11⚛

20 4 0
                                    



------------------------
Kim seok jin point of view
------------------------

Setelah melihat adegan sawit mawit antara jungkook dan sora sebentar tadi ...secara tiba tiba hatiku berasa sedikit tidak puas hati dan panas...aku berasa hairan apa yang terjadi denganku . Sebelum ini,aku tak pernah berasa seperti itu..tapi kalini, lain sedikit pula...

"Kau nak masak ke? Nak buat maksiat ni?" Tanyaku dingin pada sora..entah kenapa , sikap dinginku tiba tiba sahaja keluar tanpa diduga.. "mianhae sunbae" ucap sora sambil menunduk bersalah..

"Yang hyung ni marah marah sora dah kenapa? Dia bukan bersalah pun" sampuk jungkook yang berada di samping sora ketika itu ..entah kenapa,hatiku yang beransur pulih tadi kembali rasa panas apabila jungkook berkata begitu..

"Yang kau ni backup dia kenapa? Aku hyung kau kan? Kau kena ada hormat kat aku...jangan disebabkan perempuan ni kau hilang kata hormat dekat aku" api kemarahanku meruap ruap naik ..nafasku tidak teratur disebabkan rasa marah yang aku tidak dapat bendung lagi..

Jungkook kelihatan tersenyum sinis kearah aku..dia maju selangkah kedepanku ..namun,aku seperti biasa langsung tak gentar dengan jungkook ni..member member ku yang lain masih lagi leka diruang tamu menyebabkan mereka tidak mendengar pertengkaran di antara aku dan jungkook...

"Kalau jungkook buat maksiat dengan sora sekalipun ...apa salahnya? Kah hyung jealous?" Sora membulatkan matanya apabila  mendengar kata kata jungkook...

Aku mendengus geram..jungkook dah melampau kali ini.. tangan yang diangkat olehku bermakna sedia untuk menampar jungkook akibat kekurangan ajaran nya ...namun , sora menahan tanganku lekas membuatkan perbuatanku terhenti .

"Weh...sunbae dahlah tuu..benda kecil macam tu pun nak gaduh ke?"  Kata sora kepadaku..aku menjeling jungkook sekilas sebelum melangkah keluar daripada dapur sambil berkata sesuatu..

"Cepat siapkan makanan aku lapar"

⚜END POV KIM SEOK JIN⚜

▪▪▪▪▪▪▪▪▪
▪▪▪▪▪▪▪▪▪

Suasana di meja makan tersebut sungguh sunyi sepi ...tidak ubah seperti suasana ditanah perkuburan . Sora yang turut menyertai mereka makan hanya mampu berdehem kecil untuk membuat suasana sunyi itu berakhir ...

Namun , langsung tak berkesan..jin dan jungkook yang duduk berhadapan telah menimbulkan aura aura hitam disekeliling mereka dan membuatkan suasana meja makan itu sunyi dan sepi..hanya kedengaran bunyi sudu dan pinggan yang berlaga..

Member-member yang lain pun sedikit hairan apabila suasana menjadi begitu...namjoon yang memandang  kearah sora cuba untuk meminta penjelasan namun , mendapat gelengan  kecil daripada gadis itu..

Sora menilik jam yang berada di lengannya...matanya sedikit terbuntang apabila melihat jam yang telah berada pada 8:35 minit malam..sungguh,dia tidak menyangka dia akan selambat ini...

Dengan kalutnya, sora mengemas kembali pingganya...lalu meminta diri untuk pulang ke rumah nya..walaupun suasana kekok bagaikan makan bersama dengan hantu

"Hermm , sora dah nak balik ni..sebab dah lewat sangat" hoseok memandang kearah sora dengan pandangan risau ..mana taknya,hari dah malam sungguh bahaya untuk sora balik pada malam sebegini...

Lebih lebih , jalan di sepanjang lorong tersebut gelap dan hanya memperoleh lampu daripada rumah - rumah yang ada di sekeliling tersebut..dan sudah pasti,banyak orang yang dalam keadaan mabuk menggunakan lorong tersebut pada malam sebegini...

Kalau terjadi apa - apa siapa yang nak bertanggungjawab kan?

"Siapa yang boleh offer diri untuk hantar sora balik rumah dia?..bahaya tau dahlah kat luar sana gelap ..mana boleh perempuan macam sora berjalan pulang dalam keadaan gelap macam tu"

Kata hoseok dengan penuh perhatian..sesungguhnya , jung hoseok seseorang yang mempunyai sifat prihatin yang tinggi pada semua orang..sangat sesuai untuk dijadikan calon suami dan menantu..

"Aku" "aku" dan saat itu,suasana krik krik berlaku apabila jungkook dan Seok jin berkata serentak bahawa mereka akan menawarkan diri untuk menghantar yeoja tersebut kerumah..sora mengerutkan dahi kebingungan... dalam masa yang sama,dia gembira apabila seokjin si crush pujaan hati sudi untuk menghantarnya.

Jungkook dan jin memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang sukar ditafsirkan..manakala,member yang lain hanya mampu menggeleng pelik melihat mereka berdua yang tak ubah seperti anjing dan kucing..

Comel je bila gaduh !

Sora menepuk dahi..












Hiii guys!! Sempena cuti sekolah ni korang bercuti kat mana?

Hermm btw..result pt3 bakal keluar...author nervous ..lah..

Sepa ² yg batch 04 tuu kongsi kongsi lah result korang nanti ...sharing is -CARING hahah...

Nak update ?

Komen 'i love you'

Hahaahhahahahahhahha

Btw jungra or jinra??!

•°Dear Crush! I Love You!•° ✔Ksj✔ [ C ]Where stories live. Discover now