13⚛

25 3 0
                                    

•° Kim sora point of view•°

Loceng jam yang berbunyi,memekak menyuruhku bangun tidak aku hiraukan..lantaklah ! Aku nak sambung SLEEPING beuty ni jangan kacau ! Baru je mimpi dapat jumpa kumpulan idol popular , iaitu BTS ..


"KIM SORA !! WAKE UP !! TIME TO GO SCHOOL !" tak cukup dengan jam loceng ..sekali lagi , aku mendengar suara pekikan orang daripada luar bilikku . Aku mendengus tak puas hati ..kenapalah orang tak pernah puas hati tengok aku senang ?


Nak tidur sekejap pun tak boleh..menganggu ! You know so menganggu..! Dimana hari hari bahagia ku telah dirosakkan oleh orang....yahh! Apalah yang aku merepek ni pagi pagi..


Eh !! Jap ! Jap ! Sekolah ?! Kalau sebut sekolah..mesti berkaitan seokjin ! Weh disekolah ada Seok jin siut ..crush aku !! Oh my God ! Ingat je benda tu ..sepantas kilat dan kuda aku terus bersiap untuk ke sekolah..weh ! Nak jumpa crush !


Korang tahu tak hidup aku kalau satu hari tak nampak Seok jin bagaikan bertahun tahun lamanya.


Sempat lagi aku melompat apabila mengingati peristiwa semalam dimana seokjin sungguh menggoda ku . Oh my God kenapalah Seok jin selalu buat aku macam ni ? Ramai-ramai lelaki dalam dunia ni hanya dia je seorang yang mampu membuat jantung aku berdetak laju tak seperti degupan jantung normal..


Bak kata orang , kumbang bukan seekor..tapi bagi aku , Seok jin lah kumbang yang paling istimewa dalam hati aku..


Haih..angau tahap apa dah ni ! ?

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Sesampainya , aku disekolah orang pertama yang aku cari adalah Kim Seok jin si crush pujaan hatiku ..namun , kelibatnya tidak kelihatan langsung . Aku mengeluh perlahan sebelum melangkah perlahan dan lemah kedalam kelas..


Namun , langkahku terhenti apabila namaku dipanggil seseorang.


"Sora" aku menoleh kebelakang dan keningku bertaut apabila melihat jungkook yang berada didepanku  sambil memasukkan tangannya kedalam poket seluar..warna rambutnya , sungguh menarik perhatian ku..kerana , sebelum ini rambutnya yang berwarna hitam pekat tapi kini , berwarna perang kecoklatan. Sedikit kecewa apabila melihat tiada Seok jin bersamanya.

"Eohh.? Sunbae ? Apa buat kat sini ? Bukan sepatutnya sunbae masuk kelas ke ? " Tanyaku. Ya sekarang merupakan waktu pembelajaran yang baru sahaja bermula 5 minit yang lalu..dahlah jungkook ni boleh dikategorikan sebagai budak pandai dekat sekolah ni..boleh boleh dia suka suki nak ponteng kelas?

Nasiblah crush aku tak macam tu ..crush aku baik tau..tak macam Abe kook korang .. aishhh bodohlah sora !

"Hermm semalam tu . Seok jin tegur kita macam serius sangatlah . Betul ke korang tak ada hubungan apa-apa ?"
Otak aku mula serabut dengan pertanyaan jungkook yang tak habis - habis ni ..perasaan rimas makin lama makin menyelubungi diri aku .. sungguh , aku nak je hempuk jungkook ni  biar kepala kelapa  ni jadi leper..

"Jungkook.berapa kali saya kata dengan awak ..saya betul , betul , betul , tiada hubungan apa-apa dengan Seok jin hyung awak..jadi tolonglah ...jangan tanya saya dengan soalan berkali - kali yang sama..saya rimas ..faham tak ? ! " Kataku panjang lebar...perkataan 'betul' aku ulang beberapa kali menunjukkan yang aku betul betul rimas dengan jungkook ni.

"Tapi..saya suka awak" kata jungkook sambil menguis kakinya dengan memandang aku sambil menunduk...aishhh mana jungkook yang berlagak cool eh ? Mana jungkook yang selalu jual mahal dengan yeoja ? Mana jungkook yang selalu takut dengan perempuan ?

Didepan aku ni jungkook yang betul betul macam budak budak dan innocent.

Tanpa aku sedar , ada seseorang dibelakang jungkook yang telah mendengar segala perbualan kami dan juga luahan hati jungkook yang menunjukkan dia suka dekat aku..

Alangkah  terkejutnya aku apabila melihat Seok jin dibelakang hanya tersenyum sambil memandang aku dan jungkook...

Ahh ! Sudah confirm dia dah dengar..mati aku ! Ini semua jungkook punya pasal..Seok jin jangan salah faham lagi..please.

"Patutlah semalam hampir nak buat 'maksiat' korang dua dua saling cinta eh ?" Kata seokjin...kedengaran dingin nadanya berkata. Aku mencebik geram..aku paling pantang bila orang sindir -sindir aku ni..nasib baik crush ..kalau tak , dah lama aku luku orang tua ni..

"Eh takdalah sunbae , sunbae salah dengar tuu  jungkook cakap yang dia suka patung iron man kat saya bukan SUKA SAYA " sengaja aku tekankan ayat tuu supaya dapat menyakinkan Seok jin yang dia memang betul -betul salah dengar..

Entah tak tahu logik ke apa yang aku cakap..jungkook diam begitu juga Seok jin ..suasana menjadi krik krik secara tiba tiba..baru sahaja aku ingin bersuara suara teriakan seseorang mengejutkan kami bertiga...

"Kim seok jin ! Kim sora ! Jeon jungkook ! Masuk kelas sekarang sebelum saya suruh korang pusing satu padang sekolah " alamak ! Pengetualah ...dengan lajunya , kami terus bergerak kekelas masing masing...aishhh baru je nak tenung muka crush lama lama...

Sebelum itu , Sempat lagi aku menangkap pandangan sayu milik jungkook dan pandangan yang sukar ditafsirkan daripada Kim seok jin..


•••••••••••••••••••
END SORA POV
••••••••••••••••••••

° t b c °

Ermmmmmm setakat ini ok ke ? Apa yg ok ? And apa yg tak ok? Bagitahu tau trus jgn tak bagitahu...ok?!

Hahahaha nak update ?

Komen 'saya sayang awak!'

Author tahu ianya cringe..💫💔

•°Dear Crush! I Love You!•° ✔Ksj✔ [ C ]Where stories live. Discover now