BC2

45 3 1
                                    

Baru sahaja kaki aku ingin membuka pintu Dewan Utama, seseorang memanggil aku dari arah belakang. Aku menoleh, Ranger.

"Saya nak berjumpa dengan kamu selepas perhimpunan hari ini, penting." Katanya dengan riak muka yang tegas dan berlalu masuk ke dalam Dewan Utama terlebih dahulu. Aku mengejar dia dari arah belakang. 

"Is everything alright?" Soal aku dengan nada yang perlahan.

"We will talk later." Jawabnya, aku mengetap bibir. Hati aku mula berdebar laju. 

Something went wrong.

Semua yang berada di dalam dewan menoleh ke arah kami. Anak mata mereka mengikut langkah aku dan Ranger hinggalah kami tiba di tempat masing-masing. 

Emergency meeting selalunya akan dihadiri oleh 3 orang atasan yang berjawatan tinggi. Ranger, Tuan Ray dan Miss Lily. Tetapi Miss Lily tidak kelihatan langsung. 

Something went wrong.

Tuan Ray naik ke atas pentas dan mulakan bicaranya.

"Saya straight to the point memandangkan ini bukan perhimpunan rasmi." Wajahnya ketat, suaranya garau. Tingginya rata-rata orang 30-an. Ada rupa dan berharta, tetapi masih belum berkeluarga.

Dengar-dengar dia tidak mahu berkahwin selepas  kekasihnya meninggal akibat ditembak musuh. Musuh menjadikan arwah kekasihnya sebagai umpan dan simbol membalas dendam terhadap Tuan Ray. Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa sekarang dia sedang bercinta dengan Miss Lily. 

Khabar angin atau berita benar, aku juga tidak pasti. 

"Pertahanan kita semakin lemah. Sistem kawalan keselamatan akan dipertingkatkan mulai hari ini. Sekiranya ada apa-apa yang mencurigakan sila beritahu master (guru) di Meirs Academy. Jangan buat tindakan terburu-buru tanpa persetujuan kami." Lebar Tuan Ray bicara.

"Sebagai tindakan awal, kami terpaksa membuat spotcheck bilik setiap agent bagi memastikan tiada sebarang kecurigaan dari orang dalam." Matanya tepat ke memandang aku selama 5 detik sehingga membuatkan mata-mata yang ada di situ turut memandang aku sekilas. 

What? 

"Seterusnya, 5 nama yang saya akan sebutkan akan menyertai Felixe Campaign." Suasana riuh seketika. Dan kembali reda apabila Tuan Ray berdehem pada mikrofon. 

"Bob."

"Zeus."

"Rafea."

"Eskar."

"Meddy."

Riuh. 

"Kenapa nama kau takde?" Rafea menyoal. Seperti dapat membaca fikiran aku.

"Kenapa nama aku nak kena ada?" Soal aku semula sambil tersenyum ke arah dia. Lagak tenang walau sebenarnya aku ingin tahu jawapannya. 

"Kenapa nama Cap takda juga?" Soal aku kepada Rafea.

"Haah ek. Korang berdua sepatutnya orang penting yang kena pergi camp macam ni." Katanya.

Something went wrong.

"Cap mana?" Soal aku apabila tidak melihat Cap berdiri di sebelah aku seperti kebiasaan emergency meeting sebelum ini.

"Cap?" Rafea memandang aku seperti terkejut dengan soalan aku. 

"Kenapa?" Soal aku kepada dia.

"Kau tak tahu?" Rafea membalas soalan aku dengan soalan.

"Tahu apa?" Wajah Rafea kecut. Dia mengetap bibirnya perlahan. Namun tak sempat dia menjawab, Tuan Ray berbicara lagi.

BLACK CAT (OG)Where stories live. Discover now