73. Cinderella Yang Hilang

2.9K 179 2
                                    

Dengan bekas makanan yang telah kosong di tangan, Blaze bangun dari duduknya dan bergerak hendak buang sampah.

Namun langkahnya terhenti apabil ternampak Liam dengan laptop di meja makan sedang bermain permain online catur yang mana dia sertai juga.

Perlahan-lahan dia mendekati belakang Liam yang duduk bersandar di kerusi. Blaze yang suka ceroboh privasi orang lain tanpa kebenaran itu tidak segan-segan untuk mencuri lihat wallchatting Liam.

Dengan senyap dia baca apa yang dibualkan dalam chat tersebut. Sebelum dirinya di sedari Liam sewaktu lelaki itu berpaling ke sisi setelah menyedari ada yang sedang memerhati.

"Wo..terkejut aku. Ingatkan siapa tadi."latah Liam dengan muka terkejut dia. Matanya naik turun menilik Blaze. Sejak bila Blaze dekat sini?Nasib baik la dia main catur, kalau buat benda lain tadi mahunya malu mendapat.

"Kau ada dalam komuniti catur online ni?" tanya Blaze tiba-tiba.

"Ha'ah.."jawab Liam sambil menyambung permainannya dengan lawannya iaitu Black Rose. Lawan paling dia anti dalam komuniti ni.

Sebab selain Apple in my eye yang sering mendapat tempat pertama, Black Rose yang selalu mendapat tempat kedua ini juga sukar untuk dikalahkan.

"Semua orang dalam komuniti ni campur-campur ke atau setempat?"soal Blaze lagi ingin tahu.

Sambil fokus memandang skrin laptop Liam tersengih bila Black Rose tersilap langkah.

"Tak. Kalau komuniti ni khas untuk Akademi Cross Sword saja. Tak ada orang luar...jadi ahli komunitinya adalah orang dalam akademi ni je."dia menggerakkan buat catur seterusnya lalu memandang Blaze. "Kau pun ada dalam komuniti ni?"Liam memegang tetikus dan menggerakkan buah Bidaknya.

Blaze menggeleng kepala. Memang tak lah dia nak mengaku. Apa pula kata orang nanti samseng macam dia main catur yang mana game untuk budak-budak nerd.

"Tak ada lah...aku selalu dengar pasal komuniti ni. Paling aku kerap aku dengar ada satu pemain ni selalu kalahkan semua orang dalam komuniti ni tapi kekal nombor dua sebab tak boleh kalahkan satu lawan yang selalu jadi juara bertahan."seloroh Blaze sambil buat muka seperti sedang berfikir.

"Maksud kau Black Rose?"tanya Liam dengan senyuman di bibir. "Hahaha...seriuslah?Semua orang tahu siapa dia."Liam ketawa kecil.

Blaze membuka mata dengan luas, namun cepat-cepat dia kawal reaksi wajahnya.

"Siapa?"tanya Blaze dengan nada tenang dibuat-buat. Sedangkan di dalam hati sudah berdegup kencang kerana teruja.

Liam pandang Blaze lantas menjuih bibir ke arah bingkai gambar dimana Hana sedang berdiri dengan piala di atas kepala bersama senyuman goofy trade mark dia.

"Siapa lagi master chess dalam akademi ni kalau bukan cik Hana kita...dia lah yang cipta komuniti chess ni. Dia bagi peluang untuk semua orang belajar cara main chess secara percuma. Tak kira tua atau muda, amatur atau expert semuanya boleh main...hebat tak?"Liam pandang skrin laptop.

Blaze kejung selepas mendengarnya. Dia pandang bingkai gambar itu dengan wajah terkedu.

"Hana adalah Black Rose?"sebut Blaze dengan perlahan. Gadis yang dia cari selama ini adalah Hana?

Crush dia selama dua tahun ini adalah teman wanitanya sendiri?

"Hahahah...tengok dia saja jer nak buat macam ni. Perangkap orang ingat dia kalah sedangkan dia yang akan kalah orang lepas orang masuk perangkap dia..."ketawa Liam semasa melihat skrin laptop.

Blaze pandang skrin laptop Liam buat seketika.

"Mana Hana?Lepas makan tadi terus hilang tak muncul-muncul?"tanya Blaze dengan nada bersahaja.

"Oh...Naib Presiden dia tengah lepak dekat taman pagar sesat. Ambil angin katanya. Rasanya kejap lagi balik lah tu memandangkan game ni akan habis tak lama lagi."maklum Liam semasa menggerakan bidaknya keluar dari petak hitam ke petak putih.

Tanpa bersuara Blaze berjalan keluar dari bilik itu dengan renungan serius.

Liam berpaling memandang langkah Blaze dengan renungan pelik. Malas nak fikir banyak dia jungkit bahu dan kembali fokus pada permainannya.

Sambil berjalan menyusuri koridor, aura gelap menyelubungi lelaki itu. Buatkan pelajar-pelajar lain yang perasan sedaya upaya jauhkan diri dan elak dari berada di jurangan pandangan mata lelaki itu.

Blaze mengeluarkan telefonnya dan menekan speed dail nombor satu dimana nombor Hana disimpan. Setelah beberapa ketika panggilan itu diangkat.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now