semakin hari, minhee semakin jauhkan diri dengan aku.
aku pun taktau kenapa.
dia pun tiba tiba stop main game, membuatkan aku pun secara tidak langsung stop jugak.
aku menembak zombie zombie ni dengan penuh rasa tak puas hati.
ye rilek aku sekarang ada kat arcade.
selepas bermain shooting game, aku bergerak ke game kereta. aku memandu dengan laju, sehingga membuatkan aku accident dan mendapat nombor 2.
aku punya fikir pasal minhee sampai dah 4 game aku kalah. benda ni record baru ni.
aku memerhatikan sekeliling arcade.
tch, pabo minhee. kau dah tunjuk tempat kemain best, kau sendiri jarang datang.
bwo ? tempat special kita dua je ?
pft. KAU PUN TAKDA EEE APA YANG SPECIAL NYA. BAIK JADI TEMPAT AKU SORANG JE KALAU MACAMNI.
tengah kusyuk aku mengutuk dia, memang betul panjang umur dia.
minhee memasuki arcade. tapi, lepas je nampak aku, dia terus patah balik.
aku mengambil peluang ni untuk kejar dia. aku segera keluar dari arcade dan ternampak minhee yang juga sedang melarikan diri.
aku mengikuti jejaknya.
" kang minhee! " dia tidak menoleh.
" minhee! stop la! " aku dah mengah sebenarnya. sebabtu aku nak dia stop.
dia memperlahankan langkah lalu berhenti.
aku segera menuju ke arahnya dan menarik lengan bajunya. aku yang kekurangan oksigen, cuba menenangkan diri aku sendiri dulu.
dan aku bergerak ke hadapannya untuk memandang dia yang sedang menunduk. dia menyarungkan hood untuk menutupi kepalanya.
" kenapa kau tiba tiba stop main game ? kenapa kau macam nak elak dari aku ni ? "
dia mendiamkan diri.
" kau tahu tak betapa sunyinya aku ? kau sorang je yang sesuai jadi partner in-game aku, tolongla datang balik "
dan masih mendiamkan diri.
" minhee ? jawab- "
" aku taknak jadi sekadar partner in-game kau, jihyun-ah. "
aku tersentak.
" apa maksud kau ? aku- "
" aku nak kita jadi lebih daripada tu "
jap.
apa dia ?
YOU ARE READING
IN-GAME. | ↬ 𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐧𝐡𝐞𝐞.
Cerita Pendek『 COMPLETED. 』 started : 28/10/19 ended : 31/10/19 ©️ HW4YOUTH