Botol air berwarna hitam berdekatan kerusi rehat ditujunya dan dicapai lalu diteguk dengan rakus.

"Kau tak reti minum sambil duduk ke?" Suara seseorang menegurnya membuatkan Cat terus terduduk bersila di atas lantai sambil air masih diteguk. Habis satu botol itu diminum. Cat menayangkan senyuman ke arah Rafea yang datang membawa aid kit.

"Kau ni tak reti rehat ke?  Kau baru habis mission kan semalam? Luka dekat tangan kau tu pun tak sembuh lagi. Next mission penting tau untuk kau, kalau tak sembuh luka tu macam mana?" Bebel Rafea sambil mengeluarkan beberapa bahan daripada aid kit untuk menukar balutan aku.

Semalam...

"Cap! Cover aku!" Jerit aku dengan nada yang kuat agar didengar oleh Cap. Suasana tembak menembak itu membuatkan keadaan menjadi kacau bilau apabila pertemuan yang sepatutnya berjalan dengan perbincangan yang menenangkan bertukar kepada semburan darah hanyir ke tanah.

"Roger!" Cap menyahut seruan aku. Cap dan lagi dua orang agent berlari ke arah aku dengan penuh berhati-hati. Nyawa Ranger dalam bahaya! Keadaan terlalu kucar kacir menyebabkan aku tidak mampu berfikir dengan tenang akhirnya menyukarkan aku untuk mencari di mana Ranger berada. Para penjahat kolot ini ingin membunuh Ranger! 

BANG!

"Cap!!" Terlalu pantas. Tak sempat aku kira berapa detik. Bahu Cap ditembak musuh.

SWAP!

"Arghh." Aku mengerang kesakitan apabila lengan kiri aku ditikam dari arah sisi. Pisau itu terpelanting jauh apabila dia cuba menikam dada aku tapi sempat aku menepis tangannya. Pistol yang berada di tangan kiri aku terlepas jatuh ke atas tanah. Aku menghayunkan kepala dan menghantuk kepalanya saat dia cuba untuk tunduk merampas pistol itu daripada tindihan kaki aku. Kini dia pula teriak kesakitan.

Tangan kanan aku menarik rambutnya dan kaki aku menendang lututnya dari arah belakang membuatkan dia terduduk paksa. Senyuman sinis mula terukir di wajahnya. Pistol diambil sebaik dan aku acukan di kepalanya. Satu das tembakan menembusi kepala dia dalam jarak yang dekat. Semburan darah terhambur keluar terpercik ke tanah seperti wajahnya yang mencium pasir.

"Cap, cover aku." Ah, aku lupa dia tercedera. 

Aku mendapatkan Cap yang masih cuba gagah bertahan. Bahu kanannya ditembak satu das, berdarah kecil tetapi cukup memedihkan. Kelihatan dia cuba menembak musuh dengan menggunakan tangan kiri. Menyembunyikan kanannya. Dia terus bertahan begitu.

Helaian kain pada baju dicarik kuat lalu aku mengikat ketat luka dengan pantas menggunakan tangan kanan dan gigi. Entah bagaimana, tiba-tiba aku dan Cap diserang hendap daripada arah yang gelap menyebabkan dunia aku turut mati.

"Woi." Rafea menyedarkan Cat yang termenung jauh.

"Eh, dah siap?" Soal Cat sebaik segala peralatan yang dikeluarkan tadi sudah pun dimasukkan semula. Balutan lama juga sudah bertukar baru.

"Eh kau ni. Mesti tadi aku cakap-cakap kau tak dengar pun kan?" Rafea menjeling. Cat hanya tayang senyumannya. Cat mendekati Rafea dan duduk disebelahnya. Bahu Rafea dirangkul kanan Cat.

"Terima kasih." Ringkas Cat dengan senyuman yang melebar.

"Belanja aku abc." Rafea menyilangkan tangan. Haih kawan dia seorang ni.

"Boleh Rafea boleh. Abcd pun boleh. Untuk kau semua boleh." Cat berkata sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya. Rafea membuat muka geli geliman dan tawanya terhambur. Mereka mengatur langkah ke cafeteria.

ATTENTION ATTENTION ATTENTION

Voice announcement memberhentikan langkah kami.

Hello everyone. Emergency announcement. All the agent need to hurry up and go to the main hall right now. There is a ' special present ' for those who late. Ah, if you don't want to die. Thank you.

TING TING TING

Announcement itu tamat. Cat dan Rafea saling berpandangan.

Pang!

Cat dilempang oleh Rafea. Serta merta dia melarikan diri dan meninggalkan Cat.

"Rafea!!!" jerit Cat lalu kaki berlari mengikut jejak langkah dia yang meninggalkan Cat terpinga-pinga akibat ditampar.

'Dasar Rafea, siap kau!'. Bisik hati kecil Cat.

CAT'S POV

Disebabkan aku adalah ketua academy, aku perlu pastikan semua anak buah aku turun terlebih dahulu. Suasana dorm academy nampaknya sudah kosong.

"Cat?" panggil seseorang daripada arah belakang aku. Cukup aku kenal suara itu. Aku malas ingin melayan, kerana aku tahu kalau tidak berperang pasti akan bertikam lidah. Atau mungkin kedua-duanya.

"Can't you hear me Cat...?" suara Meddy naik seoktaf, menyangka bahawa aku tidak mendengar dia. Aku teruskan berjalan seperti biasa. Tiada rasa ingin berhenti. Cukuplah peristiwa yang lalu telah membuatkan aku membara disebabkan lidah dia.

" Woi anak sampah! " jerit Meddy. Kaki aku turut berhenti bagaimana noktahnya ayat Meddy. Kedengaran bunyi tapak kasut Meddy menghampiri aku. Panas di telinga rasanya sampai ke hati.

"Oh... Macam ni je rupanya cara nak buat kau berhenti ya... Anak sampah?" Derapan kasutnya mendekati aku dan kini dia dihadapn aku. Jari telunjuknya menunjal pipi aku sehingga menyebabkan aku berpaling dari wajahnya. Tangan kanan aku genggam kuat.

Sabar, Carissa.

"Tiss" aku ketawa angin. Bibir aku sengetkan sebelah. Mata aku menangkap tajam lensnya yang bewarna dark chocolate. Aku membetulkan tubuh, berdiri tegak dan menghampiri wajah Meddy yang bertukar cuak.

"Ingat sikit, anak sampah ni yang selamatkan bapak kau dulu. Jangan jadi kacang yang lupakan kulit. Tak kenang budi." Aku menekankan perkataan 'bapak' supaya lebih jelas kedengaran. Aku berlalu meninggalkan dia yang menelan kelat air liur.

-WBC-

BLACK CAT (OG)Where stories live. Discover now