BC4

41 1 0
                                    

Akid's Pov

"Akid...you are cute like sugar buns. You are handsome like Harry Potter. Your green lens like my cute meow. Your lips is so mouthwatering, rasa nak cubit. Your nose like Nam Joo Hyuk... Don't sad sad... I wish we will meet again soon ya? " Carissa memandang mata aku, sayu.

M-mouth what?

"Do you really need to leave me Carissa?" soal aku sedih. Please don't leave me, Carissa.

"No... I am not leaving you sugar buns. I just leave this place. I am still with you, forever, in here." Dia menunjuk ke arah hati aku. Aku seakan dapat merasa sentuhan lembut Carissa dalam jiwa aku.

"But Carissa..." Aku memandang tangan aku yang berlaga antara satu sama lain. Jangan pergi. Duduk sini diam-diam dengan aku. Grow up together dengan aku. I want to be with you forever, Carissa.

"Nah, take my hair rubber. When you miss me, just look at this okay? " Carissa menghulurkan getah rambutnya kepada aku. Aku memandang wajah Carissa. Getah rambut itu bertukar tangan.

"Tapi Akid takde apa-apa nak bagi Carissa..." Kata aku dengan riak wajah yang sedih.

"Hehei. Okay Akid... Don't cry okay... Kiddy?" Carissa sengetkan kepalanya 30° dan tersenyum. Huwaa aku nak menangis sekarang juga. She is seriously cute! Aku memandang getah rambut Carissa yang berada di tapak tangan aku. Cantik, warna maroon. Her favourite colour.

"Akid! " Jeritan Carissa mengejutkan aku. Carissa tiba-tiba hilang daripada pandangan aku.

"Carissa! Carissa Amaleen!"

Aku terjaga daripada tidur. Kejutan itu membuatkan aku terbangun paksa dan aku sedari diri aku duduk di atas tilam yang empuk ini. Dahi aku penuh dengan peluh. Nafas aku tarik tercungap-cungap. Sekali lagi, aku bermimpi tentang Carissa. 

It's 15 years already. Why suddenly you appeared again in my dream after a long time?

Aku bingkas bangun daripada tidur. Katil aku kemas seperti selalunya. Bilik mandi menjadi destinasi setelah 8 jam aku merehatkan diri. Setelah siap membersihkan diri, aku mengenakan hoodie dan seluar tracksuit berwarna hitam. Kaki aku menapak keluar rumah.

Topi keselamatan berwarna hitam aku pakaikan. Tangan laju memegang stereng motor. Kunci motor itu ditenung seketika. Ada getah rambut kecil yang menjadi hiasannya. Nafas dihela berat. Motor dihidupkan lalu membelah jalan raya.

Dalam perjalanan untuk ke Akademi, aku terdengar bunyi siren yang semakin lama semakin kuat di dengar. Kebanyakan kereta memberi ruang kepada sebuah ambulan untuk jalan terlebih dahulu. Ada beberapa buah kereta yang berada di laluan kecemasan tetapi belum ketepi. 

Aku membawa motor ke laluan kecemasan dan hon kepada mereka untuk memberi laluan kepada ambulan supaya ambulan itu dapat bergerak dengan laju tanpa perlu menunggu kereta-kereta ini memberi jalan. Masa itu emas, ini melibatkan nyawa manusia.

Mujurlah mereka memberikan kerjasama dan bergerak ke tepi untuk memberi laluan kepada ambulan sebelum ambulan itu tiba di situ. Aku meneruskan membuat perkara yang sama setiap kali ada kenderaan yang menghalang jalan ambulan. 

Mereka tiba di hospital, begitu juga aku. Aku mengikuti ambulan itu dari arah belakang sepanjang perjalanan untuk membantu sekiranya perlu. Mangsa yang berada di ambulan itu berjaya masuk ke dalam wad kecemasan. Pemandu ambulan itu mendekati motor aku dan kami bersalaman.

BLACK CAT (OG)Where stories live. Discover now