Aku I

26 1 2
                                    

"Samad, tolong masak nasi, ibu nak pergi ke kedai ni, nak beli bawang. Tolong masak ya anak!"

Aku terjaga dari tidur, ahhh lenaku hilang. Berat mataku untuk dibuka, seakan ada besi konkrit yang menahan mataku. Badanku seakan tidak bersedia untuk bangkit dari kekasihku, tilam dan bantal. Sungguhpun berat, aku terpaksa bangkit, demi ibuku yang tercinta. Wanita yang paling berani dalam hidup aku, yang paling cekal menghadapi cabaran dunia. Saidah, kaulah ibuku!

Aku dibesarkan dalam keluarga yang susah, tiada kasih bapa untuk aku bersandar. Ya, ibuku seorang sahaja yang membesarkan aku. Dibuang dari keluarga, dicaci dan dihina. Ibu pernah bercerita, tentang bagaimana aku dilahirkan. Ketika ibu sedang sarat mengandung, abah telah meninggalkan kami. Bukan pergi tinggalkan kami dan menjalani kehidupannya, tetapi meninggal dunia. Mayat abah dijumpai di tepi lorong gelap, pada malam hari. Kematian abah tidak diketahui kenapa. Misteri sehingga kini.

Ibu lahirkan aku di Hospital Besar Melaka, tanpa ada saudara-mara yang menemani ibu. Atuk, nenek, pakcik makcik, semuanya tidak hadir. Cuma ada doktor dan nurse. Ibu berkata, semasa hendak melahirkan aku, semuanya berjalan dengan lancar. Aku dilahirkan dengan senang sekali. Bahkan ibu berkata, aku tersenyum ketika dilahirkan. Pelik juga.

Aku berjalan menuju ke dapur dari kamarku. Mata pesat aku gosokkan. Sewaktu hendak menuju ke dapur, aku terhenti. Aku merenung ke almari kayu di penjuru ruang tamu. Digari. Dikunci dengan lock besi. Dari aku kecil hingga sekarang aku tertanya-tanya apa yang ada dalam almari itu. Ibu melarang aku untuk mendekati almari tersebut. Ibu kata, itu almari kepunyaan abah. Hanya abah seorang sahaja yang boleh membuka almari tersebut. Abah amat marah kalau ada sesiapa yang cuba untuk membuka almari tu, termasuk ibu sendiri. Hmm, perasaan ingin tahu itu ada...ahhh nantilah! Aku nak masak nasi ni, nanti ibu membebel, cair telinga aku. Uishh takut!

Aku menuju ke dapur. Masak nasi seperti biasa, rutin harian aku ketika cuti dari kerja. Ibu pula seperti biasa, memasak, mengemas rumah, menjahit. Walaupun ibu penat, tetapi ibu mampu tersenyum jika melihat wajahku. Sayang ibu terhadap aku amat tinggi. Aku bersyukur dapat ibu yang seperti ini, lembut tetapi tegas. Aku bersyukur sangat.

"Ibu dah balik!"

Ahhhh ibu dah pulang!

"Ibu nak masak lauk apa hari ini?"

"Masak asam pedas ikan pari lah, ada itu hari ibu beli. Murah ikan pari tu!"

Aku tersenyum. Telatah ibuku membuatkan aku segar dari layu. Segala penat aku hilang bila aku berborak dengan ibu. Terasa lega.

"Ibu, Mad nak tanya sikit boleh?"

"Tanya la Mad, tak pernah-pernah Mad nak minta izin untuk bertanya" seloroh ibu.

"Apa yang dalam almari tu, Mad terasa nak buka lah al..."

"Samad! Jangan! Cukup! Jangan cakap lagi tentang almari tu!"

"Kenapa ibu?" Aku tertanya, kebingungan.

"Pasal almari tu abah mati...ibu taknak Samad pula yang mati..."

Aku terdiam. Terdiam seribu bahasa. Diam yang aku tak mampu hendak ungkapkan satu perkataan pun. Aku beredar. Sewaktu di ruang tamu, aku berhenti.

"Kau akan aku buka suatu hari nanti!"

Aku beredar. Perasaan geram bercampur ingin tahu aku membuak. Apa yang ada dalam almari tu? Ada duit? Ataupun barang berharga? Ahhhh aku tak kira! Malam ni juga aku cuba buka almari tu!

"Weh Li, kau tahu macam mana nak buka lock besi tak?"

"Lock besi? Kau salah tanya ni. Memang itu makanan aku!"

Ali, kawan karibku dari kecil sehingga kini. Membesar sama-sama. Sekolah sama, kelas sama, bahkan kerja pun di tempat yang sama. Ali seakan kembar aku walaupun berlainan keluarga. Seakan ada pertalian. Rapat sangat. Bapanya juga telah meninggal, sakit jantung. Apabila mayat bapanya dijumpai di ruang tamu rumahnya, mata bapanya terbeliak. Seakan terkejut melihat sesuatu. Misteri sungguh.

Ibunya pula, telah lama meninggal dunia. Tidak tahu punca kematian ibunya. Gambar ibunya juga tiada. Dia tidak mengetahui wajah ibunya. Sungguh sedih. Namun Ali tetap cekal meneruskan hidup.

Bapanya seorang kaki sosial. Perempuan sana sini, berjudi, kaki kelab malam. Ali sering dipukul semasa kecil. Namun Ali tetap menyayangi bapanya. Pernah sekali semasa sekolah, Ali bertumbuk, bergaduh dengan budak yang menghina bapanya.

"Itu bapak aku musibat!"

Ayat itu masih terngiang-ngiang dalam fikiranku. Hai Ali, kau memang hebat!

"Malam ni aku nak buka almari kayu abah aku tu"

"Kau yakin kau boleh?" Jawab Ali.

"Sebab tu aku minta tolong kau. Kau kan boleh buka semua lock besi!"

"Haaa kalau macam tu, malam ni kita jalan kerja!"

Aku ghairah, menunggu waktu berputar sehingga malam. Tepat pukul dua belas aku dengan Ali akan membuka almari kayu keramat itu. Ahhhhhh sungguh tak sabar dibuatnya!

Tunggu malam ini, aku akan buka almari tu!

HilangWhere stories live. Discover now