Haluu gais I'm comeback 👋 lap u lap mi 😊 taebwi- hanat tk tolong akuuuu.
AZEA berjalan tenang di pinggir pantai. Kadang-kadang si Alin bontot tak padu menyembur air kepada Anis dan El dengan itu mereka berkejaran seperti babun. Setelah mereka bertiga penat berkejaran, mereka duduk di atas pasir pantai dan membina istana pasir.
Kadang-kadang kedengaran rungutan daripada mereka bertiga apabila istana pasir yang dibina oleh mereka dibantai ombak. Namun begitu, tidak memutuskan hasrat untuk membina istana pasir. Macam bebudak lah kome ni.
ISYA POV ❤
Aku melihat mereka bertiga bermain di tepi pantai. Kadang-kadang terdengar gelak tawa mereka menghiasi suasana pantai yang sunyi ini. Aku mahu menyertai mereka tapi syarat Alex masih terngiang-ngiang dalam kepalaku.
Ya, aku ingin dia menjauhi diri daripada aku tapi bukan dengan syarat yang tidak masuk akal itu. Aku tidak akan pernah menyerahkan kawan baikku kepada lelaki syaitan seperti dia. Bagaimana nasib Anis jika aku menyerahkan Anis kepadanya? Semestinya hidup Anis akan merana.
Aku teringat akan kisah pertemuan pertama aku dengan Alex lima tahun lalu dan kerana dia juga lah seorang sepupu kesayanganku kemalangan dan maut di tempat kejadian...
Flashback... 🐣
.
Hari ni kami semua berkumpul di rumah Mak Ngah kerana Mak Ngah ada pengumuman penting untuk diumumkan kepada kami. Entah apa yang hendak diumumkan olehnya sampai kami sekeluarga wajib berkumpul di rumahnya.Sudahlah aku tidak biasa dengan sepupu-sepupu ku yang lain. Qairina pula mengikuti Mak Ngah ke sesuatu tempat entah bila mau balik. Segelintir sepupu ku yang acah diva memandang sinis ke arah aku.
"Hai, Isya sorang je ke? " sapa Qarish Haikal abang kepada Qairina. Haaaa taeharunya saya ada juga penyelamat aku.
"Hai abang Qarish. Sorang la ni ada nampak orang lain ke kat sini? " seloroh aku mengundang tawa kecil Qarish.
"Boleh abang temankan tak? " tanya Qarish. Aku mengangguk, sepupu-sepupuku yang acah diva sudah menjeling kepada aku dan Qarish. Aku menghadiahkan senyuman sinis kepada mereka.
"Abang Qarish boleh tak teman Fafa pergi taman tu? Fafa takutlah" kata ketua diva itu. Acah je hengkau.
"Takut apanya Fafa oii bukan ada harimau pun dekat situ. " Qarish menggelengkan kepalanya. Fafa mencebikkan bibir jelek dia tu.
"Kau fikir cantik ke buat bibir macam tu? " soal Qarish lalu dia menarik aku untuk pergi dari situ. Fafa sudah menghentak-hentak kakinya ke lantai.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawabku dan Qarish serentak. Aku memandang pelik ke arah seorang lelaki mungki baya aku yang berdiri di tepi Mak Ngah.
"Eh, Isya. Jom masuk. " Qairina mengheretku untuk masuk ke dalam rumah. Aku hanya mengikuti langkahnya.
Selepas kami masuk ke dalam rumah, Mak Ngah, Qarish dan juga lelaki itu pula masuk ke dalam rumah.
"ATTENTION PLEASE!!! " jerit Mak Ngah untuk meredakan keadaan bising itu. Semua mata tertumpu kepada Mak Ngah setelah mendengar jeritan yang cukup mengejutkan semua penghuni dalam rumah itu.
"Haa Angah. Kau suruh kami ni berkumpul rumah kau sebab apa? " soal Pak Long dan menerima anggukan daripada ayahku.
"Aku nak kenalkan korang dengan anak angkat aku. Alex Joshua. " pengumuman itu cukup mengejutkan semua orang dalam rumah itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/184194071-288-k487084.jpg)
YOU ARE READING
AZEA LIFE : NEON LOVE
Фэнтези15+ rated (byk carutan kahkah pdahal author 14) kisah hidup sekumpulan pelajar perempuan yang berpindah ke sekolah elit iaitu NEON HIGHSCHOOL Mereka dikenali sebagai AZEA. mereka sangat baik, comel, cantik dan pada masa yang sama diorang tegas. m...