Aku II

44 0 0
                                    

Jam berdetik, tepat pukul 12. Ahhh akhirnya! Masa untuk aku membuka almari itu!  Aku menelefon Ali.

"Ye hello, dah boleh jalan kerja?" Tanya Ali.

"Boleh..Mana kau Li?"

"Aku ada depan rumah kau ni, bukalah pintu."

Aku membuka pintu, membenarkan Ali masuk ke dalam rumahku. Kami berjalan dengan penuh hati-hati agar ibu tidak tersedar dari lena. Kami berdebar, kerana sebentar lagi akan kami buka almari puaka itu. Apa yang ada di dalamnya, tidak lagi kami ketahui.

"Kau dah bersedia Mad?" Tanya Ali.

"Dah...aku dah. Jom buka!"

Ali menjalankan kerjanya. Dikoreknya mangga yang mengikat rantai besi almari tersebut. Aku fokus melihat Ali sedang melakukan kerjanya.

"Susah Mad!" bisik Ali

"Takpa..cuba lagi!"

Beberapa percubaan telah Ali lakukan. Dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 1 pagi, tidak lagi Ali berjaya memecahkan mangga tersebut.

"Penat Mad, penat..."

"Ye doh, penat...lama gila kita cuba nak buka...rehat lah dulu ambil nafas"

Kami berehat seketika. Mengambil nafas sebelum memulakan kembali kerja. Fikiranku melayang...apa yang ada di dalam almari tersebut? Ahhhhh! Jangan difikirkan. Aku cuma ingin tahu, bukannya melakukan apa pun. Suasana diam seketika. Hanya bunyi cengkerik yang didengar dari halaman rumah.

Tiba-tiba...mangga terbuka sendiri...

"Click...." bunyi mangga.

Ahhhhh sudah! Apa yang berlaku ini? Kami terdiam, membisu seribu satu bahasa. Ali berbisik denganku...

"Mad...apa yang kita nampak tadi tu...betul ke...?" Tanya Ali.

"Betul la tu...mangga terbuka sendiri..."

Kami terpaku, terkejut, barangkali hampir hilang akal. Apa yang berlaku ini? Mangga terbuka sendiri? Apakah ini realiti? Atau aku bermimpi?

Kami perlahan-lahan mendekati almari tersebut. Ali membuka mangga itu. Dialihnya rantai besi yang mengikat almari itu dengan hati-hati, supaya tidak terjatuh di atas lantai. Sesudah diletaknya dengan lembut, Ali berbisik lagi...

"Kau dah sedia ke Mad?"

"Dah Ali...aku dah. Kau?"

"Belum...tapi kita buka jelah..."

Kami membuka pintu dengan perlahan-lahan...

Pintu dibuka separuh, kami disambut dengan bau yang amat busuk. Seperti bau bangkai haiwan, busuk sekali! Kami membuka pintu itu lagi, kali ini dibuka habis.

Alangkah terkejutnya apabila kami melihat beberapa jongkong emas dihadapan mata kami. Sungguh tidak terduga olehku yang aku bersama Ali akan menjadi seorang yang kaya raya!

"Kita kaya Mad! Kita kaya! Boleh aku beli rumah, beli kereta mewah, beli macam-macam yang aku nak! Beli nyawa pun boleh!"

Kami bersorak, seakan menang dalam peperangan. Wow! Aku akan jadi jutawan! Tidak lagi aku bersusah payah untuk bekerja! Siang malam siang malam tapi gajiku sungguh sedikit. Ahhhhh! Tak usah lagi untuk aku berkerja!

"Ali! Samad! Apa yang kau berdua lakukan ni! Aku dah kata jangan buka almari puaka tu! Jangan! Kenapa kau berdua ni degil sangat! Kau menyusahkan semua orang nanti!"

Tiba-tiba kami terkejut. Eh ibu!

"Ibu lihat! Mad dah kaya! Kita dah kaya!"

"Kaya? Apa yang Mad cakapkan ni!"

HilangWhere stories live. Discover now