Bab 1 : Kebetulan atau Ketentuan

602 10 0
                                    

'Cinta pandang pertama? Kau kekasih awal dan akhir? Ah!! Semuanya palsu belaka.' Detik hati Ariana. Majalah edisi terbaru yang digenggam kemas oleh Ariana pantas dicampakkan ke atas katil tatkala dia menyedari iPhone menjerit meminta untuk dijawab.

"Eh, sabarlah, sabar tu kan separuh daripada iman!"

Ariana berlari laju menuju ke arah cinta hatinya itu. Sepantas mungkin ikon untuk menjawab disentuh, Ariana lantas menjauhkan iPhone daripada telinga.

'Hish! Kalau hari-hari macam ni boleh pekak aku' Getus hati Ariana.

"Mak cik, intan payung, pangeran jantung hati beta, kau kat mana? Dah macam tunggul kayu aku tunggu kau kat sini!" Bebelan si pemanggil dapat didengari walaupun iPhone dijauhkan hampir sedepa dari telinga.

"Alamak! Macam mana aku boleh lupa ni?'' Ariana menepuk dahinya.

"A..a... aku on the way ni!" Balas Ariana setelah menyedari si pemanggil tadi telah memberhentikan serangan bom atom kepadanya.

"Macam aku tak kenal kau kan, on the way atas jalan ke atau on the floor rumah tu?"

Macam mana dia boleh tahu, entah-entah dia pasang cctv tak dalam rumah ni? Eh! Cicak ada lah.' Bisik hati Ariana sambil memandang ke atas. Dia mengetap bibirnya mencari idea untuk mengelak daripada terus diserang.

"Ye mak cik sayang, just give me 10 minutes and i'll be there a.s.a.p ye?" Ariana tersengih manja walaupun dia menyedari tuan punya suara di sebalik iPhone itu tidak dapat melihat perbuatannya.

Ariana pantas mematikan talian, bimbang kalau betul-betul ada bom atom yang dihantar ke telefonnya, tak ke meletup iPhone kesayangan ni nanti, silap-silap dengan dia sekali berkecai.

"Eh! apa aku merepek ni."

Ariana lantas mencapai kunci kereta. Sebelum sempat dia melangkah keluar daripada bilik, kakinya menapak tiga langkah ke belakang.

"Tak kan aku nak tinggalkan kau kan?" Bisik Ariana ke arah kamera Nikon kesayangannya.

Laju Ariana turun tangga. Gayanya dah macam dikejar oleh perogol bersiri. Tapi bukan itu yang difikirkan,yang ada dalam kepalanya sekarang ini, macam manalah rupa mak cik tu, tak kan dah bertukar menjadi The Hulk pulak kot. Haisy! Tak mungkin.

Ariana Najwa, walaupun dia mempunyai perangai kelam-kabut yang semacam, tapi memang tidak dapat dinafikan bahawa dia seorang gadis yang peramah. Sesiapa saja yang mendekatinya pasti akan terpaut termasuklah datuk yang sudah mempunyai 19 orang cucu.

"Sorry lambat. Ampunkan patik."

Pinta Ariana setelah dia mendekati gadis yang masam mencuka tu. Muncungnya sedepa, dah macam mulut itik, Panjang lagi kot. Ariana hanya tersengih manja meminta untuk dimaafkan.

Bukannya dia sengaja lambat, tapi disebabkan tertarik dengan artikel yang terdapat dalam majalah yang baru dibeli semalam, tentang 'Cinta Pandang Pertama' kononnya la membuatkan Ariana teringat akan tragedi yang menimpanya dulu.

Tiba-tiba dia teringat akan lelaki mata sepet yang dia cukup minat dulu. Mana tidaknya, bapa seorang mualaf dan ibu pula berdarah kacukan inggeris. Anaknya boleh bayangkanlah betapa kacaknya kan? Haish! Tak kan tak terpesona dengan ciptaan Yang Maha Esa di depannya kan? Subhanallah.

Namun rasa itu hanya dipendam dan dibekukan bagai jeruk yang masam-masam manis rasanya. Habis saja zaman persekolahan, jejaka idaman hati itu hilang entah ke mana tanpa khabar, cewahhh!! Macam ayat pasangan kekasih yang terputus hubungan la pula.

"Dah la datang lambat, termenung macam ditinggalkan kekasih bertahun-tahun tu kenapa pula? Kau kan 'single and very available' lagi?"

Laju saja ayat itu keluar dari mulut Fad. Fadhilah nama sebenarnya, gadis yang merajuk ni la merangkap 'BFF' Ariana sejak dari dulu lagi. Sahabat baik yang tak mungkin terpisah.

Jodoh Tanpa SengajaWhere stories live. Discover now