Bab 37 : Terima Kasih

163 4 0
                                    

"Manisnya buah ni mak, kalau Hafiz ada, mesti habis buah ni dia petik. Perangai budak tamak tu tak pernah nak berubah."

Ariana terus memasukkan hirisan buah mangga ke dalam mulutnya.

"Cuba makan tu perlahan sikit Yana, takut mak long tengok kamu makan."

Mak long terus memerhatikan Ariana di sisinya. Dia menahan tawa memerhatikan gelagat Ariana yang elok saja duduk bersila ketika ini.

"Biarkan dia kak, nanti bila makan beradab biar semua orang tengok betapa teruknya perangai pengantin perempuan ni waktu makan."

"Ish mak ni. Tak adalah sampai teruk macam ni Yana makan nanti. Pandailah Yana cover nanti. Yana dah lama tak makan buah mangga ni. Teringat dekat Hafiz. Dia tak balik?"

"Entahlah Yana. Mak pun tak tahu. Waktu dia call mak hari tu, dia kata tak pasti lagi."

"Tak seronoklah kalau Hafiz tak ada."

Ariana mencebik. Memang dia sangat berharap Hafiz ada di hari perkahwinannya nanti.

"Mak long kan ada, tak seronok juga?"

" Mak long ni, mestilah seronok."

Ariana mengucup pipi mak long.

"Dah nak jadi isteri orang pun, perangai macam budak-budak lagi. Matanglah sikit Ariana Najwa."

Puan Rahimah memandang ke arah Ariana selepas satu kucupan dari Ariana turut melekat di pipinya.

" Tak boleh, Yana akan sentiasa jadi budak-budak bila dengan mak. Kalau tak nanti mak cakap anak mak kan dah besar."

"Betul la Yana dah besar."

"Tak boleh, Nanti Yana rasa bersalah nak bermanja dengan mak."

Mak long dan Puan Rahimah ketawa.

"Memang anak mak long ni dah besar. Tiga hari lagi Yana dah nak jadi milik orang."

"Siapa kata? Yana akan selamanya jadi milik mak dan mak long."

"Hai mak dengan mak long je? Ayah bukan?"

"Alamak! Ariana terlupa dekat Encik Arman."

Ariana menepuk dahi.

"Macam tu lah nasib badan, dia sayangkan mak dengan mak long dia je, langsung tak ingat dekat ayah."

Encik Arman duduk di sebelah isterinya.

"Ala, kekasih hati pangeran jantung mak dah merajuk. Siapa nak pujuk?"

" Kenapalah Hafiz tak ada, kalau tak mesti ada orang nak back up ayah."

Ariana ketawa. Dia tahu Hafiz memang sekepala dengan ayah. 'Like father like son.'

"Jangan risau, ayah sentiasa ada dekat hati Yana ni. Ayah kan superhero Yana."

"Eleh! Ayah tak cair dengan ayat-ayat manis Yana tu."

"Tak apalah, Yana menyerah kalah. Yana tak pandai pujuk macam Puan Rahimah tersayang pujuk."

Ariana menjongketkan keningnya berkali kali ke arah emak. Mereka sama-sama ketawa.

"Ada-ada je lah kamu ni. Fad tak datang Yana?"

Puan Rahimah menyoal Ariana setelah gelak tawa mereka berhenti.

Jodoh Tanpa SengajaWhere stories live. Discover now