Bab 29 : Jodoh?

105 4 0
                                    

"Hai Ariana, seronok cuti?"

Zarif yang muncul di pintu bilik Ariana kemudian melangkah masuk. Dia duduk di kerusi hadapan Ariana.

"Dapat cuti Zarif. Dapat jumpa mak ayah. Mestilah seronok."

"Ye lah. Anak emak."

"Hei! Syurga di bawah telapak kaki emak. Jangan nak perlekeh sangat ye."

Zarif ketawa.

"Ye lah Ariana. Tak ada buah tangan ke?"

Ariana menepuk dahinya. Dia tak teringat langsung.

"Maaf. Saya lupa."

"Macam tu lah. Seronok sangat cuti kan? Sampai lupa dekat saya."

"Sorry, tak teringat langsung. Tak apa petang ni saya belanja awak makan."

"Betul ke?"

Ariana mengangguk.

"Betul la. Lagipun hari tu awak dah belanja saya makan. Sibuk tak petang ini?"

Zarif menggeleng.

"Kalau rezeki, tak baik ditolak. Dekat mana sebab petang ni saya ada urusan di luar. Saya tunggu terus dekat tempat tu la."

Kali ini Ariana menggaru kepala. Dia tak tahu sangat pasal restoran dekat kawasan ini.

"Tempat hari tu je la. Saya tak berapa nak tahu sangat restoran yang sedap dekat kawasan ni."

"Ok. Saya tunggu awak dekat sana nanti."

Ariana mengangguk. Zarif bingkas bangun. Dia tidak boleh berlama di sini. Waktu kerja pun dah nak bermula. Dia pantas melangkah keluar. Ariana sekadar tersenyum. Entah macam mana dia boleh terlupa untuk membelikan buah tangan buat Zarif dan Jasmin.


Faris duduk di balkoni biliknya usai memberi makan kepada Che Tih. Lama juga dia tinggalkan kucing parsi ini dengan Nina, pembantu kliniknya.

"Bosan juga kalau duduk rumah seorang diri macam ni."

Awal pagi lagi mama dah keluar. Katanya ada mesyuarat persatuan. Papa macam biasa ke pejabat. Dia sengaja mengambil cuti hari ini. Entah kenapa dia tidak mewarisi kegigihan Encik Yusri.

"Buku tu."

Dia teringat akan buku Ariana yang belum sempat dibaca habis. Dia kembali melangkah masuk ke dalam rumah.

"Jodoh?"

Baru saja Faris menyelak buku itu, pantas tangannya terhenti pada tajuk itu. Dua tiga hari ini perkataan itu selalu sangat disebut oleh orang-orang yang berada di sekelilingnya.

Usai mengahbiskan ayat terakhir, Faris pantas mencari 'sticky note' yang dilekatkan oleh Ariana.


JODOH

Ajal, maut, jodoh, pertemuan rahsia Allah.

Aku manusia biasa yang hanya mengikut perancangan-Nya.

Moga aku dipertemukan dengan insan yang benar-benar ikhlas menerimaku.

Jodoh tak lari. Sebab tu aku tak perlu kejar. Lebih baik kejar cita-cita aku.

Banggakan mak ayah. You can do it Ariana Najwa. InshaaAllah. Fighting :))

Xoxo,

Yana.

Jodoh Tanpa SengajaWhere stories live. Discover now