Kini jasad aku sudah berada di hadapan pejabat D. Aku dapat rasakan bahawa roh aku telah terbang meninggalkan aku. Hanya jasad. Kerana fikiran aku tidak memikirkan perkara lain selain Falixe Campaign.
Aku menarik nafas melalui hidung selama 5 saat dan memastikan perut aku kembung, 5 saat menahannya dan 5 saat aku melepaskan nafas melalui mulut serta memastikan perut aku kempis saat menghembuskan nafas.
Ini adalah teknik pernafasan yang diajarkan kepada kami apabila ingin menenangkan diri. Termasuklah apabila gementar, takut, stress atau sedih. Ada lagi formula lain yang diajarkan oleh coach. Namun formula 5-5-5 adalah yang terbaik untuk masa yang singkat seperti ini.
Tok tok tok
Pintu bilik diketuk.
"Who's there?" Soal orang yang berada di dalam.
"Aki.." Aish.
"Black. This is me D." Aku hampir tersasul nama aku yang sebenar.
"Come in." Pinta D.
Aku membuka pintu dan masuk ke dalam. Untuk pertama kali, aku masuk ke tempat D atas kehendak aku, bukan arahan D. Entah kenapa, aku rasa sedikit marah.
"Come sit here." Dia menyuruh aku untuk duduk di atas kerusi yang berada dihadapannya.
"Can I ask you something?" Soal aku kepada D sebaik aku duduk dihadapannya.
"Yes of course you can. And I believe that is the reason why you come here." Tenang D.
"Falixe Campaign. I need your explanation." Aku memandang tepat ke arah lensa D. Riak wajahnya sedikit berubah.
"What explanation? " Kini nada dia pula sudah berubah. Soalan dibalas dengan soalan? What is your game right now, D?
"Kenapa buat campaign ni balik?" Soal aku kepada D.
"Why not Black? I just want to train the agents to be more powerful and superb. " Jawabnya tenang. Seperti tindakan yang diambil ini betul. Alasan yang sama pada waktu itu.
"D. Cukup Moon Campaign dah musnahkan ramai ejen. Jangan sampai benda sama jadi balik D." Tegas aku. Emosi masih membara, tetapi aku dapat mengawal suara.
"Chill la Black. Hanya ejen tertentu sahaja yang tahu pasal sejarah tu. No one knows, except you break it." Mata D merenung aku tajam.
"Tapi D..." Aku tidak sempat menghabiskan ayat aku. Pintu bilik diketuk.
"Who is there?" Soal D. Nada suaranya seperti terkejut dek disergah seseorang.
"Nayle." Jawab orang di luar.
"Come in." Arah D.
" I agree with you because you are my teacher. Excuse me." Aku bangun dan keluar daripada bilik tersebut.
Gila.
****
Aku menumbuk punching bag dengan kuat. Kurang ajar! Wajah D terbayang dalam minda aku. Aku terus menumbuk punching bag tanpa memakai safety gloves. Aku dapat merasakan kulit jejari aku meleset pada punching bag. Aku endahkan sahaja.
"Chill la Black. There is no one yang tahu pasal sejarah tu. Unless you break it."
Ayat D terngiang dalam fikiran membuatkan amarah aku membara.
YOU ARE READING
BLACK CAT (OG)
ActionCarissa Amaleen juga dikenali sebagai Cat merupakan ejen daripada Meirs Academy. Perjalanan hidupnya yang cuba mencari jawapan sedikit sebanyak terjawab apabila dia bertemu dengan Black di Falixe Campaign. Lain pula Akid Al-Hatif yang dikenali seb...