Part 8

62 6 0
                                    

Hanlim Highschool
Subin's pov

Sejak member Victon makin berkurang, schedule kami juga semakin berkurang dan sejak itu lah aku kena kerap datang ke sekolah.

Bukan tak nak sekolah, tapi herm molla.

"Heyy budak idol,kesian dia sedih ye pelindung kau dah tak ada..so pity Jung Subin" tegur satu suara menegurku dengan gelakan sakan rakan rakannya.Ini lah salah satu sebab kenapa aku tak nak pergi ke sekolah.

"Kau nak apa kook? apa kau nak dari aku?" aku pasrah,penat mahu melayan karenah mereka.

Sejak Seungwoo hyung tak ada, Chan hyung lah tempat aku mengadu tentang karenah mereka. Tapi setelah Chan hyung juga menyusuri Seungwoo hyung pergi ke alam lain, aku perlu hadap benda ni sendiri. Tak nak menyusahkan Seungsik hyung dan yang lain.

"Macam biasa bro" jawab seorang lagi iaitu Namjoon.

"Aku nak masuk kelas lah rehat nanti lah aku belanja korang" aku hela nafas berat.

"Alololo nak masuk kelas ke budak idol ni? kau tengok muka kitorang ni? ada muka kitorang kisah? tak ada kan so no alasan" ujar lelaki yang bertubuh rendah sedikit iaitu Jimin.

"Nanti lah" aku berkeras untuk tinggalkan mereka berempat di situ.

Baru aku mahu mengorak langkah meninggalkan mereka, satu tubuh menarik aku dengan keras. Baju aku dia cengkam dan tangannya dia genggam untuk menumbukku. Siapa lagi kalau bukan Taehyung yang selalu bertingkah ganas berbanding Jungkook,Namjoon dan Jimin.

"Kau nak belanja kitorang sekarang ke atau kau nak kena penumbuk padu aku ni?" keras suara Taehyung memberi ugutan kepadaku. Kerana tak mahu ditumbuk aku memilih untuk masuk ke kelas lambat dan pergi ke cafe sekolah untuk belanja mereka. Aku seperti poket mereka di sekolah.Mahu berlawan,aku hanya berseorangan tapi mereka berempat. Apakah dayaku.

"Herm yela aku belanja korang"

"Heh idol konon tapi lemah" tawa mereka dengan sangat kuat. Aku hanya mampu memekakkan telinga sahaja mendengar kutukan dan cacian mereka terhadap aku.

Aku bukan lemah, tapi aku tak nak meninggalkan kesan di muka atau tubuh badan dan membuatkan hyung hyung aku risau. Kalau boleh aku tak nak melibatkan hyung hyung dalam masalah aku biarlah aku hadap perkara ini sendiri.

Aku terus menyusul mereka pergi ke cafe sekolah.

Sesampainya di cafe sekolah,aku hanya berdiri di kaunter pembayaran sahaja menunggu mereka selesai membeli.

'Ni kalau duit belanja aku habis sebelum habis bulan ni macam mana haish serabutla' bisikku lalu rambutku aku serabaikan. Tertekan pun ada apabila sekolah disini.Tapi apakah daya,kalau mahu minta pindah pun, perlu bagitahu Seungsik hyung dulu apa sebabnya.

"Okay settle,sila bayar wahai budak idol" selamba sahaja mereka berempat menyuruh aku bayar.

"Berapa semua ahjumma?"

"17000 won sahaja" aku menghembuskan nafas berat. Harini je dah 17000 won,esok lagi haish.

Aku mengeluarkan kad kredit milik ku dan bertukar tangan dengan ahjumma tersebut.

Setelah selesai membayar,mereka berempat terus lesap dari pandanganku dengan makanan makanan itu sekali tanpa mengucapkan terima kasih.

Aku terus mengatur langkah pergi ke kelasku. Untung sahaja aku tidak sekelas dengan mereka berempat.

"Subin ah~ lambat masuk kelas? nasib cikgu Byun belum masuk lagi" tegur seorang wanita yang mempunyai suara yang lembut.

"Ah? nae sorry tadi ada hal sikit hehe" tipuku. Takkan lah aku nak mengadu kepada yeoja yang aku dibuli. Sungguh tidak gentleman.

Nostalgic NightWhere stories live. Discover now