Our wedding

198 13 5
                                    

Apa function bintang kalau taknak tekan ?

                             ******

Suasana di sebuah dewan yang sangat meriah di hiasi pelbagai bunga berwarna putih menandakan sebuah pernikahan akan berjalan langsung tidak lama lagi.

Gambar mempelai yang tergantung di dinding menunjukkan bertapa bahagianya mereka bersama . Senyuman, pelukan serta wajah yang saling memandang antara satu sama lain membuat sesiapa yang melihatnya dapat merasa kebahagian itu sendiri.

Siling yang dihiasi lampu yang digantung keatas , warna pastel dan putih menjadi pelengkap bagi acara majlis , kesemuanya dihiasi dengan sangat cantik di dalam dewan tersebut . Sesiapa sahaja yang menghadiri majlis tersebut dapt melihat bertapa megahnya perkhawinan tersebut dilangsungkan dengan meriah .

Sinar pagi yang memasuki celah langsir putih menyinari dewan tersebut. Dapat dirasai bertapa bahagianya cinta yang sudah lama mekar akhirnya bersatu jua .

Jungkook side

Hari ini adalah hari paling bermakna dalam hidupku. Hari yang paling aku tunggu ii , hari yang akan membuat tanggungjawabku bertambah adalah hari dimana aku akan mengikat janji bersama pasanganku.

Jimin hyung , dia adalah orang yang sentiasa bersama ku ketika aku susah . Dia juga lah orang yang setia menemaniku ketika aku memerlukan seseorang disisiku. Bagaimana harus ku tafsirkan ? Dia, adalah orang yang paling sempurna bagiku. Dia menjadi pelengkap bagi diriku. Dia sentiasa menggengam tanganku untuk bersama menempuhi setiap liku cabaran yang kami hadapi. Dia sentiasa berada dibelakangku ketika aku tidak percaya akan diriku sendiri .

Di segalanya bagiku, tanpanya aku bukan jeon jungkook yang kuat. Dia sumber penguatku. Aku bahkan tidak boleh bayangkan jika dia pergi meninggalkan diriku lagi , Ketika dia hampir pergi menghadap pencipta , ketika dia berjuang untuk kekal hidup melihat dunia. Aku akan sentiasa menyalahkan bertapa cuainya diriku menjaga belianku. Takkan ada maaf lagi kepada sesiapa sahaja yang berani menyakiti hidupku. Aku orang pertama yang akan mengambil langkah menghancurkannya.

Jimin hyung , dia sangat bermakna buat diriku. dia buat aku merasa perasaan yang aku tidak pernah rsa sebelum ini. Senyumannya, ketawanya , suaranya semua itu bagai melodi buat diriku setiap hari . Aku akan merasa sangat kosong jika tidak mendengarnya. Dia buat aku jatuh cinta tentang segala yang ada pada dirinya, kecuaiannya buat aku gemas . Terutamanya ketika dia kesal dengan diriku. Dia akan mencebikkan bibirnya atau memandang aku garang , tetapi bagiku itu sangat comel . Bukankah dia sangat mengemaskan ? Aku sangat mencintainya, sangat! Bahkan sangat ,sangat dan sangat. Dia milikku! selamanya tetap milik Jeon Jungkook !

-------------------

Jimin side

Hari ini , aku tak tahu bagaimana mahu menghuraikannya. Tapi ini adalah hari bahagia ku. Ini semua adalah tentangnya. Tentang bagaimana dia membuat aku jatuh kedalam pesonanya juga kenapa aku jatuh cinta terhadapnya, Perasaan tulus nya buat aku jatuh cinta lebih dalam lagi . Kasih sayang yang diberikan oleh dirinya buat aku menerima huluran tangannya untuk sentiasa bersama selamanya.

Dia lebih muda dariku , tapi dia mengajarku banyak perkara walaupun dia sentiasa bergurau ketika melakukannya. Dia mempunyai tempat yang istimewa di dalam hatiku , tempat yang tiada siapa dapat mengubahnya.

Seringkali aku tertanya kenapa dia memilih diriku ? Sedangkan ramai yang lebih sempurna. Aku hanyalah seorang yang terlalu banyak kekurangan . Bahkan ramai yang membenci denganku, walau Aku tidak tahu mana letak kesalahan diriku.

SPEAK YOURSELF ( KOOKMIN) Where stories live. Discover now