Bab 5 : Gayung Terbang

136 5 0
                                    

"Fad, aku gerak dulu ye, kau nak balik pukul berapa ni?"

Ariana tak sangka pula yang keluarganya akan tiba awal pagi ini. Nasib baik segala persediaan sudah diselesaikan semalam, kalau tak, memang bernanah telinga dengar ceramah percuma daripada ibunda tercinta.

"Tengah hari sikit kot. Pesan dekat Sarjan Misai kau tu, drive elok-elok. Kirim salam dekat family kau."

Fad menghantar Ariana di muka pintu.

"Okay. Bereh bos."

Ariana mengangkat tangan ke kepala persis tabik hormat. Dia pantas mengatur langkah ke arah kereta yang dari tadi sudah terparkir elok di hadapan rumah sewanya.

"Assalamualaikum ayah, mak, anakmu di perantauan ini rindu sangat dengan kalian. Kau ke tepi sikit boleh?"

Ariana pantas menolak Hafiz ke tepi selepas dia memboloskan diri ke dalam kereta Honda City itu.

"Pegi daaa.. Baru belajar kat KL dah over teruk."

Hafiz menggerakkan dirinya ke sebelah kanan.

"Haruslah, macam mana SPM, clear?"

Ariana pantas menyoal Hafiz setelah dia menyalami tangan kedua-dua orang tuanya itu.

"Semestinya line clear la kak long, sebelum exam lagi Hafiz dah jumpa Tun Dr. Mahathir, minta tips, InshaaAllah 9A+ untuk kak long nanti."

Hafiz cuba untuk berjenaka. Pada saat ini, Encik Arman memulakan pemanduan. Jauh juga perjalanan mereka hari ini.

"Amin, kak long sentiasa doakan Hafiz."

Ariana meraup tangannya pada wajah.

"Kamu ni Yana bila pula nak habis study?"

Kali ini Puan Rahimah pula bersuara.

"InshaAllah tak lama lagi habis la mak."

Hanya jawapan itu saja yang mampu Ariana berikan kepada ibunya tentang perjalanan hidup yang akan datang.

"Bagus la kalau macam tu, mak kamu pun dah rindu sangat dekat anak perempuan dia. Kalau nak tunggu Hafiz tolong mak kamu dekat dapur tu, alamatnya hari-hari ayah makan nasi kosong dengan telur goreng je la."

Giliran Encik Arman pula bersuara saat ini.

"Hahaha, tu la, kan kak long pernah ajak pergi kursus masakan dulu tak nak, kata tak gentle la, apa la. Last-last pandai goreng telur je sekarang?"

Ariana menampar lengan adiknya.

"Aduh, sakitlah kak long. Bukan macam tu, Hafiz tak nak la tunjuk bakat terpendam, nanti mak bersara pula daripada menjadi chef harian. Hafiz tak nak la tabur pasir dalam periuk nasi orang." Ayat artis gitu.

"Mak bersara sebab kehandalan kamu ke atau sebab dapur mak terbakar bila kamu masak nanti Hafiz?"

Puan Rahimah pantas mencelah.

Hahahaha, kali ini bergema ruang kereta itu dengan gelak tawa mereka anak beranak.

Hafiz hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Baru nak melebih sikit. Mak ni...

"Ye la, Hafiz mengalah. Kak long.. dah lama kita tak serlahkan vokal, terpendam lama sangat ni."

Hafiz berusaha untuk menukar topik yang asyik membahannya sedari tadi.

Jodoh Tanpa SengajaWhere stories live. Discover now