PART 10-AU REVOIR

26 3 2
                                    

ok gais aku pun tak tahu macam mana nak karang ni. Ermmm whatever. Aku try ok 😂😂😂

Matahari sudah terbit namun empat sekawan itu tidak lagi bangun dari tidur yang lena. Subuh mereka entah ke mana.

"Huarghhh" Anis menggeliat dengan mata yang masih terpejam. Dia membuka mata perlahan-lahan sebelum bangun dan membuka langsir.

"WOI BANGUN!!! "jerit Anis untuk mengejutkan kawan-kawannya yang masih lena itu.

"Arghh dah pukul berapa ni? " soal Alin dengan muka yang berkerut kerana cahaya matahari yang masuk melalui tingkap. (k hambar)

"9:30 pagi" jawab Anis selamba sebelum dia masuk ke dalam bilik air.

"ALEX!!! " jerit Isya dalam tidurnya hingga mengejutkan Anis yang baru sahaja ingin masuk ke dalam bilik air.

"Opocot mak kau hitam" latah Alin kerana terkejut dengan jeritan Isya. El yang sedap diulit mimpi juga terbangun kerana terkejut.

"Weh Isya kenapa duh? Kezut ambe. " Alin menggosok perlahan dadanya manakala El mengusap belakang Alin. Bodoe laaa 😂😂😂

"Aku baru je nak kissing kissing hmm" El mencebikkan bibirnya. Anis membeliakkan matanya apabila mendengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulut El.

"Kau mimpi pasal apa sial? Euwww budak pendek ni dah tak innocent" Anis menayangkan muka jijiknya kepada El.

"Otak kau tu yang kuning bebal. " El memberi jelingan maut kepada Anis. "Krohh krohh" bunyi dengkuran Alin yang menyambung semula tidurnya.

"Ehhh sial bangunlahhh" El memukul badan Alin menggunakan bantal Anis pula sudah bersedia dengan baldi yang berisi air.

BUSH!!!

Anis menyiram bunga yang layu dengan tenangnya...
"El, hujan El hujannnnnn!!!! " jerit Alin nyaring lalu dia menerima tamparan hebat daripada El.

"Sakit bodoe. " Alin mengusap pipinya yang ditampar oleh El. Anis yang baru sahaja melaksanakan tugasnya terus meloloskan diri ke dalam bilik air.

"Basah habis katil ni aduiii nanti tak pasal-pasal worker hotel ni fikir aku mimpi basah" wajah Alin cemberut. Kau pikey cantik ke siyel???

"Arghhhhhhhhh" Isya menggeliatkan badannya dengan dahi yang berkerut sejuta. Buka sahaja mata dia melihat Alin yang berada di atas katil dalam keadaan yang basah kuyup.

"Kau mimpi basah ke Alin? Sampai ke baju basahnya. " ayat yang terpancul dari mulut Isya mengundang tawa Anis yang baru sahaja keluar dari bilik air.

"The heck Isya? Sejak bila kau tahu pasal mimpi basah ni? Setahu aku yang tak innocent dalam grup kita Anis je. " Alin meletakkan jarinya di bawah dagu.

"Bapak arh betina ni. Kau pun sama je k jangan nak tuding jari kat aku je" Anis mula bengang apabila dia dituduh begitu. El yang melihat pertengkaran antara Anis dan Alin hanya menggelengkan kepalanya.

"Ish dah dah la tu. Benda kecik je pun" marah El lalu dia menarik comforter yang turut terkena air .

"Awak nak buat apa tu El? " soal Isya apabila El menarik comforter tersebut ke bilik air. "Nak basuhlah mak cik oiii" El membalas pertanyaan Isya.

"Eh eh tak payah letak situ je" halang Isya. " Letak sini je siapa nak basuh? Dua ekor ni? Alamatnya berkulat la comforter ni. " Anis dan Alin memandang sinis ke arah El yang menyindir mereka berdua.

"Pekerja hotel boleh basuh bukannya comforter tu kena air kencing pun. Air mutlak je kan. " El meletakkan comfoter itu di tempatnya kembali lalu dia masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

AZEA LIFE : NEON LOVEWhere stories live. Discover now