Bab 3

5.5K 275 10
                                    

Saya recommend korang untuk dengar lagu ini sambil baca.

~~~~~

Jefry hanya memandang sayu semua anggota yang diiringi keluarga mereka sendiri sebelum menaiki pesawat untuk Peacekeeping Operations di Lebanon.

"Tuan Jefry? Tiada family yang datang tengok tuan? Setahun kita tak jumpa mereka nanti." soal Aiman yang pelik melihat Jefry hanya bersendirian sambil melihat keluarga lain berpelukkan dengan isteri dan anak mereka.

"Wife saya kerja. Parents saya pula dekat Sabah. Sebab tulah tiada yang hantar." beritahu Jefry dengan senyuman pahit.

"Ooo...Macam tu rupanya. Tapi sepatutnya isteri tuan perlu datang untuk hantar tuan ." ucap Aiman yang membuatkan Jefry bertambah sedih di dalam hati.

Jefry hanya mendiamkan diri. Semenjak hari itu, kami langsung tidak bercakap antara satu sama lain sehinggalah ke hari ini.

"Hubby!!!" panggilku sambil menangis.

"Hubby...I'm sorry! Sayang bodoh sebab lukakan hati hubby! Sayang tak layak jadi isteri!" ucapku sambil menangis.

"Sayang jangan cakap macam tu. Hubby yang salah sebab tinggalkan sayang. Hubby yang sepatutnya minta maaf. "

Dia gembira melihat wajahku yang datang untuk menghantarnya. 

"Sayang dari Lumut drive sendiri ke? Seorang-seorang?" soal Jefry risau.

"Sayang datang dengan kawan tapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam ni. Hanya ahli keluarga anggota yang menyertai Malbatt sahaja."

Jefry menghembuskan nafas lega apabila aku memberitahu yang aku tidak bersendirian memandu.

"Sayang jaga diri. Jaga anak kita. Hubby janji akan pulang dengan selamat. Kalau ada apa-apa, just call my parents. Mereka mesti gembira datang Lumut untuk teman sayang." pesan Jefry sambil mengusap lembut pipiku.

"Okay hubby. Jangan risau, hubby fokus je dengan Peacekeeping. Next year, kita dah tak berdua lagi bila hubby balik."

"Mohd Jayvi Haidar @ Wang Jia Hao."

"Itu--"

"Ya...Nama anak kita." beritahu Jefry dengan senyuman.

Kami berpelukkan lama seperti tidak ingin melepaskan antara satu sama lain. Sungguh berat hatiku ingin melepaskannya pergi untuk kali ini. 

Semua anggota yang menyertai Peacekeeping Operations telah di minta untuk berkumpul dan memberikan hormat kali terakhir sebelum masuk ke dalam pesawat. 

~~~
Haih...Sedih la pula...Penatlah macam ni. Jgn lupa vote dan komen! Thanks!

I Love You Abang PASKAL 2✔Where stories live. Discover now