Part 1

150 16 18
                                    

Di dorm Victon
Pukul 7pagi

"Morning Seungsik" tegur si leader victon iaitu Seungwoo yang menuju ke dapur untuk menolong Seungsik menyediakan bekalan untuk pergi ke taman tema air nanti.

"Morning too hyung"

"Ada nak hyung tolong tak?" Seungwoo menginjau di dapur.

"Hyung tolong kejutkan member yang lain boleh?kalau hal yang dekat dapur dan bekalan ni semua Seungsik boleh handle"

"Betul ni?" Seungwoo meminta kepastian daripada Seungsik.

"Ye hyung,Seungsik pasti" Seungsik menolak tubuh Seungwoo yang sedikit tinggi darinya keluar dari dapur. Seungwoo melihat gelagat Seungsik tergelak lalu terus menaiki tingkat atas untuk mengejutkan kelima lima member yang lain.

"Bilik mana dulu eh nak kejutkan dulu?" Seungwoo berfikir sejenak sambil menunjuk nunjukan kedua dua bilik membernya.

Setelah membuat keputusan, dia pun memilih untuk mengejutkan Sejun,Subin dan Chan.

Tok tok tok

"Jun kau pergi bukak pintu jun" arah Chan dengan keadaan mamai.

"Alahhh malas lah..suruh lah Subin..Bin bin..pergi bukak pintu bin" ngeluh Sejun lalu menyuruh Subin membuka pintu sambil menolak nolak Subin dan akhirnya Subin pun terjatuh dari katilnya.

"Yah hyung..ye pun nak suruh orang bukakan pintu..jangan lah main tolak tolak" Tanpa memberi banyak alasan seperti Sejun dia terus bangun dan menuju ke pintu lalu membuka pintu tersebut.

Terpampanglah muka si leader mereka di muka pintu bilik diorang.

Seungwoo agak terkejut kerana melihat ke di balik Subin kelihatan Chan dan Sejun masih dibuai mimpi.

"Diorang belum bangun lagi ke?"tanya Seungwoo kearah Subin yang matanya masih kelihatan kuyu dan mengantuk.

" Belum hyung" jawab Subin ringkas.

"Korang berdua dekat katil tu memang tak nak pergi Taman Tema Air ke?" jerit Seungwoo sedikit dan dengan cepat dan pantas Chan dan Sejun terus bangun dari tidurnya dekat mata yang segar.

"Taman Tema Air? Huaa nak pergi!" jerit mereka serentak lalu Chan,Sejun dan Subin berebut untuk mandi dahulu.

"Yahh hyung nak mandi dulu" Sejun menolak Subin dari masuk kedalam bilik air.

"Okay..jika nak berlaku adil, hah bagi lah hyung mandi dulu yee, korang kena mengalah dengan yang tua,so bagi hyung mandi dulu okay" Chan terus memasuki bilik air tanpa menunggu persetujuan dari Sejun dan Subin.

Subin dan Sejun terus memandang antara satu sama lain dan tercengang dengan rancangan Chan yang secara tiba tiba.

Tanpa membuang masa, Sejun dan Subin menghempaskan badannya di katil yang empuk milik mereka bertiga.

Selepas sahaja Chan keluar dari bilik air dengan pantas Sejun menarik bahu Subin yang hampir mahu masuk ke bilik air.

"Bin maknae kan..so mandi last ye..hyung nak mandi dulu" Subin terkebil kebil dengan tindakan Sejun. Akhirnya dia adalah orang terakhir mandi.Chan hanya mampu menggelakkan Subin yang sudah mengeluh kerana menjadi orang terakhir mandi.

Selepas sahaja selesai mengejutkan Chan,Sejun dan Subin, Seungwoo terus menuju ke bilik kepunyaan Byungchan dan Hanse.

Tok tok tok

Seungwoo mengetuk pintu bilik mereka berdua dengan harapan di antara mereka berdua adalah yang dah bangun.

"Morning hyung" Sapa Byungchan setelah membuka pintu biliknya. Seungwoo tersenyum senang kerana dia tidak perlu susah susah untuk mengejutkan Byungchan dan Hanse kerana mereka berdua telah siap mandi dan hanya tinggal untuk menguruskan diri mereka.

Nostalgic NightWhere stories live. Discover now