KERETA berundur masuk ke dalam kotak parkir. Brek tangan ditarik. Jam di dashboard sudah menunjukkan 6.45 petang. Keadaan di luar sudah gelap. Ally urut tengkuknya.
"You nak keluar boleh. I tak sekat. Pandai-pandai you lah."
"I tahu lah."
"Sampai pukul berapa?" Ally sambung bicara.
"Suka hati you." Wajahnya tidak dipandang. Jad hanya memandang telefon bimbit.
"Okey." Ally mencebik. Dia tidak meletak expectation pada Jad. Masing-masing dengan hal masing-masing.
Bunyi guruh yang berdentum-dentam di langit buatkan dia tersentak. Lagi-lagi dengan pancaran kilat yang muncul dan hilang sekelip mata. Nafas ditarik dan dilepas. Suara dalam kepalanya hilang begitu sahaja.
Pintu dibuka, segera dia melangkah ke bonet kereta, mengeluarkan barang yang dibeli di pasar raya. Ally melangkah menuju ke lif. Dia mahu segera sampai di depan pintu rumah.
Matanya meliar memandang sekeliling. Sekejap-sekejap dahinya berkerut. Langkahnya terasa pincang. Ally betulkan sling bag di badan. Beberapa kali liur ditelan. Angin kuat membuatkan tubuhnya sedikit menggigil. Beg plastik yang berisi nuget ayam, kentang dan barangan lain dipegang erat.
Terasa ada yang mengekori. Tetapi tiada sesiapa yang berada di situ. Ally berlagak tenang. Mungkin ini hanya mainan perasaannya. Dia tidak mahu menoleh ke belakang. Namun detak jantungnya berlari kencang. Ritmanya lain daripada kebiasaan. Langkah dilajukan. Perasaan menyesal mula menerjah hati tatkala teringat akan kereta yang di parkir agak jauh.
Ally berdecit. Bibirnya tanpa sengaja diketap. Dia takut.
Matanya dibawa memandang sekeliling. Sungguh tiada sesiapa. Kepala digeleng kecil. Cuba menyedapkan hati. Kawasan ini penuh dengan security. Mana mungkin jika ada orang luar berjaya masuk ke situ. Tetapi boleh jadi juga jika ada yang terlepas. Tapi, mustahillah.
Ally berhenti seketika. Dengan berani dia cuba menoleh ke belakang. Perlahan-lahan. Saat itu nafasnya lega tatkala melihatkan pasangan lelaki dan perempuan berjalan seiringan.
Langkahnya dimulakan kembali. Sudah dia agak. Itu hanya perasaannya.
Punat lif ditekan. Menanti dengan sabar sebelum pintu lif terbuka. Ally masuk ke dalam, begitu juga dengan lelaki dan perempuan tadi.
Dia perasan akan tangan mereka yang saling bertaut. Tekaannya mereka adalah pasangan kekasih. Hatinya sebal. Pandangannya dialihkan.
Ting! Pintu lif terbuka pada tingkat tujuh. Ally keluar dahulu, bergerak pantas.
Pintu rumah dibuka. Ally melangkah masuk. Ruang yang gelap bertukar terang. Ternyata tiada jejak Jad dalam rumah. Kalaulah lelaki itu ada, boleh pening kepala dia rasakan.
Ally bergerak ke dapur. Menyimpan segala makanan yang dibeli ke dalam peti ais. Jus oren dikeluarkan, dituang ke dalam gelas. Diteguk bagi membasahkan tekak.
Langkah diatur ke ruang tamu semula. Merebahkan tubuhnya di atas sofa. Entah mengapa bayangan Jad hadir begitu juga dengan Hairul.
Hairul! Mengingat nama itu buatkan hatinya sakit. Salahnya juga kerana mengikut kata hati dan terlalu mengejar keseronokan dunia. Orang kata ikut hati mati. Dia akui dia agak sosial tetapi untuk menjual diri dan meletakkan maruah di tapak kaki bukanlah pilihannya. Apa yang terjadi adalah di luar batasannya. Dia tidak mampu kawal.
"Cantiknya you malam ni." Mata Hairul tidak berkelip memandang tubuhnya.
Ally senyum manja.
"Mestilah I cantik." Lenggok manja dipersembahkan. Dia senang hati.
YOU ARE READING
Dia Sebenarnya
RomanceKisah Jad dan Ally Hati ini tahu dimana harus ia berlabuh Plagiarism is a crime. Don't copy