Part 11

53 5 3
                                    

"Kook..apa yang kita dah buat ni kook...Aku dengar budak tu dah mati kook" Jimin sudah memeluk lutut dengan riak mukanya yang agak takut.

"A..ak..aku..ta..takk..tahu..m..min..aku tak sengaja" jawab Jungkook dengan suaranya yang bergetar.

"Sepanjang hidup aku, aku tak pernah bunuh orang..paling pun buat orang sampai icu tu je..aku tak nak jadi pembunuh" jujur Taehyung sambil kehulur dan kehilir. Namjoon sudah tidak terurus.

"Everybody say lalalalala!" Jungkook melihat telefonnya dan terteralah nama Minkyu di skrin telefonnya.

Tangan Jungkook semakin mengigil. Dia risau kalau Minkyu tahu akan perbuatannya dan rakan rakannya terhadap Subin.

Jungkook,Taehyung,Jimin dan Namjoon takut untuk menapak keluar dari tempat persembunyiannya. Mereka takut jika peminat Subin dan orang terdekat Subin menjumpai mereka.

Mereka berdua agak menyesal dengan segala tindakan diorang.

"Guys aku nak balik rumah..aku rasa lebih selamat aku duduk dekat rumah" ujar Jimin yang sudah menggalas beg galasnya.

"Aku pun nak balik"

"Aku pun nak balik nak makan"

Jungkook hanya terdiam seperti patung.

"Kau tak nak balik ke kook?kau ingat kita duduk dekat sini kita selamat ke?" ujar Taehyung yang masih berdiri dihadapan Jungkook yang sedang membatu.

"Aku takut nak balik rumah, kalau appa aku tahu aku dah bunuh orang, habis aku weh." Jungkook sudah memeluk lututnya dan menundukkan kepala. Taehyung menghembus nafas berat. Takkan dia nak tinggalkan Jungkook berseorangan dekat stor sekolah terbiar ni.

Taehyung lantas membuka telefon pintarnya dan mendail nombor seseorang.

"Hello eomma..Harini tae bawa balik kawan tae..dia nak tumpang tidur dekat rumah kita dalam beberapa hari. Boleh?"

"....."

"Ha okay eomma..kejap lagi tae balik. Bye"

"Dah Jom ikut aku balik rumah aku" Taehyung mengambil beg sandang milik Jungkook lalu beredar dari situ.

"Tae tunggu aku" Taehyung berhenti dari melangkah untuk menunggu Jungkook.

"Mana Jimin dengan Namjoon?" tanya Jungkook dengan keadaan bingung.

"Diorang dah balik. Dah jom balik aku dah lapar ni" Taehyung terus merangkul leher Jungkook.

~~~~~~~~~~~

Sesampai sudah Jungkook dan Taehyung di rumah agam milik keluarga Kim.

"Eomma! tae dah balik" jerit Taehyung yang sudah melangkah masuk dan diikuti oleh Jungkook.

"Puan Kim ada dekat dapur, tuan muda nak apa apa?"

"Nanti hantarkan jus oren dan dessert untik aku dan kawan aku dekat bilik aku" dingin sahaja suara Taehyung.Berbeza dengan suaranya tadi yang memanggil eommanya.

Pembantu rumah itu hanya akur dengan arahan anak tunggal kepada majikannya.

Di dapur

"Taehyung dah balik?" lembut sahaja suara Puan Kim yang menegur pembantu rumahnya.

"Dah puan, ni tuan muda minta saya hantarkan dessert dan jus oren dekat biliknya"

Nostalgic NightWhere stories live. Discover now