Part 17 (Special part 2)

24 3 6
                                    

Di Dorm Victon

Krekk

Byungchan melangkah masuk ke dalam dorm yang sudah 3 tahun ditinggalkannya itu. Rumah itu tidak langsung berubah. Gambar-gambar mereka bertujuh masih terhias di dalam dorm itu.

"hachumm" bersin Byungchan dek kerana terhidu habuk-habuk yang banyak di setiap sudut dan atas perabot di dorm itu. 

Tanpa melengahkan masa lagi, Byungchan terus menghidupkan vacum untuk membersihkan segala habuk di dorm itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Byungchanie.. tolong hyung vacum dorm"teriak Seungsik dari arah dapur. Dia sungguh sibuk menguruskan hal di dapur berseorangan tanpa bantuan.

"Baik hyung!" balas Byungchan dengan sedikit menjerit agar Seungsik mendengarnya.

"Byungchannie, ni vacumnya" Seungwoo meghulurkan vacum kearah Byungchan. Tanpa berkata banyak, Byungchan terus menghidupkan vacumnya.

"Hanse, pergi lah baring dekat bilik sana. Aku nak vacum ruang tamu ni"arah Byungchan. Tetapi Hanse tidak memberi apa-apa respon terhadap arahan Byungchan.

Subin yang lalu di ruang tamu itu terus menggelengkan kepalanya melihat gelagat Hanse.

"Seungsik hyung, cuba Seungsik hyung sound sikit Hanse hyung tu. Byungchan hyung nak vacum pun susah sebab dia duk baring dekat tengah-tengah ruang tamu tu" adu Subin. Seungsik yang sebentar tadi sibuk membasuh segala pinggan mangkuk terus menuju ke ruang tamu dengan bercekak pinggang.

Seungsik memberi arahan kepada Byungchan untuk mematikan vacum itu sebentar. Byungchan hanya turuti.

"Do Hanse! bangun! Byungchan nak vacum tu"

"Alah tak perlu lah hyung, Hanse boleh vacumkan ruang tamu ni" ujar Hanse lalu membentukkan badannya menjadi seperti vacum dan menggesek badannya di lantai. Member Victon melihat kelakuan Hanse itu tergelak besar. Seungsik yang tadinya seperti mahu naik angin terus terhambur gelaknya.

Hanse berpuas hati dengan usahanya untuk membuat membernya tergelak.

"Dah dah Hanse, bangun sekarang dan tolong Byungchan kemas ruang tamu ni" arah Seungsik. Hanse akur sahaja. Kalau tak akur, silap-silap haribulan dia kena tendang keluar dari dorm sebab tak membantu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Rindunya dorm ni" monolog Byungchan lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Byungchan hanya memandang sekeliling dorm yang penuh dengan memori dia bersama ahli Victon yang lain.

Di sudut hatinya berasa sebak melihat segala gambar-gambar mereka bersama yang berada di dorm tersebut. Air matanya mula bertakung.

"Byungchan jangan nangis please"Byungchan mengusap dadanya lembut untuk menenangkan diri dari terus menangis. Dulu kalau dia menangis, ada orang tolong pujuk dia, usap badan dia tapi sekarang semua benda dia perlu buat sendiri.

Byungchan membaringkan badannya di sofa tersebut lalu menutupkan matanya perlahan-lahan. Sungguh penat mengemas dorm seorang diri tanpa bantuan sesiapa.

Kring Kring Kring

Bunyi telefon Byungchan berbunyi dan membuatkan tidurnya terganggu. Dia terus mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat siapa pemanggilnya.

Nostalgic NightWhere stories live. Discover now