Sunyi

12 0 0
                                    

Sunyi. Ya, malam ini sungguh sunyi. Hanya bertemankan kata yang berlegar dalam fikiran. Sunyi. Sungguh sunyi. Tiada yang dapat menghangatkan malam ini. Fikiran melayang. Termenung. Kenangan demi kenangan bertandang. Berdiam diri, lalu termenung kembali. Hampir separuh kotak rokok dihabiskan dalam satu malam.

"Mengapa kau sunyi?"

"Aku sunyi kerana terkenang nasibku sendiri."

"Kalau begitu, mengapa kau tidak melakukan sesuatu?"

"Sudah aku lakukan semua perkara, tetapi aku masih lagi sunyi."

Berdiam kembali. Berfikir sejenak. Apa yang harus dilakukan. Mati atau hidup. Mati? Terlalu awal untuk mati. Hidup? Terlalu lambat untuk kejar. Tersepit diantara dua. Hidup atau mati? Tergantung, tiada penghujung.

"Kau jangan terlalu berfikir, kelak binasa hidup kau nanti."

Teringat kata-kata ini, yang selalu diberikan kepada orang lain. Bahkan menjadi motivasi dalam hidup. Sebentar, apa yang harus dilakukan?

"Kau ni patut tak payah wujud pun takpa, menyusahkan orang."

Ada satu sisi gelap yang datang bertamu. Sekali lagi? Bila boleh hidup seperti manusia biasa? Sekali lagi harus hadapi kesakitan yang lampau?

"Kau ni baik, tapi bodoh!"

Bila berlaku baik, ada yang memijak. Bila berbuat jahat, ada yang membenci. Entahlah, manusia ini sukar untuk dijelaskan. Kadang kala, ada yang bersembunyi dibalik kata.

Mati atau hidup? Keputusan di tangan sendiri. Sukar untuk memilih. Dilema, mana satu harus dipilih. Kedua-duanya tiada makna. Bukan ada sesiapa pun yang meratapi mahupun menghargai diri ini.

"Terserah kau, kalau kau pilih aku pun bukan ada siapa pun yang sedih. Semua suka, malah bersorak gembira! Hahahaha!"

Mati berkata. Ada betul juga katanya. Bukan ada siapa pun yang mencari aku. Lebih baik aku pilih mati.

"Jangan, kau jangan putus asa dengan aku. Kau pilih mati kau akan menyesal nanti."

Hidup pula berkata. Menyesal? Apa yang menyesalnya? Mungkin Hidup mahu memberitahu bahawa bukan semuanya cantik dalam Mati. Ada betulnya juga.

"Kau dah buat keputusan dah? Bila kau nak pilih?"

Hati pula bertanya. Hati seakan memihak kepada Mati. Makin sukar untuk memilih.

"Sabar, datang kepadaku dan kita berfikir sejenak. Bukan Mati itu lebih banyak kesedihan berbanding kebahagiaan?"

Ya! Itu dia! Akal berbincang. Betul juga! Bukan semuanya berakhir dengan kebahagiaan bila memilih Mati.

Sunyi, mengapa kau hadir?

"Aku bukan hadir, tetapi aku tercipta apabila kau menciptakan aku. Apabila kau sedang hilang, kau mewujudkan aku. Aku berada diantara ruang kosong kau."

Aku terjaga. Aku hilang dalam fikiranku ke sebentar tadi? Apa yang aku fikirkan ini? Mati? Hidup? Sudah tentu aku ingin hidup. Banyak lagi perkara aku harus lakukan.

Kau sedang hilang ke tu? Jangan melayang, nanti kau hilang terus.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 31, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HilangWhere stories live. Discover now